17 April 2012

Help Palestine [hidayahnet] ~~~Hidup Hanya Menelan Duniawi~~~

 

Al-fatihah buat arwah.


Kali ini entry yang aku paparkan merupakan satu cerita perjalanan
hidup. Aku dapat berita yang mana nenek kepada seorang rakan
telah meninggal dunia. Meninggal malam dan akan dikebumikan
esok pagi. Entah mengapa hati ini ingin menziarahinya walaupun
jauh di utara tanah air, aku mengajak seorang rakan untuk kesana.
Rakan aku merasa hairan tentang keinginan aku untuk ke sana.

Beliau bersetuju untuk menemani aku kesana. Cuma bagaimana
untuk kesana, malam-malam begini penerbangan flight telah tiada.
untuk menaiki kereta agak letih untuk memandu sebab siang tadi
kami ke Sepang. Sekiranya untuk menaiki flight terpaksa tunggu
esok pagi. Kawan aku mencadangkan agar kami menaiki bus dan
akan sampai awal pagi kesana. 

Sekarang jam telah 10 malam masih adakah lagi bus untuk kesana.
Aku bersetuju dan semuga Allah akan mempermudahkan segala
urusan. Abang rakan aku menghantar kami ke perhentian bus Shah
Alam, jam telah 11.30 malam, kami terus kekaunter tiket, tiket telah
habis di jual, kami melangkah dengan hampa, tiba-tiba salah seorang
pekerja di kauter memanggil kami dan memberi tahu ada dua tempat
duduk dan bus akan bergerak sekarang. 

Kami selamat sampai jam 6 pagi, dengan menaiki cap terus menuju
ke rumah, bila sampai kami memberi salam dan mengetuk pintu.
tapi tiada respon. Aku terus call kawan aku itu, rupanya dia berada
ditingkat atas. Bila saja aku masuk aku ternampak sekujur tubuh
yang bersendirian tanpa ada sesiapa di sisi.

Semasa aku melangkah masuk telah terbau yang kurang menyenangkan.
setelah minta izin, aku membuka kain penutup muka. Ya Allah, aku 
terpaku dan begitu terperanjat terdapat air yang keluar  dari hidung dan
mata dan air inilah yang menyebabkan bau. Tak dapat menahan sebak
aku menangis kerana melihat keadaan jenazah. Yang ada waktu itu
adalah anak-anak yang seramai empat orang, menantu dan beberapa
orang cucu. Tiada saudara mara yang lain sedangkan arwah mempunyai
sembilan adik beradik.

Selepas dimandikan di rumah dan di bawa ke mesjid untuk disembahyangkan.
Mereka menjemput pelajar tahfiz untuk sembahyangkan jenazah, duit sebanyak
empat ribu telah disiapkan  sebagai hadiah untuk yang melakukan solat jenazah.
Keluarga mereka dah biasa bila buat kenduri akan menjemput pelajar tahfiz
untuk membaca doa.

Setelah siap jenazah dibawa ke kubur, bila tiba di dapati dalam liang lahat telah
dipenuhi dengan air, tiada hujan dan biasa tiada air di kawasan itu, Pak imam
telah mengarahkan penggali kubur menimba air, namun air tidak surut-surut dan
akhirnya jenazah dikebumikan juga. Keluarga yang ke kubur tidak tahan menahan
sebak, mereka hanya mampu menanggis menghadapi keadaan ini.

Setelah selesai dan keadaan kembali reda sedikit kami pun berangkat pulang
pada petang itu juga dengan menaiki flight. Masih terfikir aku sanak saudara
ada yang tidak datang, ada yang datang pun semasa jenazah mahu di mandikan,
dan ada juga yang ikut sampai ke kubur, dan yang lain terus pulang ke rumah
masing-masing.

Sebenarnya sebelum meninggal arwah menghidapi pelbagai penyakit termasuk
kencing manis yang mana sebelah kali telah dipotong, lumpuh separuh badan,
tetapi semakin pulih dan sebulan yang lepas didapati air dari badan yang mana
berbau busuk, doctor pun telah sedut air itu, tapi berkurangan sekejap.

Sekarang apa yang mahu aku paparkan di sini untuk kita jadikan iktibar, bagi 
kita yang masih hidup ini masih belum terlambat untuk memohon keampunan
pada Allah swt dan pada manusia dengan kesilapan yang telah kita lakukan.

Arwah merupakan anak sulung dan diamanahkan harta pusaka yang mana
sebelum ibu bapa meninggal dunia atas nama arwah, Arwah tinggal di bandar
mengikut suami. Adik yang seramai lapan orang masih dikampung mengerjakan
tanah pusaka iaitu sawah padi. Kemudian tanah sawah di beri pampasan hampr
sejuta kerana terlibat untuk projek lebuh raya. Hasil pampasan arwah tidak
bahagikan kepada adik beradik yang lain. Ada kalangan adik-adik yang hidup
miskin. Arwah membeli sebuah banglo dengan tunai. Hidup dengan senang 
lenang sebagai orang kaya dan kebetulan mendapat menantu lelaki yang
berpangkat tinggi. Hubungan dengan saudara mara semakin jauh. Sikap
arwah jauh berbeza hanya selesa berkawan dengan yang setaraf, begitu juga
anak menantu hanya bergaul dengan rakan-rakan sepejabat, Cucu-cucu juga
berkawan dengan anak orang berada, mungkin orang miskin tak berani nak
berkawan dengan mereka.

Satu ketika pekerja yang mengutip sampah telah di marahi oleh arwah kerana
air sampah dan sampah ada yang terjatuh, beliau menyuruh pekerja itu memungut
sampah yang tercicir dan mencuci air sampah yang berbau busuk dijalan hadapan
rumah arwah, pekerja itu hanya mengutip sampah tapi engan mencuci air sampah.
Berlakulah pergaduhan antara mereka. Perkerja tu pula seorang anak muda sama-
sama tidak mahu mengalah, arwah juga menghina pemuda itu dan mengugut akan
buat laporan pada pehak atasan. Akhirnya pemuda itu telah dikenakan tindakan
disiplin.Adakah atas dasar menantu arwah merupakan orang yang penting di sebuah
jabatan kerajaan atau pun kerana kekayaan dan tinggal dikawasan mewah.

Diakhir cerita bahawa pemuda itu merupakan anak adik arwah sendiri (anak saudara)
yang tidak dikenalinya. Mereka hidup dalam kemiskinan sehingga tidak mampu untuk
menghabiskan persekolahan terpaksa bekerja buruh untuk membantu keluarga.
Inilah serba ringkas entry yang dapat aku tulis, hanya untuk renungan bersama.

Sebagai kesimpulan dari apa yang berlaku, sebenarnya masing-masing dapat
membuat kesimpulan. Aku hanya sekadar berkongsi pengalaman yang mana
sebagai iktibar untuk diri aku sendiri juga. Mungkin aku beria-ria sangat untuk
kesana Allah swt mahu menunjukan sesuatu kepada aku agar aku jangan cuai
menjalani hidup dan selalu check list pada diri sendiri. Wallahualam...

"Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara 
kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta 
itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda 
orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui". 
[al Baqarah/2 : 188].

"Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi 
peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram". 
[HR Bukhari]



--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment