11 October 2013

Help Palestine [hidayahnet] JANGAN MENGELUH...Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah lama menjawabnya.

 

As salam

JANGAN MENGELUH...Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12.
--------------------------------------------
On Wed, 9/10/13, ab rahim abdul hamid <arah1958@yahoo.com> wrote:

Subject: KITA DI HISAB ATAS APA YANG KITA KATAKAN
Date: Wednesday, 9 October, 2013, 11:36 AM

KITA DI HISAB ATAS APA YANG KITA
KATAKAN

Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya
Rasululullah SAW

"Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu
amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan
menjauhkanku daripada neraka.

Nabi SAW menjawab:

"Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun
sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh
Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya
dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat,
berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji
ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda "Inginkah engkau kuberi petunjuk
akan pintu-pintu kebaikan?"

Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang
menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan
solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian Baginda membaca
ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:

"Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit
sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajuj dan amal2
soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan
perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma
sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka
tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada
segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan
mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal  soleh
yang mereka telah kerjakan."

Kemudian baginda bersabda


"Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan
puncaknya?" Saya menjawab  "Mahu wahai
Rasulullah!" Rasulullah SAW bersabda "Pokok amal adalah
Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad."
Kemudian baginda bersabda: "Mahukah engkau kuberitahu
tentang kunci daripada semua perkara itu?" Saya menjawab
"Mahu wahai Rasulullah"


Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda "Jagalah
ini!" Saya berkata "Wahai Nabi Allah, adakah kita
dihisab atas apa yang kita katakan?" Baginda bersabda:
"Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada
yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil
daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?"

(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)


From Mu'adh bin Jabal, radiyallahu 'anhu, who said: I said:


"O Messenger of Allah, tell me of a deed which will take me
into Paradise and will keep me away from the Hell-fire." He
said: "You have asked me about a great matter, yet it is,
indeed, an easy matter for him to whom Allah Almighty makes
it easy. (It is ) that you worship Allah without associating
anything with Him, that you perform the prayers, that you
pay the zakat, that you fast during Ramadan, and that you
make the pilgrimage to the House."


Then he said: "Shall I not guide you to the gates of
goodness? Fasting is a shield; charity extinguishes sin as
water extinguishes fire; and a man's prayer in the middle of
the night." Then he recited: "Who forsake their beds to cry
unto their Lord in fear and hope, and spend of that We have
bestowed on them. No soul knoweth what is kept hid for them
of joy, as a reward for what they used to do". [Qu'ran,
Surah al-Sajdah (32): Ayah 16-17]


Then he said: "Shall I not also tell you of the peak of the
matter, its pillar, and its topmost part?" I said: "Yes, O
Messenger of Allah." He said: "The peak of the matter is
Islam (submission to Allah), the pillar is prayer; and its
topmost part is jihad." Then he said: "And shall I not tell
you of the controlling of all that ?" I said:" Yes, O
Messenger of Allah". So he took hold of his tongue and said:
"Restrain this." I said: "O Prophet of Allah, will we be
held accountable for what we say?" He said: "May your mother
be bereft of you! Is there anything that topples people on
their faces (or he said, on their noses) into the Hell-fire
other than the jests of their tongues?"



[Related by Al-Tirmidhi, who said it was a fine and sound
hadith]

Pengajaran hadis:


(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan
seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun
lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik
dan beriman kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa
Ramadhan dan ibadat haji.

(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang
disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah
perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain
itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat
memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu kebajikan
seterusnya ialah sembahyang di waktu tengah malam.


(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat
dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan
keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat
memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang
melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka
beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk
ayat yang dipetik dalam hadis ini.


(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah
sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin
sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik
walau apapun cabaran dan rintangan.


(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah
adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah
melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya
daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW
menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah
perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah
SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar
lidah.  

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment