24 April 2012

Help Palestine [hidayahnet] Ulama Rembau yang berjasa kepada Sultan Siak di Sumatera

 

Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa dari Rembau ada seorang ulama yang amat tersohor bukan sahaja di Rembau tapi di Siak. Beliau ialah Tuan Lebai Aris bin Ahmad (1905 – 1947), dari Kg Nerasau, Penajis, Rembau. Begitu besar jasa Lebai Aris kepada Sultan Siak, kerajaan Siak dan rakyat Siak, beliau telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Sultan Siak dan dianugerah tanah seluas 500 ekar.

Saya dikhabarkan juga Lebai Aris adalah merupakan datuk saudara kepada seorang ulama muda dari Rembau yang terkenal di negara kita pada ketika ini.

Perbilangan yang berbunyi, "Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau" mempunyai maksud yang mendalam dari segi sejarah.

Dikhabarkan juga loghat orang Siak adalah mirip loghat orang Negeri Sembilan. Sedangkan loghat orang Minang adalah jauh berbeza dari loghat orang Negeri Sembilan.

Untuk mengikuti kisah lanjut mengenai Lebai Aris terdapat di http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00744.pdf

TUTUR KATA ORANG SIAK MIRIP ORANG NOGORI

Sekali lagi saya teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya Zainal Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang di Negeri Sembilan.

Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang hubungan Siak dengan Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan satu petikan dari sebuah buku, " Raja Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan menetap di Penajis dengan gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari Sultan Johor pada kurun ke-17. Maka adalah perbilangan yang berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau."

Nurhalim berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud orang-orang di Negeri Sembilan, khususnya Rembau kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga dengan orang Siak. Ada pertalian darah.

Lenggok intonasi pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak.

Sumber : https://afyassin.wordpress.com/gallery/loghat-orang-siak-inderapura-tak-tumpah-orang-n9/

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment