26 December 2012

Help Palestine [hidayahnet] Kemuliaan hari Jumaat yang tidak mendapat tempat di sebuah negara Islam

 


Utusan Malaysia 25 Dis 2012 - Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah SAW bersabda yang antara mafhumnya menyatakan bahawa, sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup pintu hatinya daripada menerima petunjuk.
 
Berdasarkan kepada nas-nas yang ada ini, maka pihak pemerintah memperuntukkan undang-undang bahawa lelaki yang telah baligh dan tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut tanpa sebarang keuzuran, adalah melakukan kesalahan. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan, ataupun menerima kedua-dua hukuman itu. Contohnya di Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559.
 
Walau bagaimanapun, dengan ruang dan kemudahan yang telah disediakan ini, pada waktu umat Islam mengerjakan solat Jumaat, malangnya masih ramai kaum lelaki (yang kita yakin bahawa mereka ini beragama Islam), tidak bersama-sama melaksanakan solat Jumaat, malah, bebas melakukan pelbagai aktiviti.
Sehubungan dengan perkara ini juga, ramai kalangan wanita pula yang mengambil peluang pada waktu rehat yang lebih panjang ini untuk keluar membeli-belah. Dalam hal ini, mereka perlu bersikap berhati-hati untuk melakukan urusan jual beli sekalipun secara umumnya, hukum untuk bermuamalat bagi kalangan wanita dalam waktu solat Jumaat adalah harus.
 
Walau bagaimanapun, berjual beli dengan lelaki yang berkewajipan untuk menunaikan solat Jumaat adalah disifatkan sebagai menyokong lelaki berkenaan untuk tidak melaksanakan kewajipan yang telah pun diperintahkan Allah SWT. Maka, hukumnya adalah berdosa kerana bersubahat dengan pelanggaran kewajipan berkenaan.
 
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan
Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment