16 December 2013

Help Palestine [hidayahnet] Gejala kes buang bayi masih serius, hampir berlaku setiap bulan

 




Gejala kes buang bayi masih serius, hampir berlaku setiap bulan

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Kes pembuangan bayi dikesan masih serius di seluruh negara apabila hampir setiap bulan dilaporkan berlaku sejak awal tahun ini.

Gejala ini semakin membimbangkan kerana dua kes terbaharu yang dikesan di Ipoh, Perak dan Puchong, Selangor melibatkan bayi malang yang masih hidup dan dibiarkan atas jalan tar.

Berikut adalah kronologi kes-kes pembuangan bayi di seluruh negara yang dilaporkan dalam akhbar:

16 Jan. - Seorang pekerja pembersihan menemui janin bayi dalam balang kaca di tempat pembuangan sampah berhadapan sebuah 
bank di Pusat Perniagaan Api Api, Kota Kinabalu, Sabah.

21 Jan. - Seorang gadis tergamak membungkus mayat bayi luar nikah yang dilahirkannya dengan plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang.

27 Feb. - Sepasang suami isteri menemui seorang bayi yang masih bertali pusat di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya di Kota Marudu, Sabah.

11 Mac - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditinggalkan dalam beg di tempat letak kereta sebuah restoran di Terminal 2, Taman AST, Seremban, Negeri Sembilan.

19 April - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui masih hidup walaupun dibuang di tepi sebuah rumah di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

12 Jun - Mayat seorang bayi yang dipercayai sudah meninggal dunia hampir seminggu dijumpai dalam tong sampah sebuah pangsapuri di Jalan Lintang Madrasah, Jelutong, Pulau Pinang.

16 Julai - Jemaah Masjid Jamek Ar-Raudah, Saleng, Kulaijaya, Johor menemui mayat bayi perempuan dalam keadaan berbalut dalam sebuah bakul di hadapan pagar masjid itu.

10 Ogos - Sepasang suami isteri menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih hidup di tepi tong sampah di Taman Arowana di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

28 Ogos - Satu janin bayi yang cukup sifat ditemui dalam sebuah kotak kasut di ruang solat wanita di Masjid Raja Alang, Beranang dekat Kajang, Selangor.

29 Ogos - Mayat seorang bayi perempuan yang kepalanya telah pecah selain bahu kanan patah serta hampir reput ditemui dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu.

31 Ogos - Penduduk di Taman Falim Indah di Ipoh, Perak gempar berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di tebing Sungai Pari.

1 Nov. - Seorang kaki pancing yang sedang mencari umpan menemui mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat terapung di Sungai Sarawak di Kuching.

9 Dis. - Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas jalan tar berhampiran sebuah rumah kedai baharu yang tidak berpenghuni di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia di Ipoh, Perak.

14 Dis. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di sebuah lorong di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Apa yang telah atau sedang kita lakukan untuk memastikan anak cucu kita atau saudara mara kita tidak termasuk mereka yang membunuh dan membuang anak?


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment