10 February 2014

Help Palestine [hidayahnet] Uji Kemahiran Bersosial Anda!

 

Adakah anda yakin bahawa cara anda bersosial dan perlakuan anda dengan orang lain sudah cukup baik?

 

Untuk menguji kemahiran bersosial anda, anda boleh mencuba ujian ringkas di bawah dan nilai sendiri kemahiran anda. Selamat mencuba!

 

 

UJIAN KEMAHIRAN BERSOSIAL

 

 

1.

 

 

 

2.

 

 

 

3.

 

 

4.

 

 

5.

 

 

6.

 

 

 

7.

 

 

 

 

 

8.

 

 

 

 

 

 

9.

 

 

 

 

 

 

10.

 

 

 

 

 

11.

 

 

 

 

 

12.

 

 

 

 

 

 

13.

 

 

 

 

 

14.

 

15.

 

 

 

 

16.

 

 

 

 

 

 

17.

 

 

 

 

 

 

 

18.

Bos anda, Encik Ismail, memasuki bilik mesyuarat semasa anda sedang bemesyuarat dengan pelanggan utama syarikat anda, Encik Philip. Anda bangun dan berkata "Encik Ismail, kenalkan pelanggan utama kita dari Singapura, Encik Philip." Adakah cara pengenalan ini betul?

 

 

Semasa menghadiri satu majlis formal, anda telah menemui seorang Ketua Pegawai Eksekutif dari sebuah syarikat ternama. Setelah berbual pendek, anda telah memberikan kad nama anda kepada beliau. Adakah ini betul?

 

 

Anda menjawab telefon bagi pihak kawan anda dan bertanya, "Siapa yang bercakap di sana?" Adakah ini betul?

 

 

Anda menaiki sebuah teksi dengan pelanggan anda. Anda menyuruhnya masuk dahulu dan duduk di sebelah kiri dan anda menaiki dari sebelah kanan. Adakah ini tindakan yang betul?

 

Anda menjadi hos bagi satu makan malam yang diadakan di sebuah restoran. Anda telah memesan makanan bagi semua tetamu anda sebelum mereka tiba dan menetapkan tempat duduk masing-masing. Adakah tindakan anda betul?

 

Anda diraikan dalam satu majlis dan semua tetamu mengangkat gelas masing-masing dan mengucapkan selamat kepada anda (toast). Anda mengucapkan terima kasih dan meneguk minuman anda. Adakah ini betul?

 

 

Anda berada di sebuah restoran dan anda dihidangkan dengan sejenis sup cair di dalam mangkuk yang tiada pemegang. Untuk memakannya, anda

(A) mengangkat mangkuk tersebut dan meminumnya.

(B) menggunakan sudu yang disediakan.

(C) memakan separuh dari sup tersebut dengan sudu dan menghirup yang selebihnya.

 

 

Anda menghadiri satu majlis makan malam dan arak dihidangkan bersama dengan pencuci mulut. Anda tidak meminum arak tetapi anda tahu bahawa hos anda akan mengumumkan satu toast. Adakah anda

(A) memberitahu pelayan bahawa anda tidak mahu arak?

(B) menterbalikkan gelas anda?

(C) menyuruh pelayan menuang air biasa ke dalam gelas anda?

(D) tidak berkata apa-apa dan membiarkan arak itu dituang di dalam gelas anda?

 

Anda sedang menjamu selera dengan pelanggan anda di sebuah restoran apabila nama anda dipanggil untuk menjawab satu panggilan telefon. Apakah yang perlu anda buat dengan kain napkin itu?

(A) Bawa bersama anda

(B) Lipat dan letak di sebelah kiri pinggan anda

(C) Meletakkan dengan elok di sebelah kanan pinggan anda

(D) Meletakkan di atas kerusi anda

 

Anda dan pasangan anda telah menjadi hos bagi satu makan malam yang dihadiri oleh dua pasangan lain dan juga pelanggan penting syarikat anda. Anda mengarahkan pelayan untuk

(A) melayan pasangan anda dahulu.

(B) melayan pasangan pelanggan anda dahulu.

(C) melayan anda dan pasangan anda paling akhir.

 

Anda dijemput untuk menghadiri satu kenduri kahwin. Dalam kad jemputan, dinyatakan majlis bermula jam 7.00 hingga 9.00 malam. Anda harus tiba

(A) tepat pada pukul 7.00 malam.

(B) bila-bila masa antara pukul 7.00 hingga 9.00 malam.

(C) antara pukul 7.00 hingga 7.30 malam.

(D) pergi awal dan pulang awal.

 

Bilakah masa yang sesuai untuk bersalaman atau berjabat tangan dengan seseorang?

(A) Apabila anda dikenalkan kepada seseorang

(B) Di rumah mereka

(C) Di pejabat mereka

(D) Di jalanan

(E) Apabila mengucapkan selamat tinggal

 

Anda sedang berbual dengan empat lagi rakan yang lain.

Siapakah yang harus anda pandang?

(A) Hanya pandang orang yang anda sedang bercakap

(B) Memandang setiap seorang yang ada secara bergilir-gilir

(C) Tidak memandang sesiapa pun secara tepat

 

Pelayan yang ditugaskan untuk menuang arak bergerak ke arah anda. Anda tidak minum arak. Anda menterbalikkan gelas anda. Adakah tindakan anda betul?

 

Semasa anda menyambut tetamu di pejabat anda, anda

(A) tidak berkata apa-apa dan membiarkan dia duduk di mana-mana sahaja yang diingininya.

(B) memberitahunya tempat yang harus beliau duduk.

(C) berkata, "Duduklah di mana-mana.".

 

Anda dijemput menghadiri jamuan makan malam di rumah rakan anda. Bilakah masa yang sesuai bagi anda mengambil napkin dan meletakkannya di atas riba anda?

(A) Membukanya dengan segera sebaik sahaja anda duduk

(B) Menunggu sehingga hos mengambil dan membuka napkinnya sebelum anda berbuat demikian

(C) Menunggu orang yang paling tua di meja tersebut memulakannya

(D) Menunggu isyarat untuk mula daripada orang yang duduk di kepala meja

 

Anda dijadualkan untuk berjumpa dengan seorang rakan perniagaan semasa makan tengah hari dan anda tiba beberapa minit awal untuk menempah meja. 30 minit kemudian, kelibat rakan perniagaan anda masih tidak kelihatan. Adakah anda

(A) memesan makanan anda dan makan?

(B) terus menunggu dengan rasa marah?

(C) memberitahu ketua pelayan di restoran terbabit dan meninggalkan kad nama anda sebagai bukti

       bahawa anda telah datang ke restoran itu?

(D) menelefon rakan perniagaan anda selepas 15 minit?

 

Anda terlupa satu janji temu untuk makan tengah hari dengan seorang rakan perniagaan anda. Anda berasa sangat menyesal dan tahu bahawa rakan anda sangat marah. Adakah anda

(A) menulis surat meminta maaf?

(B) menghantar bunga?

(C) mendiamkan diri dan berharap agar dia melupakan kejadian tersebut?

(D) menelefon dan menetapkan janji temu lain?

 

 

Sila klik di sini (RUANGAN MUAT TURUN) bagi mendapatkan jawapan dan penjelasan bagi setiap kategori. Diharapkan dengan mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi anda, peluang untuk maju dalam kerjaya anda bertambah cerah.

Artikel di atas dipetik buku CRA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL. Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengakses artikel ini dan berkomunikasi secara interaktif dengan kami di FACEBOOK PERINTIS PUBLICATIONS. Kami mengharapkan sokongan anda untuk menjadikan kami ‘Friend’ anda. Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment