Beginilah nasib penduduk di Pahang, negeri pemimpin pejuang bangsa Melayu yang tersohor seantero dunia dengan sokongan kuat Pekida. Sampaikan ada rakyat yang rumah mereka akan dirobohkan, minta rumah PPRT tak lulus-lulus. Sampai ada rakyat bergadai nyawa menggunakan jambatan yang hampir roboh. Hidup Pengundi Tegar di Pahang !
Koleksi artikel-artikel serta laporan-laporan akhbar betapa terbelanya rakyat Pahang di http://amkns.blogspot.com/2011/11/jeti-di-pahang-semakin-uzur-malu-kat.html
Rumah empat keluarga miskin bakal diroboh
KUALA LIPIS 5 Dis. 2011 - Kerajaan negeri diminta campur tangan dalam menempatkan empat keluarga yang tinggal di pesisiran Sungai Lipis, berikutan kediaman mereka akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek perumahan baharu.
Empat keluarga terdiri daripada Melayu dan India yang tinggal di situ, telah menduduki tanah milik seorang pengusaha tempatan sejak 13 tahun lalu.
Selain itu, mereka juga kesal kerana sudah beberapa kali memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.
Seorang penduduk, Ahmad Khalizam Mohamad, 53, berkata, fikirannya buntu apabila pemilik tanah berkenaan memberi tempoh singkat supaya mereka berpindah segera.
"Ke mana lagi saya dan empat ahli keluarga lain hendak menetap, lantaran kami tidak mempunyai tapak rumah serta wang untuk membina penghidupan di tempat lain.
"Saya kerap kali mengajukan masalah ini dan memohon rumah di bawah PPRT menerusi wakil rakyat di sini dan pihak tertentu, malangnya tidak ada jawapan sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, pemilik tanah tersebut yang cuma memiliki kelulusan berstatus Tanah Pemilikan Sementara (TOL) mengarahkannya bersama tiga keluarga yang tinggal di situ keluar segera dari kawasan berkenaan.
"Alasan yang diberikan oleh pemilik tanah ini, iaitu merobohkan segera rumah kayu yang sedia ada bagi dimajukan projek perumahan baharu," ujarnya.
Isterinya, Sharipah Ismail, 48, berkata, mereka tidak mampu menyewa rumah di bandar itu kerana kadarnya mahal.
"Pendapatan saya yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah agensi kerajaan, mana mampu menyewa rumah di bandar ini, malahan belanja dapur dan persekolahan juga kian terhimpit," katanya.
Jambatan perangkap maut
2011/12/06
KUANTAN: Sebuah jambatan kayu di Kampung Kurnia di sini, tidak ubah seperti perangkap maut apabila hanya menunggu mangsa untuk roboh, sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna terutama kanak-kanak.
Difahamkan, jambatan sepanjang kira-kira tiga meter melintasi tali air itu dahulunya menjadi laluan utama penduduk kampung termasuk pelajar Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad, namun terbiar usang sejak beberapa jambatan baru dibina.
Bagaimanapun, dikatakan masih ada penduduk yang menggunakan jambatan berkenaan sebagai jalan pintas termasuk pelajar sekolah yang berbasikal dan berjalan kaki walaupun menyedari keadaan jambatan berkenaan berisiko untuk digunakan.
Seorang penduduk, Saidi Ismail, 45, berkata ada tiga jambatan utama yang dibina di kampung berkenaan untuk melintasi tali air, namun dua daripadanya kurang selamat untuk digunakan berikutan kerosakan teruk serta tiada penghadang.
Katanya, satu daripadanya adalah jambatan lama yang dibina daripada kayu, namun ia sudah lama dibiarkan rosak dan hampir roboh serta tidak lagi selamat untuk digunakan.
Beliau berkata, meskipun hanya segelintir penduduk yang masih menggunakan jambatan kayu itu, ia tetap dikhuatiri akan membahayakan pengguna dan langkah membaiki atau merobohkannya perlu dilakukan segera sebelum ada yang menjadi mangsa.
"Jambatan itu tidak sepatutnya dibiarkan dalam keadaan begitu kerana ia boleh mengancam keselamatan orang ramai dan selagi ia wujud di situ, selagi itulah masih ada orang yang akan menggunakannya.
"Lebih baik ia dirobohkan terus jika tidak mahu membaikinya kerana langkah itu boleh mengelak penduduk terutama kanak-kanak daripada terus menggunakan jambatan uzur berkenaan," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, baru-baru ini.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Khairul, 29, berkata sebuah lagi jambatan konkrit di kampung terbabit yang dibina tanpa besi penghadang di kiri dan kanannya turut menimbulkan keresahan penduduk.
Katanya, langkah menggantikan jambatan lama dengan jambatan konkrit beberapa tahun lalu menggembirakan penduduk di sini, namun mereka kecewa apabila ia tidak dibina dengan sempurna iaitu tanpa besi penghadang.
"Keadaan ini membahayakan pengguna, malah pernah ada kereta tergelincir sehingga tayarnya tersangkut sebelum dibantu penduduk berhampiran mengangkatnya beramai-ramai," katanya.
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment