Pemimpin adil pikul amanah rakyat - Tanggungjawab perlu dilaksana tanpa mengira bangsa, agama
Apabila Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, 'Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin', kita akur bahawa setiap individu adalah pemimpin. Bezanya, bukan semua pemimpin berjaya memimpin dirinya ke arah kebaikan, melainkan yang menerajui dirinya dengan betul menurut syarak sehingga dapat mencapai matlamat akhir yang digariskan lebih awal.
Apabila kita mampu memimpin diri sendiri, khidmat kita diperlukan untuk memimpin orang lain juga. Paling utama, sebelum layak menjadi pemimpin dalam unit lebih besar, kita seharusnya membuktikan kita mampu memimpin keluarga dengan cemerlang.
Jika sebaliknya, ada kemungkinan daya kepemimpinan kita mempunyai kekurangan dan ia menjejaskan kualiti organisasi yang dipimpin. Kita harus memahami bahawa kepemimpinan juga untuk merealisasikan amanah Allah SWT.
Justeru, tugas memimpin hanya perlu diberikan kepada ahlinya saja, iaitu yang amanah kerana pemimpin akan berurusan dengan amanah, sama ada amanah manusia atau amanah Allah SWT.
Begitu juga apabila perlu membuat keputusan atau memberi pengadilan, maka ia perlu dijatuhkan dengan adil tanpa mempunyai perasaan ingin menjaga hati pihak bersekutu atau takut tidak menjadi popular kerana membuat keputusan tidak menggembirakan sedangkan itulah yang paling baik.
Setiap pemimpin tidak boleh lupa Allah SWT dengan kuasanya sentiasa mendengar dan melihat. Dia tahu apa yang tersirat di sebalik keputusan dibuat atau apa yang dikata, walaupun pengikut hanya melihat zahirnya saja.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah."
Setiap pemimpin dipilih oleh rakyat dan menjadi tanggungjawab mereka untuk berlaku adil dan amanah kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Adil bukanlah bererti setiap orang mendapat apa yang mereka minta tetapi memberikan sesuatu kepada mereka yang berhak.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman." (Surah an-Nahl, ayat 90)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahli (yang berhak) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi melihat." (Surah an-Nisa', ayat 58)
Ketua yang adil dan amanah akan memberi peluang pihak bertelagah untuk menuduh dan mempertahankan diri secara sama rata dan hakim menjatuhkan hukuman setelah mengambil kira prinsip keadilan secara menyeluruh dan memberi kemenangan kepada pihak yang berhak.
Melakukan kezaliman kepada rakyat atau orang yang dipimpin termasuklah tidak mengagihkan perhatian dengan adil, bakhil kepada yang berhak, menipu rakyat demi kepentingan diri, menambah kekayaan dengan cara tidak betul, serta gagal memenuhi janji.
Terdapat pemimpin yang dipilih oleh pengikut yang mempunyai kepentingan tanpa mengambil kira keutamaan dalam kepemimpinan, sering mendedahkan diri kepada fitnah, tidak berfikir panjang sebelum bertindak sehingga menggagalkan hala tuju, wawasan, misi dan objektif organisasi.
Kepentingan diri adalah satu nilai yang tidak perlu diutamakan apabila dilantik sebagai pemimpin kerana tugas pemimpin ialah menjaga kepentingan orang yang dipimpin secara keseluruhannya.
Tadbir urus yang baik dalam kepemimpinan, sama ada melalui institusi perkahwinan, pengurusan, pendidikan, perniagaan dan sebagainya hanya dapat dilaksanakan sekiranya mempunyai pemimpin adil dan amanah, sentiasa dijadikan contoh dan dirahmati Allah.
Wassalam.
"THE ROAD TO SUCCESS STARTS WITH A STEP IN THE RIGHT DIRECTION"
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
AFFINBANK - "BANKING WITHOUT BARRIERS"
Tel: 03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-60214010 (Home)
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment