06 April 2012

Help Palestine [hidayahnet] ADUN Peruntuk RM50,000 Mangsa Banjir

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali  memperuntukan RM 50,000 bagi menghulurkan bantuan kecemasan semua mangsa banjir sekitar Kampung Delek disini.

"Seramai 1000  penduduk sekitar kampung Delek  di timpa musibah banjir, maka dengan itu, saya selaku ADUN Selat klang  besar hati memperuntukan RM50,000 bagi meringankan beban semua mangsa banjir", kata Dr Halimah.

Jelasnya, dengan bantuan diberikan dapat membantu mengemas rumah dan membeli barang keperluan penduduk.

"Kita mengambil  berat golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan saya harap bantuan diberikan dapat meringankan beban yang mereka tanggung".

Beliau merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan menambah lagi, sehingga hari kita tidak nampak Kerajaan Pusat turun padang bertemu  rakyat disini.

"Saya juga menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS palsu mengatakan Pejabat saya menyediakan RM300 untuk mangsa banjir.

Semua mangsa banjir perlu menuntur wang di Pejabat saya. Mungkin keerja kotor ini adalah musuh politik saya yang ingin jatuhkan saya", kata Dr Halimah kepada media.

"Penduduk juga telah mengadu pada saya dengan rasa kesal sikap tidak peduli kerajaan pusat kepada mereka", ujar Dr Halimah selepas menyampaikan bantuan barangan dapur kepada semua mangsa banjir.

Sementara itu, Samsul Bahari Ehsan, Ketua Pengarah Pusat Khidmat pula berkata, "seramai 99 peratus penduduk mengalami kerugian besar akibat banjir".

"Antara kawasan terlibat Kampung Delek Kiri, Kampung Delek Kanan Baru, Jalan Masjid, Sungai Sireh dan Kampung Keretapi".  

"Insya-Allah selepas bancian selesai dibuat kita akan hantar nama mangsa banjir kepada Pejabat Daerah untuk tindakan selanjutnya.

Kita juga akan minta bantuan  Lembaga  Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa badan agensi lain untuk menghulurkan bantuan kecemasan", katanya.

Ujarnya lagi, "mungkin mengambil masa seminggu untuk semua proses permohonan bantuan. Bantuan yang diagihkan termasuk RM300 pada semua mangsa terlibat seperti yang diwawarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim sekitar Daerah Klang".

"Bagi rakyat Malaysia yang prihatin ingin menghulurkan bantuan kepada semua mangsa banjir boleh disalurkan akuan  Tabung Kebajikan DUN Selat Klang 100 100 804 20 (Bank Islam Malaysia Berhad –BIMB)".

Difahamkan Pusat DUN Selat Klang telah menerima sebuah van  untuk tugasan kemasyarakatan yang telah disumbangkan oleh Syarikat Capyield Sdn Bhd.
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 
 
 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment