04 January 2014

Help Palestine [hidayahnet] Harussani harus dipecat sebagai mufti.....

 

Harussani harus dipecat sebagai mufti – Mohd Sayuti Omar

JANUARY 04, 2014
Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak di mana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.
Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang mufti itu? Tidakkah tindakan itu merbahaya?
Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.
Pandangan sebegitu daripada seorang menganggap dirinya ulama adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam.
Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim ulama mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.
Gesaan pihak-pihak tertentu agar mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut "mesin" Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.
Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang mufti yang kurang waras pertama di negara ini.
Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulama, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.
Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah diambil daripada kitab "jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno. – msomelayu.blogspot.com, 4 Januari, 2014.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment