Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia. Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.
i. Mengubati tenaga batin
Ramuan:
Kurma kering dan susu segar
Cara penyediaan:
Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya-Allah SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.
ii. Mengubati gastrik
Ramuan:
Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli
Cara penyediaan:
Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu akan berkurangan.
**PETUA DAN LARANGAN PENGGUNAAN KURMA**
Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa larangan dalam pengambilannya.
Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.
Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:
Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.
Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.
Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:
“Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”
(Sahih Muslim: no 3809)
Maklumat lanjut berkenaan buku KENALI 15 SUPERFOODS DALAM AL-QURAN ini boleh didapati di www.perintis.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengakses artikel ini dan berkomunikasi secara interaktif dengan kami di FACEBOOK PERINTIS BOOKS. Kami mengharapkan sokongan anda untuk menjadikan kami ‘Friend’ anda. Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment