05 July 2014

Help Palestine [hidayahnet] Mencari kemabruran haji

 

Mencari kemabruran haji

Post under , di Jumaat, Julai 04, 2014 Dicatat oleh Naim Qlate




DALAM menghuraikan berkaitan pelaksanaan ibadah haji dan permasalahannya, penulis hanya menyebut beberapa perkara utama untuk difahami bakal jemaah haji. Antaranya :

Belajar manasik haji

Hal ini amat penting kerana ilmu berkaitan haji menyebabkan ibadat menjadi sah dan diterima Allah SWT. Ramai jemaah haji yang datang mengunjungi Mekah tanpa persediaan ilmu, akhirnya mengakibatkan banyak cacat cela dan ketidaksahihan ibadat haji.

Bertaubat Kepada Allah

Oleh kerana kita menuju kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga dan hati, di samping mulut sentiasa bertalbiah sebagai menzahirkan kehambaan kepada yang Maha Esa, maka seaulanya seseorang yang ingin menuju ke Mekah memukadimahkan dengan taubat. Ini supaya kedatangannya menghadap Ilahi dengan hati yang tulus ikhlas dan suci. Natijahnya untuk mendapat kemabruran haji adalah amat hampir.

Memahami setiap rukun, wajib dan amalan haji

Hal ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada jemaah haji, apa lagi seseorang itu juga mempelajari hikmah dan falsafah haji.
Terdapat banyak isu dan permasalahan haji. Dalam hal ini, hendaklah merujuk pihak berautoriti dan berwibawa daripada segi keilmuan dan diyakini kemampuan ilmiahnya.

Dalam ruangan kali ini, akan dibincangkan jenis haji serta permasalahannya.

Haji terbahagi kepada tiga iaitu :

Haji Ifrad yang diniatkan secara umum atau mengikut niat seseorang juga akan kembali kepada salah satu daripada tiga di atas.

Maksud haji Ifrad ialah hanya mengerjakan haji dan selepas itu barulah melakukan ibadah umrah. Cara Ifrad ialah berihram untuk mengerjakan haji sahaja. Dia tidak akan mengerjakan ibadah umrah sehinggalah selesai mengerjakan hajinya. Cara ini dianggap paling afdal mengikut mazhab al-Syafie kerana masyaqqah yang dihadapi ketika berada dalam ihram begitu panjang masanya.

Haji Tamattu - daripada sudut bahasa, tamattu bererti mengambil faedah. Istilah syarak pula :

Mengikut ulama Hanafi menghimpunkan antara ihram umrah dan pekerjaannya atau sebahagian besar daripada pekerjaan itu dengan ihram haji dan pekerjaannya dalam bulan haji tanpa ilmam (pengetahuan) yang sahih dengan ahlinya.

Mengikut mazhab al-Syafie, Tamattu ialah dengan berihram mengerjakan umrah dalam bulan haji. Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Mengikut Hanafi terdapat dua bentuk orang yang melakukannya, iaitu yang membawa binatang dam dan yang tidak membawanya.

Bagi yang membawa binatang dam, hukumnya adalah sama dengan orang yang melakukan haji secara Qiran. Apabila sampai di Mekah dia hendaklah terus tawaf dan sa'ie dan tidak bertahallul selepas mengerjakan umrah tetapi terus berada di dalam ihramnya sehingga berihram haji pada Hari Tarwiyah.

Pada Hari Nahar dia hendaklah menyembelih binatang dam itu. Ini berdasarkan sabda baginda dalam hadis riwayat Jabir r.a yang bermaksud : Jika aku tahu apa yang berlaku masa depan seperti aku tahu yang telah lepas, maka tentunya aku tidak akan membawa binatang dam ini dan aku jadikannya umrah."

Ini memberi pengertian bahawa tahallul hanya perlu jika melakukan ihram umrah sahaja serta tidak pula mempunyai binatang dam. Sekiranya tahallul itu harus walaupun ada binatang dam ini tentunya Rasulullah SAW hanya akan mengatakan : Saya jadikannya umrah dan bertahallul. Jika seseorang melakukan haji secara Tamattu itu mahu membawa binatang dam, maka dia boleh berihram dan membawanya."

Haji Qiran - daripada sudut bahasa, Qiran bererti mengumpul dua perkara. Istilah syarak pula menggabungkan antara ihram haji dan ihram umrah dalam satu perjalanan.

Ia berlaku dengan seseorang itu berniat untuk umrah dan haji sekali gus di miqat, sama ada ia secara hakiki iaitu dengan niat yang merangkumi kedua ibadah tersebut ataupun secara hukmi seperti pendapat ulama Hanafi dengan cara berihram umrah dahulu kemudian sebelum melakukan tawaf separuh atau lebih, dia berniat pula melakukan haji. Bentuk ini tiada dalam pendapat ulama lain. Bagi ulama Hanafi, dengan cara demikian, penggabungan itu telah terlaksana.

Bagi ulama jumhur pula seorang itu sah melakukan Qiran dengan cara sebaliknya, iaitu berihram untuk ibadah haji dahulu, kemudian menggabungkan umrah dengannya. Cara ini dianggap makruh oleh ulama Hanafi.

Mengikut jumhur, jika hendak digabungkan haji kepada umrah, maka hendaklah dilakukan sebelum seseorang itu memulakan tawaf umrahnya. Sekiranya pekerjaan tawafnya telah bermula, walaupun selangkah maka tidak lagi harus digabungkan haji dengannya.

Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi kefahaman berkenaan permasalahan haji dan beberapa isu berkaitan dengannya.

PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-Jakim).

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH


Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)

MOHAMMAD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN
PENGARAH
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline      : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks    : +606-7620817
Web          : www.raudhah2u.my
Weblog     : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email        : raudhah.umrahajj@gmail.com

CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG)

PN. HAZRIZA BINTI HARUN
PENGURUS CAWANGAN
No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
H/P : 019-593 6046

CAWANGAN JOHOR

PN. AISHA BINTI RAHMAT
PENGURUS CAWANGAN
No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
H/P : 012-740 6045


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
Whatsapp : +6012-777 7190
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___

Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment