15 December 2011

Help Palestine [hidayahnet] MMB - Mereka Memerlukan Bantuan 17 - AIN KHADEEJA bt SHAIFUL AZLI

 


Salam

[36.47] Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): "Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Original Message -----
From: Noor Aini
Sent: Thursday, December 08, 2011 11:04 AM
Subject: Re: Sumbangan derma - HARIYATI (PJBumi)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Beserta dengan email ini adalah gambar adik AIN KHADEEJA bt SHAIFUL AZLI.
 
Justeru itu, marilah kita sama-sama merenung dan bermuhasabah bahawa sesungguhnya setiap ujian berupa kesakitan, tekanan dan sebagainya yang didatangkan oleh Allah SWT kepada kita tak kira muda atau tua adalah satu proses tarbiah (pembelajaran) untuk kita sentiasa ingat dan lebih mendekatkan diri kepadaNya. 
 
Marilah kita berdoa agar semuanya berjalan lancar untuk adik Ain dan keluarga, insyaAllah.
 
Amin.
 
----- Original Message -----

From: Noor Aini
Sent: Tuesday, December 06, 2011 3:19 PM
Subject: Sumbangan derma - HARIYATI (PJBumi)

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
PIhak MUSCOM ingin melancarkan satu kempen kutipan derma bertujuan untuk membantu anak salah seorang warga PJBumi Bhd (Pn Hariyati) iaitu adik AIN KHADEEJA bt SHAIFUL AZLI (D.O.B: 7/7/2010) yang akan menjalani pembedahan jantung di IJN, Kuala Lumpur.
 
Penyakit adik Ain adalah "Tetralogy of Fallot". Beserta dengan email ini kami ada sertakan sedikit maklumat berkenaan dengan penyakit ini sebagai kesedaran kepada kita semua. Sila klik: http://www.nhlbi.nih.gov/ health/health-topics/topics/ tof/printall-index.html
 
Tabung akan disediakan di meja receptionist di setiap syarikat. Bank akaun juga akan diberikan sekiranya ada warga kerja PICORP yang ingin menyalurkan sumbangan.
 
MAYBANK Acc. No.: 112213049301 (Hariyati bt. Yahaya)
 
Kepada semua warga PICORP, marilah kita sama-sama berdoa supaya segala urusan berkaitan pembedahan adik Ain dipermudahkan  oleh Allah S.W.T dan diberikan kesabaran kepada seluruh keluarga Pn. Hariyati dalam masa yang menguji ini. InsyaAllah.... Amin
============================================================
From: MURAD <murad@precico.com.my>
Subject: [chainz_of_frenz] RE: berat mata memandang, berat lagi bahu menanggung, bantulah...

 
 
Assalamualaikum semua…..
 
Disini ingin juga saya memanjangkan kesusahan dan kesedihan yg dialami oleh seoarng saudara kita …
 
Saudara BASAR BIN DOLLAH  dimana anak beliau NURAFIZAH BINTI BASAR telah dimasukkan di HOSPITAL KUALA LUMPUR … dan amat2 memerlukan bantuan dari segi wang ringgit untuk menampung perbelanjaan perubatan anak beliau … disini disertakan no akaun bank dan no telefon jika ada yg ingin bertanya lebih lanjut terus kepada encik BASAR ..
 
Bank Islam …. 0803102 045989 – 1  
No Tel ….. 0175996112
 
 Sekian terima kasih ..
 
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara dan sahabat kita yang lain.
Semoga usaha kita membantu adik ini mendapat limpah rezeki dan berkat dari
Allah swt....Wassalam
 
============================================================

Mal, dia org dah jumpa adik Najmi ni. Dengar crita dia lari sebab merajuk dgn family dia.

2011/7/18 Anna Annisa <akmalun@gmail.com>

Kepada Rakan2 semua,
 
Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.  

Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik.  Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

 
Nama :                  Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi :                  lebih kurang 110cm

Pakaian:                Memakai t-shirt sukan
berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2:              Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam,  berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.

 
 
MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

 
Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).

 
Mohon disebarkan.

 
TERIMA KASIH.


=================================================================
--- On Sat, 4/16/11, rli <rlijoho@yahoo.com> wrote:

Asalamualaikum / Salam sejahtera,
 
Sebentar tadi saya di kejutkan oleh panggilan talipon oleh adik ipar saya mengatakan beliau telah di samun menggunakan parang di kediaman 24, Jalan USJ 1/2L Taman Subang Mewah, Subang Jaya. Kejadian berlaku pada jam 5:00 Pagi  Tarikh :14 April 2011. Perompak tersangat lah bahaya, kerana mereka sanggup mencederakan dan beliau telah di tetak sehingga mendapat kecerderaan di kepala dan muka. Perompak telah melarikan 2 bijik kenderaan, Jenis : Proton Wira Sedan, berwarna hitam, Plate No : ADA9279 dan Honda Ferio, berwarna silver, bonet hitam, Plate No : JBT94            . Selain itu perompak telah melarikan talipone bimbit, wang tunai, dan barang lain. Minta jasa baik tuan/puan/adikberadik/abg/kakak/ sekiranya berjumpa dengan kenderaan ini sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan atau hubungi : Muhd Firhan +60 12 496 53 81 | Aziem +60 12 536 77 82
 
 
Bantuan tuan/puan/adikberadik/abang/kakak untuk sampaikan kepada rakan2 amat2 di hargai, dan moga bantuan anda mendapat pahala yang besar kelak. Sekian, terima kasih


==================================================================



As Salam Semua,

FYI, latest update

Ni follow-up dari lawatan NGO wargakilang tempohari ke rumah saudara azizan. Cuma dalam hati ini terdetik, bagaimana kalau kita diuji sebegini rupa. Kena VSS sebab ekonomi dok merudum, lepaih kerja sendiri, lepaih tu sakit radang hati atau kanser, isteri ambil alih cari rezeki, lepaih tu pihak berkuasa tak bagi berniaga…
Anak nak sekolah, anak nak makan, laki sakit takleh nak mampu nak buat rawatan, dan nak cari sesuap nasi pun susah… nak suruh pi pikir pasai apa bil api/air tertunggak, rasanya depa takdak masa nak pikir langsung…
Ujian untuk depa dan ujian untuk kita. Semoga ada manafaatnya…


  1. Anak dia yg sulong tu minat kat computer. Ambik upah buat FB , tweeter , etc kat kawan2. Charge RM5 , habuan belanja sekolah. Dulu masa sihat dia teringin nak hantaq anak dia belajaq buat blog , kat member kami (Fujian). Tapi sejak teruk sakit , hajat tak kesampaian. Anak dia ni la ni dok belajaq/surf internet kat sekolah , walaupun mmg sekolah tak bagi , tapi sbb dia rajin tolong cikgu , dapat la buat FB utk member. Kadang2 tu pi jugak CC. So dia kata kalau ada org guna nama dia on-line tu , bukan dia , tapi anak dia. Aku suruh anak dia register FB WK. Appt utk operate tonsil anak dia , 29hb ni.
  2. Anak no2 minat melukis. Dok ambik upah upah lukis katun utk geng sekolah dia. Lepas la duit belanja sekolah. (teringat cerita anak sulong Muniaq)
  3. Ada sorang pekerja SOCSO contact dia , bagi tau cara2 utk dapat pencen-ilat dari SOCSO. Dia kena ambik borang , then suruh doktor isi etc etc. Dia nak buat next month bila jumpa doktor for next check up. Aku suruh dia fokus yang ni.
  4. JKM dah pi interview , insyaallah akan dapat bantuan.
  5. Kos utk pembedahan agak tinggi..tak sure berapa ..maybe dlm lingkungan RM25K++
 
•  Kita still nak tolong dia dapatkan medical report dari hospital , for future reference. Maybe utk dapatkan bantuan dari Pej Zakat or EPF. Or maybe utk dapatkan further medical treatment dari pakar swasta.
 
•  Then next step baru tengok apa yg boleh buat utk daily income depa, bil air yg tertunggak RM2500++, bil api tertunggak RM1700++ dan lain2 bil serta projek bantuan meja beroda utk perniagaan nasi lemak yg dianggarkan dlm RM1000++ spt yg disyaratkan oleh MBA bahawa setiap meja tidak dibenarkan tinggal dibahu jalan.


Utk sahabat yg perihatin boleh le membantu dgn menderma sedikit sebanyak kepada sahabat kita Azizan.
 
Dibawah ni ade no telefon Saudara Azizan dan juga no akaun beliau untuk tindakan sahabat2 yang mahu mendapatkan kepastian tentang keadaan beliau secara langsung.

Nama : Azizan bin Bakar
IC : 720413-02-5421
Maybank AC : 102027494249
Tel : 0124861013

From: Othman, Aznee
Sent: Monday, March 21, 2011 9:02 AM
To: 'Munir'; warga_kilang@yahoogroups.com
Subject: RE: [warga_kilang] Sabuah Kisah Rakyat Biasa: bacalah kalau ada masa
 
Salam,
Saya pernah dengar ada orang alim kata hidup kita ini tidak lain hanyalah ujian belaka. Dia kata Tuhan bagi kita sakit, bagi kita demam, bagi kita sihat, bagi kita senang bagi kita susah, kadang-kadang sampai susah sesusah-susahnya hinggakan tidak pernah terlintas di akal kita yang kita akan susah sampai macam itu sekali. Dia kata semua itu tidak lain hanyalah sebagai dugaan belaka, Tuhan nak tengok sejauh mana kita tabah menerima semua cubaan itu.
 
Bila saya tengok klip video Tsunami di Jepun kat You Tube yang berbagai rupa itu, terlintas juga awat la teruk sangat Tuhan pi balun depa-depa kat Jepun itu. Apa salah depa sampaikan habis mati bergelimpangan semuanya (sekali tu depa jumpa dekat 2000 mayat tersadai kat satu kawasan pantai itu); dan yang hidup pula kena uji dengan cuaca sejuk, tiada air tiada letrik tiada selimut tiada makanan dsg nya.

Saya tidak melihat semua itu sebagai satu Ujian untuk depa, tapi lebih kepada Ujian untuk kita semua. Tuhan nak tengok sama ada kita nak bantu ke tidak insan-insan malang seperti depa-depa ini.
Dan, yang menariknya kerana faktor media barangkali, kita dok ingat hanya di Jepun saja, hanya mangsa-mangsa Tsunami ini sahaja yang sedang diuji dengan masalah tiada air tiada letrik tiada makanan dan 1001 lagi kepayahan untuk meneruskan kehidupan, wal hal yang sebenarnya insan-insan seperti mereka ini banyak terdapat melata di sekeliling kita.
Saya nak mengambil kesempatan di sini, nak kongsi satu pengalaman duka saya dan teman-teman dari NGO Wargakilang berkunjung ke rumah seorang bekas pekerja kilang yang menjadi mangsa TSUNAMI VSS yang melanda kilang-kilang industry di sekitar tahun 2008 yang lalu.
Namanya Azizan, tinggal di Kg Tok Pasai Kuala Kedah, di sebuah rumah buruk di celah-celah rumah-rumah usang yang dijadikan sebagai tempat parking kereta mereka-mereka yang nak ke Langkawi.


http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=a41c16d6f046efc00b1e328e841d6194&url=http%3A%2F%2F3.bp.blogspot.com%2F-AQX7MvYCC78%2FTYYuVvQs-5I%2FAAAAAAAAAj0%2FJJ15aU2kq8o%2Fs400%2FrumAH.JPG
Sebaik-baik saja kena VSS, beliau adalah dok buat bisness sikit sendiri-sendiri dan kemudian bekerja mengikut kawan wiring letrik di kawasan berdekatan, dapatlah sikit habuan lepas makan anak-anaknya yang 7 orang itu (yang sulung tingkatan 3).
http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=336d369d00018a6e1ddb224325648b05&url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F-Q1llHdGYm8Q%2FTYYuVY0y4zI%2FAAAAAAAAAjs%2F2MA_MsiUQ3I%2Fs400%2F7anak.JPG
Takdir, tanpa menunggu terus datang membawa Ujian untuk dirinya.
Sekitar awal tahun 2010 baru-baru ini beliau disahkan mengidap radang hati, tidak mampu bergerak banyak dan hanya terlantar di tempat tidur. Waktu kami ke rumahnya, boleh nampak perutnya macam membengkak, kalau dulu-dulu org mungkin kata busung barangkali.
Beliau tak mampu ke hospital kerana faktor kewangan dan pengangkutan, setiap kali ke hospital pasti tersangkut di ICU; kalau 2 hari dah hampir RM200 sedangkan dalam keadaan sekarang tanpa punca pendapatan, mana nak cari RM200 itu.
Isteri? Dua tiga minggu lepas dah keluar berita keluarga ini dalam SINAR HARIAN, entah apa yang tak kenanya dikatakan Majlis Bandaran Alor Setar menghalang isterinya daripada berniaga di tapak seperti yang tertera di bawah ini.

http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=35ccc6fb7dc9c0803bcda79de285c95e&url=http%3A%2F%2F4.bp.blogspot.com%2F-6lT_fZh3bVs%2FTYYuVzZUiiI%2FAAAAAAAAAj8%2FzHHv5BX7ufI%2Fs400%2FTAPAK.JPG
Bila saya tengok gambar isteri dan 3 orang anaknya ini di tempat yang mereka dihalang berniaga, yang berlatarbelakangkan lambang sebuah parti politik Melayu, UMNO dulu kini dan selamanya, yang tercatat megah kat signboard itu - memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara, satu perasaan marah yang tak dapat diceritakan tiba-tiba saja naik tersirat di dada. Entahlah!
Apalah malangnya nasib orang-orang bawahan rakyat marhain seperti sdra Azizan suami isteri dan 7 orang anak-anaknya ini. Rumah tak ada letrik walaupun duduk tak jauh dari BANDARAYA ALOR SETAR negeri Kedah Sejahtera sedangkan Tok Esah makcik saya di Ulu Baling sana nu pun rumahnya boleh ada letrik dan lampu cahaya.
 
Nak buat macam mana, hutang letrik dan juga air sudah tertunggak lebih dari seribu. Nasib baik ada jiran yang bersimpati tolong hulurkan wayar letrik sambung extension ke rumahnya buat sementara.
Sembang pi sembang mai dengan Azizan, di celah-celah air mata jernih yang mengalir di kedua hujung kelopak matanya, beliau bercerita bagaimana kesan barah itu sudah mula menapak di kedua tulang rusuknya, kalau lambat dirawat rasanya tak lama lah kot beliau akan terus berada bersama kita.

http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=376c07424aa7d2bb934f6ab513babc22&url=http%3A%2F%2F2.bp.blogspot.com%2F-YStC51y7tM8%2FTYYuWHb1OfI%2FAAAAAAAAAkE%2FAQKY_qhTncw%2Fs400%2FWAJAH.JPG
Bila saya tanya tak ada kah YB ka sapa-sapa mai melawat, salah seorang kawan yg turut serta menyampuk kata, kalau ada Pilihanraya Kecik kat sini sebab YB mati ka apa sure berduyun-duyun org mai rumah Azizan punya, siap masuk TV lagi nanti. Azizan senyum saja, dia tak salahkan sapa-sapa.
Bila saya tanya sapa dia YB kat sini; sorang kawan tu kata nama dia ada nama Mustapha Mustapha macam itu (YB PAS).
Saya kata:
"Apa dia? KASIM MUSTAPHA?"
Kawan saya tu gelak sakan, dia kata:
"Kalau KASIM MUSTAPHA Tauke Nasi Kandaq itu tak jadi macam inilah; dia boleh bawak angkut mai Nasik-Nasik Kandaq itu bagi budak-budak ini makan, ha ha ha".
Sorry noh, kawan saya ni melawak saja; minta maaf melawak kasaq sikit.
Walaupun dalam melawak, tiba-tiba saya terfikir; sebenarnya inilah dia realiti hidup masyarakat marhain kat bawah ini, depa bukan perlukan tender projek jutaan-jutaan ringgit, apa yang depa perlukan, macam juga mangsa Tsunami di Jepun nu, orang-orang macam keluarga Azizan rakyat kat bawah ini, depa cuma perlukan makan minum saja. Kalau dapat letrik itu kira bonus dah tu. Hat ini yang ramai YB tak paham.
Rakyat kat bawah ini tak minta benda-benda besar, depa cuma perlukan benda asas, makan dan minum saja untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Maka itu, kepada YB semua, fikirlah mcm mana cara supaya rakyat jelata kat bawah ini mudah nak cari rezeki tanpa dibebani dengan isu lesen, permit dan lain-lain yang membebankan mereka. Mana yang boleh dipermudah, tolonglah permudahkan. Insyaallah depa amat menghargainya.
Kalau tidak, eloklah lepas ini dalam pilihanraya kita letak Tauke-Tauke Nasi Kandaq macam Kasim Mustapha itu pula jadi calun, agak tersepit macam sdra Azizan ini bolehlah juga anak bini dia dapat makan free barang sehari dua sementara nak ikhtiar benda lain. Kalau tidak, penat aja orang-orang bawah ini undi YB; habis hari pilihan raya batang hidung pun tak nampak.
Sekian, sebuah kisah tragis dari Kuala Kedah di celah-celah kesibukan kita berbicara kisah Tsunami dan Nuklear Jepun serta serangan tentera berikat terhadap Libya, ada juga orang-orang seperti sdra Azizan yang perlu diberi perhatian.
(Maklumat mutakhir yg saya dapat, Azizan sedang mengalami masalah penglihatan di kedua-dua belah matanya, mungkin akibat komplikasi drpd serangan barah itu)
Sekian. Moga ada iktibarnya buat kita semua.
21.3.11

PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI
 
SINAR HARIAN: 7 Mac 2011
 
Seorang peniaga di sini bingung apabila operasi menjual nasi lemak dan kuih terpaksa dihentikan sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini, melalui hasil jualan itulah, Rohani Othman, 38 menyara keluarga setelah suaminya Azizan Bakar, 39 disahkan mengidap penyakit radang hati tahun lalu dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Azizan berkata, dia kini bimbang dengan penyakit yang dihidapnya itu kerana jika dibiarkan mampu menjadi barah.
 
"Doktor sentiasa menasihatkan saya agar segera mendapatkan rawatan kerana bimbang ia merebak tetapi saya tidak berdaya kerana kehilangan punca pendapatan."
 
"Namun, saya tidak mampu melakukan apa-apa , pendapatan kini hanya mengharapkan kepada isteri (Rohani) yang sekarang tidak boleh berniaga kerana dihalang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)", katanya ketika ditemui di rumahnya di Kg Tok Pasai.
 
Azizan berkata, walaupun pendapatan menjual nasi lemak hanyalah sekitar RM5 hingga RM10 sehari namun belum cukup untuk menanggung keperluan harian dan persekolahan enam daripada tujuh anaknya.
 
Menurutnya, dia dan isteri pernah beberapa kali memohon untuk mendapatkan lessen perniagaaan namun permohonan itu tidak diterima MBAS.
 
Menurutnya, dia kini buntu kerana pihak MBAS tidak menjelaskan apakah alasan permohonan lesennya tidak diterima.
 
"Saya memang berharap agar MBAS dapat mempertimbangkan permohonan lessen perniagaan untuk isteri saya kerana itu sahajalah punca rezeki kami sekeluarga", katanya.
 
Bagi Rohani, dia juga berharap agar ada pihak yang tampil membantu dan meringankan bebannya untuk merawat penyakit yang dihadapi oleh suaminya.
 
Rohani berkata, permohonan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dibuat namun masih belum menerima jawapan.
 
Menurutnya, pihak JKM pernah membuat tinjauan di rumahnya pada Januari lalu, namun sehingga kini permohonan itu belum diluluskan.
 
"Anak-anak saya juga tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan, jadi apabila terputus pendapatan mereka terpaksalah pergi sekolah tanpa membawa wang saku"
 
"Saya sememangnya berharap agar JKM dapat meluluskan permohonan bantuan yang dibuat oleh saya kerana dengan bantuan yang diberikan itu mampu meringankan perbelanjaan saya sekeluarga", katanya.





__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment