03 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Bagaimanakah ibu kita akan meninggal dunia?

 


Kalau umur kita lebih panjang dari ibu kita, dalam keadaan bagaimana kita ingin ibu kita meninggal dunia? Arwah ayah saya tidak pernah menjangkakan bahawa ibu dia (nenek saya) akan meninggal dalam keadaan yang begitu tenang, dalam keadaan nenek saya sihat walafiat, masih boleh berjalan dan bercakap. Mengenang kembali pemergian ayah saya dan nenek saya , ada kalanya saya merasa sedih, ada kalanya saya merasa gembira. Sedih sebab mereka telah tiada, gembira kerana mereka pergi dalam keadaan yang tidak pernah sesiapa dapat bayangkan.

Ayah saya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung setelah lebih kurang seminggu dirawat di Hospital Seremban. Ayah saya mengamanahkan kepada saya, apabila dia meninggal dunia, kebumikan dia di Seremban. Saya pun membawa jenazah ayah saya terus ke Surau Taman Alamanda, Senawang, surau yang sering ayah saya berjemaah bersama saya.

Jenazah ayah saya diletakkan di saf hadapan. Setelah beberapa seketika, emak saudara saya membawa nenek (Wan) saya (emak ayah saya). Wan datang tidak berpapah, boleh berjalan sendiri, cuma bertongkat. Pendengarannya memang dah lama tak elok. Wan tidak diberitahu yang ayah sudah meninggal dunia.

Apabila sampai depan jenazah ayah saya, kami suruh Wan duduk atas kerusi , menghadap jenazah ayah, menghadap kiblat. Wan tanya siapa ni, ada yang menjawab , ini lah anak dia Malakan. Wan kemudian menangis , kemudian Wan berkata, "Kau tinggalkan mak Kan?" (Kan – gelaran manja ayah saya). Kemudian Wan terdiam. Wan duduk tunduk, diam. Tidak lama kemudian, Wan macam nak rebah.

Kami pun baringkan Wan, Wan tidak menjawab, tapi masih bernyawa. Setelah dibaringkan , tidak berapa lama kemudian Wan pun meninggal dunia di sisi anak dia.

Begitu mudah Wan pergi, tidak menyusahkan sesiapa langsung, tidak menyusahkan anak-anak menjaga dia sakit yang teruk, atau dirawat di hospital. Dan tidak ada anak-anak yang mendoakan sebelum ini supaya Wan pergi dalam keadaan yang sedemikian rupa.

Bagaimana pula keadaan ibu kita, atau diri kita sendiri?

Semalam saya tanya Ustaz Zakaria Talib, bagaimana jika ada anak-anak yang bukan sahaja tidak mahu menjaga ibu bapa yang sihat, apatah lagi yang sakit, dan apatah lagi bukan menjaga, menjenguk pun jarang sekali.

Ustaz Zakaria kata, kalau ada ibu-ibu atau bapa-bapa yang terbiar, disisih anak dan sebagainya, Ustaz Zakaria kata lakukan 3 perkara ;

Pertama, minta ibu atau bapa yang mengalami nasib sebegini supaya kenang kembali, adakah mereka pernah melakukan perkara yang serupa kepada ibu bapa mereka. Kalau ada, suruh mereka bertaubat.

Kedua, anak-anak yang menjaga ibu bapa yang pelbagai karenah, supaya bersabar.

Ketiga, beritahu kepada anak-anak yang tidak balik, tidak mahu menjaga ibu bapa, tidak mahu menjenguk ibu bapa, mereka dan pasangan mereka akan mengalami nasib yang serupa kemudian hari.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment