Ramadhan : Beribadatlah kerana Allah
RAMAI yang berpuasa mengetahui bahawa berpuasa sebulan di bulan Ramadan adalah wajib, malah tidak ramai yang berani untuk tidak berpuasa secara terangan-terangan, sebagaimana ramai yang sanggup tidak menunaikan sembahyang tanpa memerhatikan susunan kedudukan puasa dalam susunan Rukun Islam dan hikmah di sebalik susunan tersebut.
Antara faktor tidak ramai yang menzahirkan diri tidak berpuasa adalah kerana mereka terdedah kepada kemungkinan ditangkap oleh pihak berwajib dan akan diarak mengelilingi bandar menggunakan kenderaan jenazah. Sedangkan, tindakan yang sama tidak dilakukan kepada mereka yang tidak bersembahyang lima waktu, meskipun kedua-duanya adalah Rukun Islam.
Seharusnya, apabila bernama rukun, maka ia wajib disempurnakan. Jika tidak disempurnakan maka akan berlaku kecacatan. Walaupun berpuasa tetapi jika tidak sembahyang, maka dengan sendiri keislaman seseorang akan cacat.
Demikian juga jika sembahyang tetapi tidak berpuasa wajib di bulan Ramadan, maka ia turut mencacatkan keislaman seseorang itu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu Ar-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): "Di manakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya. (riwayat Muslim, daripada Sahl Ibnu Saad)
Lailatulqadar
Iman Bukhari turut meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritkan kepada kami Hisyam, telah menceritakan kepada kami Yahya daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang menegakkan Lailatulqadar (mengisi dengan ibadah) kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya daripada-Nya), maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya dan sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya daripada-Nya), maka akan diampuni dosa-doa yang telah dikerjakan.
Demikian nilai puasa yang menduduki tangga ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu sehari semalam dalam Rukun Islam. Dua lagi ialah mengeluarkan zakat, seterusnya menunaikan haji di Mekah sekiranya berkemampuan.
Yang menduduki tangga pertama secara automatik menandakan ia adalah yang terpenting dan merupakan keutamaan yang perlu diutamakan. Melihat kepada susunan Rukun Islam, puasa sebulan di bulan Ramadan adalah yang ketiga terpenting. Maknanya sebelum menunaikan kewajipan berpuasa, kena pastikan dahulu sempurna dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.
Mengucap dua kalimah syahadah adalah tanda Islamnya seseorang yang mana amal ibadat yang akan diterima oleh Allah SWT bagi umat Nabi Muhammad SAW adalah yang beragama Islam. Segala amal yang dibuat, termasuk puasa daripada kalangan yang bukan Islam yang menolak dua kalimah syahadah tidak akan diterima oleh-Nya. Sebelum berpuasa, Rukun Islam yang kedua, iaitu sembahyang lima waktu kenalah disempurnakan terlebih dahulu.
Kesempurnaan
Ertinya puasa hanya akan diterima kesempurnaan apabila sembahyang lima waktu disempurnakan. Berpuasa tetapi tidak sembahyang, apatah kalau puasa kerana takut ditangkap dan diarak di khalayak ramai dengan van jenazah kalau tidak menunaikan sembahyang fardu, akan berlaku kecanggungan dan kesumbangan bagi kesempurnaan keislaman.
Orang yang mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu dan berpuasa wajib sebulan di bulan Ramadan, mestilah menyempurnakan keislaman dengan menunaikan kewajipan membayar zakat dan menunaikan fardu haji di Mekah jika berkemampuan bagi memaktubkan kesempurnaan keislaman bersandarkan kepada Rukun Islam.
Apabila telah sempurnanya Rukun Islam, maka akan sempurnalah keislaman dan keimanan seseorang. Bagaimanapun keimanan kena ditakwakan dengan berpegang kepada Rukun Iman iaitu; Percayakan Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Kiamat dan qada' dan qadar. Dengan itu akan terbentuklah iman dan takwa seseorang yang merupakan suatu tuntutan ke atas setiap umat Nabi Muahmmad SAW yang mukalaf.
Walaupun syurga dan neraka itu adalah hak mutlak Allah SWT untuk menentukan siapakah di antara hamba-hamba-Nya yang akan ke salah satu daripadanya, namun setelah tergabungnya Rukun Iman dan Rukun Iman yang sekali gus akan terbinanya kemantapan iman dan takwa, maka dengan sendiri ada kelayakan untuk ke syurga.
Apapun kena bersiap sedia reda dengan segala ketentuan-Nya setelah dibina iman dan takwa tanpa mengharapkan balasan mengikut kehendak kita, termasuk mengharapkan balasan syurga, sebaliknya beramal dan iman serta takwa dimantapkan kerana ia adalah yang dituntut oleh Allah dan rasul-Nya ke atas kita semua.
Semoga Ramadan kali ini berkemungkinan yang terakhir buat kita, akan bertambah mantap iman dan takwa dengan disempurnakan Rukun Islam dan Rukun Iman serta jangan beribadat kerana mengharapkan syurga kerana ketentuan syurga-neraka itu adalah hak Allah.
Namun, beribadatlah, mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa, membayar zakat dan tunaikan haji serta percaya kepada Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Qada' dan Qadar dan Hari Kiamat kerana Allah SWT menilai atas sifat kita sebagai hamba-Nya.
* PENULIS ialah murid tua Madrasah Al-Balaghulmubin, Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
-----------------------------------------------------------
PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH
Jom fikir sebentar …..
Sudahkah anda membuat Upah Haji / Badal Haji untuk ibubapa, datuk nenek, adik beradik, rakan, jiran, kenalan yang telah meninggal dunia atau sedang uzur ?
Tahukah kita? Pada setiap tahun beberapa ramai jemaah yang SEDANG menunggu panggilan Haji TELAH MENINGGAL DUNIA belum sempat menunaikannya?
Jika masih belum tunai rukun islam ke 5. Bagaimana pula amalan mereka di akhirat nanti?
Selama ini mereka sudah berkorban segalanya untuk kita, maka kita sebagai PEWARIS, marilah menolong mereka. Bagaimana?
Buatkanlah UPAH HAJI untuk mereka. Semoga roh mereka terasa ketenangan abadi serta ditempatkan di kalangan orang orang yang telah menyempurnakan ke semua rukun islam, Amin!
Maka kami menawarkan pakej harga yang tidak membebankan pewaris, yang penting urusan ibadah Badal Haji dapat disempurnakan sebaiknya.
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
Upah Umrah | RM 300 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
Upah Umrah Ramadhan | RM 400 | 1. Perlaksanaan Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Tasbih, 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.
Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.
Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.
Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
Whatsapp : +6012-777 7190
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment