06 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] Nik Aziz Sedia Di Tengtang

 


Berita oleh : Khaulah Azwar


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.


"Tak dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah) Pas," katanya  dalam sidang media selepas menerima sumbangan dari Dakwah Halaqat Negeri Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am Pas itu pada PRU13 walau di kerusi Parlimen sekalipun.

Kelmarin, Nik Sapeia dalam kenyataannya berkata, beliau terpanggil menyuarakan kesanggupan menentang Nik Abdul Aziz selepas pemimpin itu menyokong hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ini bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU13.

Menurutnya, jika Nik Abdul Aziz boleh menyokong hasrat Abdul Hadi menentang pemimpin nombor satu negara, bermakna pemimpin itu juga mungkin bersedia untuk ditentang olehnya.

Terdahulu Nik Abdul Aziz menerima sumbangan berjumlah RM30,607 daripada Unit Dakwah Halaqat Negeri Kelantan bagi membantu menampung Pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu- Kuala Krai sepanjang 73 kilometer.

Sementara itu, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri, Abdullah Ab Razak berkata, pihaknya mengambil masa hampir sebulan untuk mengumpulkan jumlah itu yang diperoleh daripada ahli dan rakyat negeri ini.

"Sumbangan yang diserahkan hari ini (semalam) adalah yang pertama, ia dikumpulkan sewaktu menjalankan aktiviti seperti kelas-kelas mengajar dan sebagainya," katanya.

Seramai 16 pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan hadir pada majlis ringkas yang turut memberi peluang kepada mereka berdialog dengan Menteri Besar itu.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment