07 April 2014

Help Palestine [hidayahnet] Kem Cuti Sekolah Bulan mei- kem kecemerlangan pelajar

 

Salam seperti di janjikan dalam kem-kem motivasi aliran pelajar yang telah berlangsung sebelum ini, kini N SUHAILA ENTERPRISE dengan kerjasama Think Positif  akan membantu anak-anak anda yang bakal menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM  membuat persiapan awal.  

Kem Kecemerlangan pelajar akan membantu semua peserta mencari dan mengatasi masalah yang sering  dihadapi oleh pelajar . Antara  faktor pelajar gagal menjadi pelajar cemerlang adalah berpunca sikap mereka sendiri terutamanya sikap suka membuang masa,  malu bertanya, pengurusan masa yang tidak betul, tidak fokus dalam pelajaran, merasa diri lemah dan tanam sikap negatif dengan menganggap diri mereka tidak mampu berjaya seperti orang lain, kurang displin, gagal meletakkan ikon pelajar terbaik dan salah pilih kawan. 

Sebab itulah fokus aliran motivasi kem kecemerlangan pelajar akan menekankan kepada semua bakal peserta kem kecemerlangan pelajar dari aspek membetulkan sikap pelajar terlebih dahulu.

1)  Membetulkan sikap pelajar terlebih dahulu -jika sikap tidak betul percayalah semua di lakukan tidak akan menjadi betul

2) Tiada teknik belajar yang betul -Ada pelajar rajin belajar tetapi keputusan mereka tidak cemerlang. Ini berpunca kesilapan teknik belajar, jadual yang tidak sistematik, gagal membuat catatan nota ringkas yang tidak betul dan sebagainya. Insya-allah dalam kem yang akan berlangsung pelajar akan di dedahkan berbagai cara teknik belajar yang berkesan. 

3) Kurang penghayatan agama -  Analisa pakar motivasi sering membuat rumusan antara kegagalan pelajar adalah kurang penghayatan agama, tidak menunaikan solat 5 waktu, Al-Quran tidak dibaca, gagal meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon terbaik. Jika salah pilih ikon bagaimana ingin betulkan sahsiahnya. Memang bagus jika mempunyai agama dalam hidup tetapi jika dapat mempraktikkan ilmu agama lagi bagus dan terus menjadi mukmin yang baik. 


4) Pengaruh - Ramai pelajar mudah terpengaruh dengan alam sekitar, pembacaannya dan rakan sebaya. Anak yang hebat mereka tahu apa yang dikehendakinya dan tahu bagaimana untuk  mendapatkan sesuatu yang diimpikannya. Tidak terlalu bergantung kepada ibubapa dan mereka tahu belajar hidup berdikari dibawah kaki sendiri. 

 Justeru ibubapa perlulah membantu anak-anak agar sentiasa motivasikan diri mereka dengan mengikuti kem-kem pelajar yang telah di susunkan sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang semakin hampir. 

Insya-Allah dengan aliran Kem kecemerlangan pelajar  2 hari 1 malam ini N SUHAILA ENTTERPRISE dan Think Positif akan mendedahkan semua rahsia bagaimana menjadi pelajar cemerlang,  dan menjadi pelajar yang berjaya dunia akhirat satu hari nanti. 

Ibubapa boleh daftar segera anak-anak dalam kem motivasi capai impian kecemerlangan pelajar seperti berikut. Di sertakan flyers kem dan borang pendaftaran untuk perhatian dan tindakan. Tempat adalah terhad. Aktiviti indoor dan outdoor disediakan agar pelajar rasa percutian mereka  selama 3 minggu bukan sekadar seronok tetapi mendapat ilmu juga. 

Insya-Allah selepas pelajar mengikut kem kecemerlangan pelajar 2 hari 1 malam pelajar-pelajar akan terdorong menjadi muslim yang hebat bukan pada mata ibubapa tetapi kepada masyarakat. Sama-samalah mendoakan kebaikan anak-anak kita semua. 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic ()
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment