11 August 2014

Help Palestine [hidayahnet] Manual Pengendalian Kursus Jangka Pendek, Bengkel dan Seminar (KBS)

 

PENDAHULUAN

 

Kursus Jangka Pendek, Bengkel dan Seminar (KBS) ialah saluran penyampaian yang amat berkesan bagi semua jenis organisasi. Tujuan utama KBS adalah untuk mengembangkan beberapa perkara yang dianggap penting oleh pihak penganjur seperti sesuatu idea, produk, konsep, polisi, penemuan baharu, ilmu atau kemahiran.

KBS menyentuh segenap industri dan perkhidmatan awam di Malaysia. KBS itu sendiri merupakan suatu bidang perniagaan yang lumayan dan amat dialu-alukan oleh penyedia perkhidmatan sokongan seperti hotel, katering, syarikat pencetakan dan media iklan. Aktiviti KBS juga membantu pelbagai komuniti di Malaysia ke arah kehidupan sosioekonomi yang lebih baik dengan peningkatan ilmu, kemahiran dan rangkaian.


Mungkin anda pernah menyertai beberapa KBS. Penyertaan biasanya disebabkan oleh minat sendiri, dihantar oleh majikan ataupun atas jemputan khas daripada pihak penganjur. Ada KBS yang amat memuaskan hati anda dan ada juga yang agak hambar. Dengan pembelian buku ini, berkemungkinan anda sedang merancang untuk menganjurkan suatu KBS, dan anda pastinya ingin menghasilkan suatu KBS yang berkesan dan dipandang positif oleh bakal peserta.

Buku ini dapat membantu anda dengan tip-tip mudah untuk melaksanakan KBS dengan jayanya.



1.1 Definisi KBS

Daripada pengalaman, mungkin anda telah dapat bayangkan perbezaan antara kursus jangka pendek, bengkel dan seminar.

Walaupun tiada definisi tetap bagi ketiga-tiganya, andaian umum adalah seperti yang berikut:

a.  Kursus jangka pendek:

Kelas ilmuan yang diadakan secara bersiri di tempat khusus atau dalam talian untuk peserta yang berdaftar. Keperluan kepada peralatan bergantung pada jenis kursus tersebut. Tahap interaksi terpulang kepada inisiatif peserta sendiri. Kursus ini mungkin mendapat pengiktirafan ataupun tidak.

 

b.  Bengkel:

Kursus untuk membina kemahiran dan perlu dihadiri di tempat khusus yang mempunyai peralatan khas. Salah satu ciri biasa bengkel ialah pecahan kumpulan kerja untuk membuat tugasan. Peluang interaksi yang tinggi dalam kalangan peserta dengan jurulatih. Bengkel mungkin mengeluarkan sijil yang diiktiraf ataupun tidak.
 

c.  Seminar:

Penyampaian atau pembentangan kertas kerja daripada seseorang atau beberapa orang secara bergilir-gilir kepada hadirin di dalam sebuah dewan khas. Setiap sesi mempunyai moderator. Biasanya penyampai menggunakan slaid dan alat multimedia untuk membentangkan kertas kerjanya. Peluang interaksi adalah terhad dalam ruangan soaljawab sahaja. Seminar boleh melibatkan ramai atau sedikit peserta.

 

Sebenarnya, ketiga-tiga format di sebelah adalah sangat fleksibel dan boleh dicampuradukkan untuk memberikan hasil yang optimum untuk para peserta KBS anda.

Kita ambil contoh semasa berjalannya Konvensyen Profesional atau Ekspo Industri Antarabangsa. Pihak penganjur mengambil peluang menjalankan KBS dalam pakej mereka. Biasanya acara Seminar Perdana dijadualkan terlebih dahulu untuk semua jemputan. Setelah itu, pelbagai sesi bengkel atau kursus dianjurkan secara serentak menurut minat atau bidang yang diperlukan pengunjung.

Secara am, format di atas juga sesuai bagi KBS kecil dan sederhana. Jangan mengehadkan diri anda kepada mana-mana definisi atau format dengan tegar apabila menganjurkan sebarang KBS. Sentiasa ingatkan diri anda kepada matlamat KBS
dan sasaran anda.

 


KANDUNGAN

 

Bab 1:      Pendahuluan

               1.1   Definisi KBS

               1.2   Matlamat KBS

               1.3   Sasaran KBS

               1.4   Jangka Masa Dan Kekerapan KBS

               1.5   Pentingkah Pengiktirafan Pada Sesuatu KBS?

 

Bab 2:      Perancangan KBS

               2.1   Perancangan Awal

               2.2   Melakar Agenda

               2.3   Permit Pengendalian

               2.4   Pemilihan Lokasi Yang Sesuai

               2.5  Peralatan

               2.6   Bahan

               2.7   Persiapan Diri Sebagai Pengendali

 

Bab 3:      Cara Mempromosi Kursus, Bengkel Dan Seminar

               3.1   Melalui Internet

               3.2  Melalui Sebaran Risalah

               3.3  Melalui Media Cetak Berkala

               3.4   Melalui Media Televisyen Dan Radio

               3.5   Melalui Kenalan Dan Sahabat

               3.6   Pengisian Bahan Promosi

               3.7   Ruangan Borang Pendaftaran

 

Bab 4:      Kos Pengendalian

               4.1   Senario Sebuah Bengkel

               4.2   Perincian Kos Tunai

               4.3   Strategi Bajet Dan Risiko Perubahan

               4.4   Format Contoh Pengurusan Bajet Projek

               4.5   Pemilihan Vendor

               4.6   Penjimatan

 

Bab 5:      Yuran

               5.1   Penentuan Jumlah Yuran

               5.2   Pembayaran Yuran

               5.3   Pengeluaran Resit Bayaran

               5.4   Pengembalian Yuran

               5.5   Keuntungan Biar Memadai

 

Bab 6 :     Pendaftaran Peserta Dan Persediaan Seterusnya

               6.1   Pengendalian Pendaftaran

 

Bab 7:      Persediaan Sebelum KBS

               7.1   Senarai Semakan (check-list)

               7.2   Tanda Pengenalan Peserta Dan Petugas

               7.3   Penyediaan Bahan KBS

               7.4   Susunan Masa Penyampaian Topik

               7.5   Susunan Masa Rehat

               7.6   Sajian Makanan Yang Sesuai

               7.7   Perbincangan Terakhir Dengan Petugas

               7.8   Perbincangan Terakhir Dengan Penyedia Tempat, Bahan, Peralatan Dan Sajian

 

Bab 8:      Langkah-langkah Semasa KBS Sedang Berjalan

               8.1   Menyambut Kedatangan Setiap Peserta Di Lokasi Oleh Petugas

               8.2   Senarai Peserta Dan Pendaftaran Kehadiran

               8.3   Penampilan Petugas

               8.4   Kekemasan Suasana Lokasi Semasa KBS Dijalankan

               8.5   Keselesaan Peserta Di Lokasi Semasa KBS Berlangsung

               8.6   Bahan KBS

               8.7   Peserta Menghilangkan Diri

               8.8   Penilaian Kefahaman Peserta Dan Keberkesanan KBS

               8.9   Penyampaian Sijil

               8.10 Sesi Penggambaran Beramai-ramai Setelah Tamat KBS

 

Bab 9:      Proses Penjenamaan

               9.1   Budi Bahasa Merupakan Pelaburan Dalam Perniagaan

               9.2   Kepentingan Maklum Balas Daripada Peserta

               9.3   Pemantapan Penjenamaan Dan Peningkatan Kualiti

               9.4   Pembinaan Rangkaian Ialah Pembinaan Pengiktirafan

 

 

Maklumat lanjut berkenaan buku MANUAL PENGENDALIAN KURSUS JANGKA PENDEK, BENGKEL DAN SEMINAR ini boleh didapati di www.perintis.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengakses artikel ini dan berkomunikasi secara interaktif dengan kami di FACEBOOK PERINTIS BOOKS. Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.

 

 

__._,_.___

Posted by: <studioperintis@perintis.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Did you know?
Learn all about Files in Groups

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment