21 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Melayu Chmapa

 

Salam alaik,

Untuk beberapa tahun ni, orang Melayu Malaysia selalu ke Cambodia dalam projek membantu rakyat keturunan Champa di sana. Ada yang buat projek Korban Aidil Adha, ada buat projek bina sekolah, ada yang beri bantuan kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi projek bantuan ekonomii.

Satu ketika dahulu, saya menganggap pengunjung dari Malaysia ni telah tidak memberi keutamaan kepada orang yang miskin di Malaysia sendiri. Ibarat Kera di hutan di susukan, Anak di rumah mati kelaparan.

Saya silap. Cukup silap pandangan saya. Ia disebabkan kecuaian saya untuk menilai dari aspek lain kerana pengetahuan saya yang cetek dan ilmu yang lapuk. Semoga dapat memaafkan.

Dengan saluran bantuan yang diberikan kepada kaum Champa di sana, hasilnya cukup baik - DUNIA dan AKHIRAT. Usaha orang Malaysia merupakan dakwah yang indirect kepada kaum Champa yang menganut pelbagai fahaman agama. Dakwah ini membawa mereka ke agama Islam yang benar.

PENGENALAN

Kaum Champa terdiri daripada 5 suku kaum utama dan tinggal di beberapa kawasan di Cambodia, Vietnam, Pulau Hainan, Thailand, Laos dan juga Malaysia. Pengkaji bahasa memasukkan bahasa kaum Champa ke dalam kategori Melayu-Polynesia dan lebih dekat lagi sebagai dialek yang mirip Bahasa Aceh, Utara Sumatera. Banyak juga perkataan bahasa Champa yang sama dengan bahasa Melayu seperti pengiraan dan nama-nama objek. 

SEDIKIT SEJARAH

Dalam pencapaian tamaddun ketika dahulu, kaum Champa telah menerbitkan naskah karya Melayu Tertua dalam Sejarah Dunia Melayu, yakni pada abad ke 4 masihi. Lantas teks Champa ialah 300 tahun lebih tua dari skrip Sumatera Utara yang telah ditemui oleh pakar arkeologi. Banyak lagi penemuan arkeologi kaum Champa sejak abad ke 2 masihi lagi.

Empayar Champa terletak di kawasan IndoChina di pinggir Laut China Selatan dan merupakan kaum pedagang dan pelaut handalan sejak Abad ke 3 sehingga tahun ke 19. Mereka berdagang pelbagai barangan yang dibawa dari seluruh pelusuk IndoChina - emas, perak, batu-batu permata, herba ubatan dan sebagainya. Kawasan asal penduduk Champa pada zaman moden ini dikenali sebagai VietNam. Tapi setelah serangan demi serangan oleh Kaum VietNam dari Utara dan Kaum Khmer dari Barat, maka Empayar Champa musnah. Pada tahun 1832, Empayar Muslim Champa dihancurkan terus oleh kaum pendatang ( VietNam ).

Di mana sahaja kaum VietNam bertapak di bumi Champa, Maharaja VietNam mengharamkan perkahwinan dengan kaum Champa. Malahan Maharaja VietNam mengarahkan pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum Champa. Sehinggalah ramai menjadi pelarian dan yang mana tak mampu melarikan diri, jadilah minoriti di bumi sendiri. Tak hairanlah mengapa berlaku pula pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum VietNam yang mencecah 7 juta orang oleh Tentera Ganas Amerika pada abad 20an sebagai karma.

Kini hanya tinggal seramai 400,000 sahaja keturunan Champa di VietNam dan Cambodia.

Daripada 1.7 juta orang yang dibunuh tentera Khmer Rouge yang dikepalai oleh Pol Pot, puluhan ribu kaum Champa dibunuh. Dari 113 masjid di seluruh Cambodia, hanya tinggal 31 sahaja. Itupun pada zaman Pol Pot, mana masjid yang tidak musnah menjadi kadang babi, solat diharamkan dan dipaksa makan pada bulan Ramadan. Masjid-masjid yang terpencil, selamat.

KEPERCAYAAN / ANUTAN

Kaum Champa telah menganut agama Hindu pada awal-awal lagi sebelum wujudnya Empayar mereka. Kemudian mereka menganut agama Buddha selama 200 tahun kerana ikut perintah Raja. Selepas itu mereka menganut agama Hindu kembali. Kemudiannya, Raja dan ramai rakyat Champa memeluk Agama Islam dengan kedatangan sahabat-sahabat Rasulullah pada zaman Sayyidina Usman sebagai Khalifah di abad ke 7. Ia pada masa yang sama dengan kedatangan sahabat-sahabat ke China ketika Dinasti Tang.

Kini di kalangan kaum Champa ada 4 anutan utama:
1. Agama Islam (Sunnah Wal-Jamaah)
2. Agama Kaum Jumaat - solat seminggu sekali sahaja, yakni hari Jumaat sahaja. Berpuasa hanya 3 hari pada bulan Ramadan. banyak amalan dalam bahasa Champa.
3. Agama Cham Bani - mencampur-adukkan amalan agama Islam dengan mistik Hindu Brahma serta memanggil-manggil roh orang mati pada bulan Ramadan dalam masjid
4. Agama Hindu Balamon

HASIL LAWATAN MELAYU MALAYSIA KE CHAMPA

Dengan lawatan demi lawatan Umat Islam Malaysia ke Cambodia, semakin ramai dari golongan Kaum Jumaat dan Cham Bani menjadi teruja dan terpengaruh untuk mendekati Islam yang sebenar. Anak-anak mereka dapat pergi ke sekolah-sekolah agama di Cambodia yang ditaja dari bantuan wang ringgit orang Malaysia. Ada juga yang datang ke Malaysia untuk belajar Agama Islam lebih lanjut lagi. Kesannya cukup baik kerana sekembalinya mereka ke kampong halaman masing-masing, mereka mendakwah pula penduduk di situ.

Saya pasti orang Malaysia yang melawati Cambodia bukan hanya membawa buah tangan sahaja, tetapi juga dengan senyuman manis, aura keikhlasan yang dapat dirasai, ilmu manfaat serta akhlak terpuji. Itulah ciri-ciri pendakwah sebenar yang juga telah dapat memikat hati Kaum Champa pada zaman kedatangan sahabat-sahabat Rasulullah lagi. Begitu besar pahala dan berterusan pula sehingga ke liang lahad.

Jika sesiapa ingin mengetahui serba-sedikit mengenai kaum Champa di Cambodia dan Vietnam, video-video link di bawah ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran am.

Semoga artikel ini membuka mata dan dapat memberi bermanfaat.





---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment