24 November 2011

Help Palestine [hidayahnet] SEMASA : Tanah orang Melayu RM2b kini milik ceti

 

Tanah orang Melayu RM2b kini milik ceti




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apabila Laman-Seri ketengahkan ISU : Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat, ada jari-jari tidak senang hati dengan isu yang dibawa. Pernah juga kami rakan sesama sekerja berbual akan isu yang sama, dan terdengarlah kisah yang Kapitan Kxxxxg sedang dalam usaha menuntut tanah mereka di Pulau Pinang yang sebenarnya telah digadaikan kepada nenek moyang mereka. BG ingatkan rakan sekerja itu cuma bergurau, namun beliau bertegas, tunggulah setahun dua nanti... Itu kisah setahun yang lepas. Entry yang disebutkan di atas juga dipos setahun yang lepas.

Hari ini BG berkesempatan membaca kisah yang mengejutkan yang sebenarnya tidak patut rasa terkejut, kerana kisah ini telah dimaklumkan secara tidak rasmi di persidangan meja empat segi kira-kira setahun yang lalu.



Tanah orang Melayu RM2b kini milik ceti ~ BHarian 24/11/2011

Waris Pulau Pinang tumpang tanah sendiri

GEORGETOWN: Sebanyak 252 lot tanah dianggarkan bernilai RM2 bilion membabitkan kediaman dan dusun, yang kebanyakan milik orang Melayu Pulau Pinang dirampas oleh Chettiar atau ceti sebagai gantian cagaran pinjaman nenek moyang mereka beberapa dekad lalu tanpa disedari waris sekarang.

Tanah yang terletak di 13 mukim dalam daerah Barat Daya sudah bertukar hak milik kepada 543 individu daripada golongan berkenaan yang kini dipercayai menetap di India. Difahamkan, antara lot tanah itu terletak di kawasan perkampungan Melayu di Bayan Lepas, Permatang Damar Laut, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Teluk Bahang, Gertak Sanggul, Kampung Seronok dan Kampung Binjai.

Masalah sama juga dikatakan berlaku di daerah lain di negeri ini yang menyebabkan kedudukan orang Melayu semakin terhimpit apabila tanah berkenaan mahu dimajukan atau bertukar tangan kepada pihak ketiga. Ini menyebabkan ramai orang Melayu menjadi penumpang di tanah diduduki sekarang, walaupun pada asalnya milik nenek moyang mereka. Difahamkan, 1,000 orang Melayu sudah diusir pemilik tanah sebenar dan hidup merempat di sekitar negeri ini.

Keadaan itu menyebabkan pemilikan ekuiti orang Melayu di Pulau Pinang semakin terhakis dan terancam termasuk keupayaan memegang hak milik hartanah sendiri, selain menggugat kuasa pengundi Melayu negeri itu.

Seorang peguam yang arif dengan pentadbiran tanah di Pulau Pinang memberitahu BHarian, kebanyakan orang Melayu yang mewarisi lot itu langsung tidak menyedari tanahnya sudah digadai nenek moyang mereka kepada golongan ceti sebelum Perang Dunia Kedua kerana ingin mendapatkan pinjaman wang tunai.

"Berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini," kata peguam berkenaan.

Beliau juga mendedahkan, ada antara tanah berkenaan berkeluasan 72.8 hektar dengan nilai mencecah hingga RM350 juta berpindah milik kepada ceti kerana pemilik asalnya gagal melunaskan hutang yang hanya RM350 sejak tujuh dekad lalu.

Keadaan itu berlaku kerana pada zaman sebelum merdeka, banyak pemilik asal lot tanah berkenaan menggadaikan tanah kepada ceti bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan majlis perkahwinan anak mereka.



Laman-Seri : Jika setahun yang lepas dilaporkan pemilikan tanah Melayu hanya tinggal 20.41%, maka selepas ditolak tanah yang tergadai, tinggal berapa peratuskah agaknya pemilikan tanah Melayu?

Makanya, memang benarlah tanahair kita telah tergadai lagi dan lagi...


Anda mungkin juga meminati:


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment