13 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Islam ini Allah yang jaga, kita jangan perasan

 


Sesungguhnya Allah beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendakkiNya. Ustaz Zakaria Talib dalam ceramahnya selalu kata kita ni jangan perasan kita ni baik, kita ni hebat, kita hendaklah selalu kata kita ni bodoh, kita ni lemah.
 
Pada 10 Feb 2013 ketika saya dan isteri dalam perjalanan ke Masjid Bandar Baru Senawang untuk menghadiri Kursus Haji yang bermula jam 9 pagi kami sempat mendengar sebentar siaran Radio IKIM dalam kereta.
 
Tak tahu siapa ustaznya, apa tajuk siarannya.
 
Ianya berkisar mengenai seorang bukan Islam di Amerika Syarikat yang peluk Islam tanpa pernah dengar mengenai Islam, tanpa pernah tahu siapa Allah, hidup bergelumang dengan maksiat, badan penuh dengan tattoo, tanpa ada orang Islam pernah berdakwah padanya.
 
Entah mengapa pada satu malam dia bermimpi nampak suatu cahaya yang amat terang dan menyerunya kepada Islam. Setelah beberapa kali dia bermimpi yang serupa dan suara seruan makin lantang, lalu dia pun mencarilah orang Islam, lalu ada yang ditunjukkannya masjid.
 
Apabila sampai ke masjid, dia di bawa berjumpa imam dan mengatakan hasrat untuk memeluk Islam. Imam suruh dia bersihkan diri dulu, apabila dibukanya baju terperanjat imam tengok tattoo penuh di badan.
 
Kemudian dia pun mengucap dua kalimah syahadah pada mulanya sukar, tapi entah macamana kemudian dia boleh fasih.
 
Kemudian imam ajak dia solat jemaah, Carlos (nama pemuda tadi) kata dia tidak tahu. Imam suruh ikut saja. Mulanya dia kekok, tapi entah macamana pada rakaat ketiga dia telah mula biasa.
 
Apabila selesai solat, imam tengok Carlos masih dalam keadaan sujud. Imam berkata pada Carlos bahawa telah selesai solat, namun Carlos terus sebenarnya telah meninggal dunia dalam keadaan suci bersih tiada sebarang dosa umpama bayi yang baru lahir dalam keadaan sujud kepada Allah.
 
Kesimpulannya atau moral of the story :
 
1. Kita ni jangan perasan kita hebat, ramai orang masuk Islam kerana kita, ramai orang undi Islam kerana kita, ramai orang solat jemaah kerana kita. Itu semua adalah kerana Allah, hidayah Allah.
 
2. Kalau kita perasaan kita ni hebat sangat, Allah boleh bila-bila mematikan kita, dan menggantikan kita dengan orang lain yang lebih hebat.
 
3. Masih ramai diluar sana yang perlukan dakwah, bimbingan, kaunseling dan sebagainya, jangan kita dok sibuk berbalah.
 
4. Jangan kita sangka orang yang ganas, yang berpakaian seksi dan sebagainya akan selama-lamanya dalam berkeadaan demikian.
 
Saya cuba cari sumber cerita di atas dan rupaya adalah dari Majalah Q & A, Edisi Perdana di ruangan Cermin Ajaib. Cerita penuhnya di http://basdacity.pun.bz/hidayah-allah-memang-milik-allah.xhtml
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment