11 November 2014

Help Palestine [hidayahnet] Mengenali dan memahami fungsi komponen dan bahan dalam percetakan pakaian

 

Bab ini akan memperkenalkan semua bahan asas dan alatan yang diperlukan untuk membuat komponen-komponen percetakan pakaian. Definisi dan kegunaan saintifik juga akan diberikan. Kefahaman yang lebih jelas akan diperoleh setelah memahami ciri dan fungsi setiap komponen, serta merujuk gambar rajah teknikal bagi setiap proses yang berkaitan.

 

2.1 Filem Positif

 

Seperti yang telah diterangkan, percetakan pakaian ialah proses memindahkan suatu reka corak, sama ada daripada kertas atau melalui komputer ke atas produk pakaian seperti kemeja-T. Oleh itu, suatu reka corak asal yang berwarna mestilah disediakan sebelum proses yang seterusnya dapat dijalankan.

 

Definisi:

 

Filem positif ialah komponen yang paling asas dalam turutan proses percetakan pakaian, selepas reka corak disediakan. Filem positif ialah sekeping kertas atau plastik yang mempunyai imej serupa (duplicate copy) dengan imej reka corak. Namun, warna imej filem positif adalah gelap, hitam atau legap, berbanding dengan imej reka corak yang berwarna. Latar filem positif pula bersifat lut cahaya atau lut sinar.

 

Satu jenis filem lagi dipanggil filem negatif. Contoh filem negatif ialah negatif gambar foto. Filem negatif ialah sekeping kertas atau plastik yang mempunyai latar gelap, dan mempunyai imej cerah atau lut sinar.

 

 

Ciri-ciri:

 

Setiap filem positif mengandungi:

(a) Latar lut sinar atau lut cahaya - setiap filem positif perlu mempunyai latar lut sinar untuk membenarkan cahaya menembusinya.

(b) Imej berwarna gelap atau hitam (bersifat legap) - berfungsi sebagai penahan cahaya daripada menembusi filem positif.

(c) Tanda ‘+’ atau crossmark bagi reka corak pelbagai warna.

 

 

Bahan-bahan:

 

Untuk membuat filem positif, bahan-bahan di bawah perlu disediakan.

(a) Reka corak (design) – sama ada reka corak 1 warna, 2 warna, atau banyak warna. Untuk memudahkan kefahaman, sediakan reka corak 1 warna dahulu.

(b) Kertas putih, transparensi, atau tracing film

(c) Alat tulis – pen mekanikal, pen rollerball, ballpen, marker, pembaris, pisau, gunting, pita salofan, dakwat hitam, dakwat Indian

(d) Komputer dan pencetak komputer

(e) Minyak masak/minyak mesin

 

 

Kegunaan:

 

Filem positif digunakan untuk memindahkan rupa bentuk imej daripada reka corak asal ke atas bingkai acuan dengan melakukan proses-proses tertentu. Bingkai acuan digunakan untuk mencetak, iaitu memboloskan bahan pencelup atau dye ke atas pakaian. Cetakan tersebut mempunyai imej dan warna yang sama dengan reka corak asal. Di bawah ini merupakan gambaran asas mengenai proses yang terdapat di dalam percetakan pakaian.

 

 

Maklumat lanjut berkenaan buku TEKNIK ASAS PERCETAKAN PAKAIAN ini boleh didapati di www.perintis.com.my atau sila berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

__._,_.___

Posted by: <studioperintis@perintis.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment