05 March 2014

Help Palestine [hidayahnet] KENALI 15 SUPERFOODS DALAM AL-QURAN - BUAH ANGGUR

 

KENALI 15 SUPERFOODS DALAM AL-QURAN

 

BUAH ANGGUR

 

Allah SWT telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak enam kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah SWT kepada hamba-Nya.

 

Allah SWT berfirman, maksudnya:

Lalu dengan air itu, kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buahan yang banyak dan sebahagian daripada buahan itu kamu makan.

 

(al-Mukminun: 19)

 

Buah anggur dikenali sebagai vitis vinifera, iaitu daripada keluarga vitaceae yang merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah. Anggur boleh dimakan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Anggur juga digunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun, arak yang diperbuat daripada proses fermentasi atau penapaian air anggur diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.

 

KHASIAT BUAH ANGGUR

 

Kandungan yang terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Buah anggur bukan sahaja buah yang sedap dan lazat bahkan airnya juga merupakan sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik dan dapat meningkatkan kadar kecerdasan otak seseorang. Sesungguhnya, terdapat pelbagai khasiat yang akan kita peroleh dengan memakan anggur.

 

1 Antioksidan

 

Anggur hitam atau nama saintifiknya, ribes nigrum ialah satu spesies beri ribes yang berasal dari rantau tengah dan utara Eropah serta Asia Utara. Anggur hitam ini juga dikenali sebagai cassis dalam bahasa Perancis. Buah beri padat dengan bahan antioksidan secara semula jadi. Antara beri lain, buah anggur hitam memang terkenal kerana mempunyai nilai nutrien yang amat tinggi.

 

Meskipun sering dirujuk sebagai anggur hitam (blackcurrant), anggur hitam sebenarnya bukanlah sejenis anggur tetapi lebih hampir kepada buah jenis beri seperti beri biru dan strawberi. Saiznya juga jauh lebih kecil daripada anggur biasa. Anggur hitam diakui satu sumber vitamin C semula jadi yang tinggi nilainya.

 

2 Meningkatkan kadar kecerdasan otak

 

Buah anggur ialah makanan sunnah. Memakannya membawa manfaat yang besar kepada kita. Memakannya setiap hari boleh mencergaskan minda. Hal ini demikian kerana terdapat kandungan gula, iaitu glukosa dan fruktosa dalam anggur. Buah anggur agak mahal di Malaysia. Namun begitu, kita masih boleh mendapatkan buahan ini dalam bentuk kismis atau buah anggur yang telah dikeringkan. Pelajar-pelajar yang hendak menduduki peperiksaan digalakkan memakan kismis untuk memastikan otak kekal cerdas semasa menjawab soalan.

 

PETUA DAN LARANGAN PENGGUNAAN BUAH ANGGUR

 

Buah anggur seringkali dikaitkan dengan buah kismis yang boleh menambahkan kecerdasan otak seseorang. Namun sebenarnya, buah anggur basah yang seeloknya dimakan tanpa biji juga mempunyai khasiat untuk kehidupan harian. Antara khasiat anggur ialah dapat menghilangkan bau mulut, menghilangkan rasa marah, menguatkan emosi dan mengurangkan rasa lenguh.

 

Namun begitu, sama seperti bahan yang lain, sekiranya dimakan secara berlebihan, pasti ada kesan buruknya. Antaranya boleh mengakibatkan sakit kepala dan keguguran rambut. Keguguran rambut ini khusus kepada buah anggur kecil yang bernama banati. Anggur ini sejenis anggur hijau yang kecil dan sering dijadikan kismis atau anggur kering.

 

Artikel ini dipetik dari Bab 10, buku KENALI 15 SUPERFOODS DALAM AL-QURAN. Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.perintis.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengakses artikel ini dan berkomunikasi secara interaktif dengan kami di FACEBOOK PERINTIS BOOKS. Kami mengharapkan sokongan anda untuk menjadikan kami ‘Friend’ anda.

Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment