As Salam . Remaja makin bangga, seronok buat jenayah Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah Statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, MENAKUTKAN, Pada 2007, 1836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 2008 yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng. Statistik kes Juvana Malaysia 2006-2010 update on 11 mei 2011
Statistik kes juvana yang dilaporkan 2006-2010 sumber: Harian Metro 8 mei 2011
Negeri | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | Johor | 851 | 972 | 489 | 617 | 454 | Kedah | 899 | 441 | 526 | 311 | 460 | Kelantan | 247 | 189 | 197 | 215 | 229 | Melaka | 284 | 293 | 159 | 196 | 162 | Negeri Sembilan | 308 | 197 | 170 | 181 | 214 | Pahang | 25 | 362 | 423 | 431 | 368 | Perak | 396 | 494 | 381 | 264 | 325 | Perlis | 140 | 159 | 125 | 158 | 92 | Pulau Pinang | 439 | 434 | 383 | 334 | 332 | Sabah | 0 | 326 | 212 | 113 | 46 | Sarawak | 228 | 335 | 88 | 28 | 89 | Selangor | 911 | 1114 | 736 | 562 | 138 | Terengganu | 509 | 327 | 218 | 242 | 411 | WP Kuala Lumpur | 718 | 1099 | 1424 | 192 | 158 | WP Labuan | 0 | 21 | 34 | 18 | 6 | Jumlah | 5955 | 6763 | 5562 | 3862 | 3484 | PENDIDIKAN REMAJA MENURUT AL-QUR'AN DAN AL-SUNNAH Pendidikan merupakan asas yang penting dalam Islam. La diberi perhatian serius oleh Islam sejak manusia berada di a lam kandungan hingga ke akhir hayat. Keunggulan sistem pendidikan Islam telah dibuktikan oleh sejarah., sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke hari ini. Ia membentuk individu, keluarga, masyarakat dan negara yang membangun dalam semua aspek. Sehubungan itu Islam memberi perhatian yang tinggi kepada remaja.. la merupakan kumpulan atau ejen yang amat penting menentukan rebah bangun, maju atau mundur sesebuah masyarakat. Kedudukan masyarakat adalah banyak bergantung kepada mutu keunggulan golongan ini. Sedangkan keunggulan mutunya pula ditentukan oleh keberkesanan pendidikan yang membentuk mereka. Oleh itu, Islam memberi penekanan yang jitu kepada remaja dalam aspek pendidikan agar akal, rohani dan fizikal mereka mantap dengan konsep Tarbiyah Rabbani. Remaja Islam hari ini mengalami kekurangan daya tahan dalam menghadapi serangan budaya yang negatif, yang bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan, ketimuran apa lagi dengan nilai keislam. Pendidikan Islam berperanan untuk membina atau membentuk keperibadian yang sempurna dalam berbagai-bagai aspek yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial bagi mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Sehubungan tersebut , PMKT melalui keadah Tarbiyah Rabbani akan menganjurkan Kursus Kem Bina Insan Cemerlang bagi sesi ke 3 pada 20/11/2011 (Ahad) hingga 18/12/2011(Sabtu) Pertanyaan sila hubungi :- Ustaz Zulkifli Mohd Amin Tel: 012-7005469 Ustaz Mohd Adlee Majid Tel: 012-2934146 Ustaz Mohd Taufik Tel: 013-3273070 Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501 Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674 |
No comments:
Post a Comment