Minda: Teknik nasihat Luqman Al-Hakim
ANAK-anak adalah kurniaan Allah yang paling berharga dan ibu bapa sewajarnya memelihara
amanah mendidik mereka dengan kaedah terbaik. Antara kaedah yang paling berkesan dan
berhemah dalam melaksanakan asuhan bimbingan kepada anak-anak ialah melalui pendekatan
memberikan nasihat.
Jadikan kaedah yang diamalkan oleh Luqman Al-Hakim sebagai pedoman. Banyak sekali
bentuk nasihat yang disampaikan Luqman kepada anaknya. Cara penyampaian atau
metodologi pengajaran yang diaplikasikan Luqman begitu halus dan penuh dengan amalan
psikologi. Kita ambil beberapa contoh bagaimana Luqman menasihati anaknya.
Misalnya, kata Luqman kepada anaknya, "Wahai anakku, sesungguhnya aku kesal dengan
percakapanku, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana berdiam diri."
Cuba perhatikan dengan serius bentuk nasihat yang diluahkan Luqman kepada anaknya.
Luqman member nasihat dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan contoh subjek
nasihat yang hendak disampaikan.
Inilah kaedah terbaik sebenarnya bagaimana memberikan nasihat kepada anak-anak.
Bukannya dengan menyampaikan nasihat dengan mengambil contoh pihak lain yang
sukar dijangkau anak-anak kita.
Pada zaman moden ini, kaedah diguna pakai Luqman itu adalah salah satu kaedah dalam
sesi kaunseling. Justeru, Luqman boleh kita ibaratkan sebagai perintis kepada teori dan
praktikal kaunseling. Dengan cara sebagaimana dibuat Luqman seperti tadi, pasti perhatian
anak-anak akan lebih terserap.
Aspek bersosial juga diterapkan Luqman menerusi nasihat kepada anaknya. Misalnya,
kata Luqman, "Wahai anakku, jadilah engkau orang bersikap lemah lembut dengan jiran,
hampir dengan kebaikan, banyak berfikir, kurang bercakap melainkan dalam mengatakan
yang baik, banyak menangis dan kurang ketawa. Janganlah engkau suka bergurau-senda,
membuat bising tetapi diamlah dalam berfikir dan apabila engkau bercakap, maka bercakap-
lah dengan kata-kata berhikmah."
Tentu kita kagum dengan kaedah diamalkan Luqman terhadap anaknya dalam menyampaikan
pendidikan. Adakah kita pernah membuat seperti Luqman itu? Atau kita hanya serahkan kepada
guru untuk mendidiknya? Atau apabila anak-anak pulang dari sekolah, kita hanya pandai
membebel dan memarahi anak?
Cuba kita telusuri nasihat kedua yang dipetik sebentar tadi. Luqman menggunakan bentuk
nasihat untuk menyampaikandidikan bercorak ringkas tetapi berisi padat dengan ajaran agama
dan norma masyarakat. Diadunnya dalam nasihat rangkuman isi yang hendak disampaikan.
Didahului dengan didikan hidup berjiran secara baik dan harmoni. Kemudian beliau melorekkan
pula elemen pembentukan sahsiah peribadi dari segi pengurusan komunikasi berkesan, iaitu
bagaimana memanfaatkan akal untuk berfikir dan bagaimana mempergunakan lidah dengan
berhemah dan bermanfaat.
Aspek seterusnya yang turut difokuskan Luqman ialah bagaimana mencorakkan pergaulan yang
baik. Kata Luqman, "Wahai anakku. Janganlah engkau duduk bergaul dengan golongan yang tidak
mengingati nama Allah. Kerana sekiranya engkau seorang yang jahil, maka mereka akan
menambahkan lagi kejahilanmu."
"Dan sekiranya engkau seorang yang alim, maka ilmu- mu itu tidak memberikan sedikit manfaat
pun kepadamu. Bahkan, sekiranya laknat dan kemurkaan Allah diturunkan ke atas mereka,
nescaya engkau juga akan turut berkongsi bersama-sama mereka."
Bacalah berkali-kali nasihat Luqman itu, maka kita dapat mengesan suatu pengajaran yang
berkualiti tinggi. Bukan senang untuk kita terapkan bentuk nasihat sebegini, tetapi percayalah
seandainya secara beransur-ansur diamalkan, tiada apapun yang mustahil. Kita mesti mencuba
kaedah Luqman itu.
Seharusnya kita sebagai ibu bapa menjadikan nasihat yang berisikan pedoman berasaskan
agama dijadikan tunjang dalam pendidikan anak-anak. La Rouchefoucauld, seorang tokoh
pendidikan Barat pernah mengatakan, "Kita memberi nasihat, tetapi kita tidak dapat memberikan
kebijaksanaan bagi dimanfaatkan."
Maksudnya kita seharusnya menjadikan bentuk isi nasihat itu sesuatu yang padat dengan subjek
yang hendak kita sampaikan. Betul dan tepat seperti maksud peribahasa Afrika, "Nasihat itu aneh.
Apabila diterima, ia menginap, apabila tidak diterima ia pulang pada ketika itu juga."
Maknanya kita harus memuatkan nasihat yang mudah 'dihadam' oleh pemikiran anak-anak, barulah
nasihat itu meninggalkan kesan positif.
Satu lagi pendekatan digunakan Luqman ialah penggunaan elemen metafora atau perumpamaan
bermakna dalam menjadikan bentuk nasihat lebih lunak dan bermanfaat. Gabungan jalin antara
metafora dan perumpamaan jelas banyak digunakannya. Inilah daya intelektual tahap tinggi
sebenarnya.
Misalnya nasihat beliau ini. Kata Luqman, "Wahai anakku. Sesungguhnya dunia ini lautan yang
terbentang luas. Ramai manusia yang karam di dalamnya. Oleh itu, sekiranya engkau mampu
menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal
dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah
kerana dosa-dosamu." Indah dan penuh makna nasihat Luqman ini.
Luqman sebenarnya ingin mengajak anaknya memahami erti kehidupan di dunia dengan kepatuhan
beragama yang kukuh. Beliau juga membimbing anaknya bagaimana menyusuri alur kehidupan iaitu
dengan iman dan takwa serta menjauhi perbuatan dosa yang akan mengundang mala petaka. Apa
yang diperkatakan Luqman itu disepakati Imam Ghazali yang katanya, "Menanamkan iman dalam
diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka
dan sensitif dengan Tuhan. Apabila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk
membuat dosa."
Sesungguhnya melalui kaedah nasihat jiwa anak-anak akan terserap dengan asuhan sempurna dan
membentuk sahsiah peribadi yang unggul. Ibnu Sina mengatakan, "Pendidikan itu berlaku dengan
cara membiasakan iaitu membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam
jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan tersebut."
Jadi, satu kaedah pengasuhan terhadap anak-anak yang berkesan ialah dengan teknik nasihat.
Insya-Allah anak-anak kita akan membesar dalam ruang yang menepati kehendak agama dan
masyarakat.
Sumber myMetro: Penulis seorang guru
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment