25 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] BP - Bicara Politik 18 - Nasihat aku kepada PAS. Lainkali kalau nak doa sorok2. - Doa senjata orang mukmin..

 


Salam

[40.60] Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Tiga macam doa yang tidak ditolak, yang tidak diragukan lagi kedahsyatannya, yaitu doa orang tua kepada anaknya, doa orang musafir (orang yang sedang bepergiaan), dan doa orang yang dizhalimi."( HR. Bukhari dan MUslim dari Abu Hurairah ).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi terhadap umatnya." ( HR. Ad Dailami ).

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Nasihat aku kepada PAS. Lainkali kalau nak doa sorok2. Jangan sampai kena report polis plak.

 
Inline image 1




====================================================================
From : http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/doa-pilihan/pengenalan-doa-senjata-orang-orang-mukmin/

Pengenalan: Doa Senjata Orang-Orang Mukmin

Pengertian Doa Dan Intisari
Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di inana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagongan Allah S.W.T., setelah dilakukan usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyu' dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dan Allah Yang Maha Agong. Kerana Dialah tempat icita memohon ampun dan kemaafan. Firman Allah:
ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ

"Engkau sahaja (Ya Allah) kami sernbah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". (al-Fatihah ayat 5)
Kalimah "doa" ialah kalimah yang banyak sekali terdapat di dalam al-Quran dan mempunyai pengertian yang banyak pula. Mengikut pengertian ulama' "doa" itu bermakna permohonan, ibadah, memuji, percakapan, meminta pertolongan dan sebagainya sesuai dengan tujuan susunan kalimah yang' diucapkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.

"Doa" itu adalah ibadah. .:(Riwayat Ahmad)

ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ
ﯺ ﯻ ﯼ

Firman Allah S.W.T
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."   (al- Baqarah ayat 186)
Berdoa Merupakan Perintah Allah
Sebagaimana yang telah digambarkan dalam al-Quran, Firman Allah:


ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ
ﮭ ﮮ ﮯ ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ

Maksudnya:
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, menyerulah Ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada Ia sedar, berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hap uskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)" .(Surah Yunus ayat 12)
Berdoa bukanlah sekadar hanya menyampaikan permohonan dan keinginan yang terkandung di dalam hati ke hadrat Ilahi, tetapi berdoa itu merupakan perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah. Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita menghadapkan "doa". kepada selain daripada Allah, hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firmannya:

ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dan Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudanat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dan orang-orang yang berlaku zalim (terhadap din sendiri dengan perbuatan syfrik itu) ."   (Surah Yunus ayat 106)
Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S. W. T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita menghadapkan "doa" kepada selain daripada Allah.

Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan "doa" sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah rainai di antara manusia te!ah sesat mengharapkan doa kepada se!ain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri. Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat dan kepada orang-orang yang dianggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan ilmu kebatinan juga tennasuk kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi ataupun orang-orang halus mela!ui amalan cara menurun dan sebagainya, ilmu-ilmu yang seperti mi bukan berasal dad ilmu Islam. Orang-orang Islam hendaklah menjauhinya daripada terjebak atau tertipu dengan penye!ewengan aqidah daripada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diii dan sebagainya.
Doa Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w terdapat banyak keterangan ayat-ayat yang menyuruh supaya manusia berdoa kepada Allah S.W.T.
Dengan demikian nyatalah bahawa berdoa itu merupakan perintah agama dad Allah S.W.1'. ianya juga merupakan suatu ibadah, malah berbagai-bagai doa yang pernah diucapkan oleh para nabi dan rasul di kala mereka menghadapi situasi dan masalah dapat dilihat dalam al-Quran, firman Allah seperti berikut:

ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ
ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ
Maksudnya:
"Dan di antana mereka pu/a ada yang (berdoa dengan) benkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dun/a dan kebaikan di akhinat, dan peliharalah kami dan azab neraka." (Surah al-Baqarah ayat 201)

ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ

ﮟ ﮠ ﮡ
Dan apabi/a meneka (yang ben/man itu) ke/uar menentang Jalud dan tentenanya, mereka berdoa dengan benkata: "Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendinian kami, serta menangkanlah ka.mi tenhadap kaum yang kafir."
(Surah "Al-Bakarah" Ayat 205)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bendoa dengan benkata: "Wahai Tuhankujadikan/ah (Negeni Mekah) mi, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah nezeki dan benbagal jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka, Allah benfirman:

ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ
ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ
"(Penmohonan itu diterima) tetapi sesiapa yang kufun dan ingkar maka Aku akan ben juga Ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementana (di dun/a), kemudian Aku memaksanya (dengan menghenetkannya) keazab nenaka dan (itu/ah) sebunuk-bunuk tempat kembali." (Surah al-Baqarah ayat 126)
Rasulullah Mengajar Kita Berdoa
Jika kita melihat kepada sunnah Rasulullah s.a.w., maka setiap detik dalam kehidupan kita setiap had bermula dad waktu pagi hinggalah kepada waktu petang seterusnya dad malam sampai kepada subuh Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana cara-cara untuk berdoa serta diamailcan dengan memberikan tontonan doa-doa yang hams dibaca oleh umatnya seperti doa hendak tidur, doa hendak makan, doa untuk mandi, doa ketika mengenakan pakaian, doa keluar rumah dan masuk rumah, doa ketika di atas kenderaan, doa ketika ditimpa musibah, doa apabila mendapat sesuatu kebaikan malah masuk dan keluar tandas pun ada doanya.
Kekuatan Jiwa
Jika dinilai dan aspek psikologi berdoa itu mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa membuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.
Pengaruh doa amat luas sekali, di mana berdoa itulah yang mendorong manusia untuk mencapai suatu cita-citanya, mengatasi segala macam aneka bentuk kesulitan yang merintangi di jalan kehidupan yang dilaluinya.
Kata-kata doa yang diucapkan dan lubuk hati dengan penuh kusyuk yang hanya dipohonkan (ditujukan) ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. dan aspek   piikutogi berdoa itu mempunyat pengaruh yang amat besar terhadap perkemban kejiwaan. Berdoa menbuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.
Doa diibaratkan sebagai radio aktif yang mengandungi sumber kuasa (tenaga) yang bercahaya dan membangunkan. Di dalam din manusia apabila ia sedang berdoa bererti manusia itu berusaha untuk menambahkan tenaganya yang terbatas dengan jalan kembali kepada "Sumber Tenaga" yang tidak ada batasnya itu.
Apabila manusia berdoa maka manusia berhubung dengan tenaga penggerak yang menggerakkan alam semesta, manusia berdoa supaya sebahagian daripada kekuatan itu dicurahkan untuk keperluan manusia.
Memohon Harapan
Berdoa ialah jalan mengatasi kekurangan manusia kerana berdoa ialah "Memohon kepada 'Allah" untuk menyampaikan hajat kita disamping usaha yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah apa yang kita pohon akan dikabulkan Allah S.W.T.
Doa seperti itu, ialah kepercayaan yang sangat teguh serta harapan yang sangat dalam, bahawa Allah akan menjauhkan segala halangan yang mendalangi tercapainya maksud kita dan hanya Allah dapat memberikan petunjuk tentang sebab-sebab yang nyata dan tersembunyi yang tidak jelas kelihatan oleh kita.
…..berdoa merupakan fitrah manusia ianya ialah satu hajat rohaniah yang daperlukan dalam kehidupan manasia itu sendiri…..
Dengan demikian dalam kalimah doa itu tersimpan berjuta-juta kekuatan rohaniah yang membangunkan, setiap manusia itu mempunyai tujuan pokok dalam kehidupannya yang mengarahkan seluruh fikirannya membimbing seluruh perbuatan dan harapannya di samping berusaha sclama sebab dan helah masih dapat kita usahakan.
Islam datang untuk memperbaiki akhlak dan jiwa manusia serta mengangkatkan kesempurnaan yang mungkin baginya, Islam menjelaskan tujuan akhir kepada manusia sehingga manusia bergerak menuju cita-citanya yang luhur.
Doa Merupakan Fitrah Manusia
Doa yang kita maksudkan di sini ialah permohonan atau permintaan iaitu permohonan seseorang hamba kepada Tuhannya, Allah Yang Maha Pencipta. Pada hakikatnya doa itu adalah percakapan seseorang individu atau jemaah yang dihadapkan kepada Allah S.W.T.
Berdoa merupakan fitrah manusia, ianya ialah satu hajat rohaniah yang diperlukan dalam kehidupan manusia itu sendiri, lebihlebih lagi ketika ditimpa musibah kesulitan dan lain-lain, tetapi bukanlah bererti berdoa itu hanya waktu ditimpa kesulitan atau kesusahan sahaja, bahkan hendaklah sentiasa diucapkan baik waktu susah mahupun di waktu senang ibarat aliran darah yang mengalir dan denyutan nadi yang menggerakkan seluruh tubuh badan kita. Allah sangat-sangat mencela sikap manusia yang berdoa kepadanya di kala ia mendapat kesusahan sahaja, tetapi apabila keadaannya menjadi senang, jangankan hendak berdoa malah terus melupakan Allah S.W.T. yang telah mengumiakan nikmat-nikmat yang banyak.
Oleh yang demikian marilah kita bersamasama berdoa dan carilah atau bacailah doadoa yang al-Ma'thurat yang diamalkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabatnya, telah disusun khusus oleh ulama'-ulama' seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Azkar yang ditulis oleh Imam Nawawi.
Ibadak sembahyang membimbing akhlak manusia supaya sentiasa mengingati Allah – Gambar hiasan.
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ
"Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekah-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku" (az-Zaariyat ayat 56 – 57)
Disunting Dan Disusun Oleh: Lokman Mohd Hashim
Sumber: islam2u.com

====================================================================

http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/adab-adab-ketika-berdoa.html


DAB-ADAB KETIKA BERDOA


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدُّعَـاءُ هُوَ الْعِبَـادَةُ


Sabda Rasulullah SAW: 
"Doa adalah ibadah".(HR Imam Bukhari)
MUKADDIMAH:

Allah SWT berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al Baqarah / 2: 186)
Doa termasuk salah satu jenis ibadah yang paling utama. Baginda Rasul SAW. Bersabda: Doa adalah otak ibadah. Dan berdasarkan ayat diatas semua doa pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Hanya saja yang perlu diingat bahawa Allah telah membuat beberapa syarat pada penghujung ayat tersebut agar doa kita dikabulkan-Nya iaitu:

1.Kita mestilah melaksanakan perintah-Nya
2.Kita mestilah beriman kepada-Nya.

ADAB ADAB DOA:

Selain syarat diatas, agar doa kita segera dikabulkan oleh Allah SWT, maka kita mestilah memenuhi beberapa adab berdoa dibawah ini, antaranya ialah:

1.Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

Sabda Rasul SAW:
"Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT. tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (HR Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)
2.Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.

Sabda Rasul SAW:
Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya: Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti'jaal? Jawab Nabi: Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi. (HR Imam Musllm)
3.Berdoa dalam semua keadaan:

Sabda Rasul SAW:
Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)
4.Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:

Sabda Rasul SAW:
Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan doa kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (HR Imam Muslim)
5.Jangan memohon kepada selain Allah:

Sabda Rasul SAW kepada Ibnu Abbas:
Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)
6.Berdoa dengan suara yang sederhana:

Allah swt berfirman:
Berdoalah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Al A'raf / : 55)
Sabda Rasul saw:
Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan ghaib, sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (HR Imam.Bukhari dan Muslim)
7.Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:

Allah swt berfirman:
Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Al A'raf / 7:180)
Rasulullah SAW pernah mendengar seorang lelaki berdoa dalam tasyahhudnya:

Ertinya: 
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". LaIu sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)
8.Mengaku berdosa:

Sabda Rasul SAW.: Penghulu istighfaar ialah:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
 أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar: 
Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)
9.Jangan terikat dengan sajak dalam doa:

Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:
Jauhilah sajak ketika kamu berdoa, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)
10.Berdoa dengan khusyu' dan merendah diri:

Allah swt berfirman:
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai. (Al A'raf / 7: 205)
Allah swt berfirman:
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu' kepada kami. (Al Anbiyaa': 90)
11.Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa:

Rasulullah SAW berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdoa:
Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah doa akan dikabulkan Allah? (HR Bukhari dan Muslim)
12.Berdoa dengan amal salih:

Agar doa kita lekas dikabulkan oleh Allah SWT. maka kita boleh berdoa kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal salih yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-yebut amal salih kita kepada-Nya.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdoa kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal salih masing masing. Doa mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.

13.Mengulangi doa sebanyak tiga kali:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah SAW. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.

14.Bersalawat kepada Nabi SAW.:

Sabda Rasul saw:
Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi saw. (Hadis Hasan)
15.Menghadap Kiblat:

Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, katanya:
Nabi Muhammad SAW. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (HR Bukhari dan Muslim)
16.Mengangkat kedua-dua tangan:

Abdullah Bin Omar (ra) berkata:
Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Berkata Abu Musa:
Kemudian baginda Rasul SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Bin 'Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
17.Berwudhu' sebelum berdoa:

Berkata Abu Musa (ra): Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad SAW. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul saw lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa:

Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir;) dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu.

Lalu aku pun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa:
Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
18.Berdoa sambll menangis:

Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa AS.:

Ertinya: 
"Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118),
Lalu Rasul SAW. menganqkat kedua dua tangannya dan berdoa :

" Ya Allah, umatku, umatku ", (sambil baginda menangis).

Selanjutnya Allah swt berfirman kepada Jibril (as):
Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: " Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ". (HR Imam Muslim)
19.Berdoa sambil merendahkan diri:

Allah SWT. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya:
"Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang". (Al Anbiyaa: 83)
"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik". (Al Anbiyaa: 89)
20.Berdoa pada waktu waktu yang mustajab

Kita meyakini bahawa Allah SWT. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.

Rasulullah saw pernah ditanya:
Do'a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do'a) akhir malam dan setelah solat wajib. (HR Tarmizi – Sahih)
Wasallam.

Selepas habis mendoakan. Penutup kepada semua doa BACA AYAT INI....YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA HAMBA MU INI SUPAYA AKU DAPAT BERIBADAT KEPADA MU, YA ALLAH.








__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment