Umno ingin jaga kesucian Islam?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk perkenalkan rang undang-undang baru dalam usaha memerangi fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam dan institusi Raja, khasnya daripada media alternatif. Demikianlah kenyataan Timbalan Menteri KDN, Datuk Dr Wan Junaidi di Dewan Negara baru-baru ini (lihat di sini).
Komen saya kita tidak perlu undang-undang memerangi fitnah kerana undang-undang sedia ada sudah cukup untuk memerangi fitnah. Kita sudah ada Akta Fitnah 1957 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaaan untuk kesalahan fitnah. Benarkah media alternatif yang suka memfitnah dalam keadaan semua tahu Utusan Malaysia sering kalah di Mahkamah dalam kes fitnah?
Jaga institusi Raja? Bukankah Umno juara bertahan menghina institusi Raja? Jika tidak percaya tanyalah Datuk Seri Annuar Musa siapakah yang hendak tabal Raja di bawah pohon Ketapang?
Mengenai Islam, sekali pandang nampak macam Umno benar-benar ingin menjaga kesucian Islam. Sebab itulah dicadangkan undang-undang khusus untuk jaga agama Islam. Sudah tentu PAS akan ditempelak jika rang undang-undang itu tidak dipersetujui oleh PAS.
Mungkin terlalu awal untuk dibuat satu komentar yang terperinci atas perkara tersebut di peringkat ini kerana kita masih kabur apakah bentuk dan isi undang undang itu . Cuma saya boleh jangkakan ada peruntukan untuk menghukum orang yang menghina kesucian Islam. Apakah hukumannya, itu kita kena tunggu pembentangannya di Dewan Rakyat kelak.
Adakah idea untuk mewujudkan undang-undang ini datang daripada wujudnya undang-undang di beberapa negara Eropah yang melarang anti-Semitism (anti-Yahudi) masih tidak dapat dipastikan. Undang-undang anti-Semitism menjadikan perbuatan yang dilihat membenci Yahudi sebagai perbuatan jenayah dan boleh dihukum. Di Perancis, bekas cendekiawan Yahudi yang masuk Islam, allahyarham Dr Roger Garaudy antara tokoh yang pernah didakwa dan dihukum di bawah undang-undang anti-Semitism ini.
Berbalik kepada cadangan KDN untuk mewujudkan undang-undang bagi menjaga agama Islam, perlukah diwujudkan undang-undang seperti itu? Saya tidak fikir ianya satu keperluan. Kenapa kita perlu undang-undang ala anti-Semitism itu?
Islam, tidak seperti agama agama lain, adalah agama yang berdiri tegas atas hujah (burhan) dan dalil. Ia insya-Allah boleh menjaga dirinya sendiri kerana pemilik Islam adalah Allah. Jika Allah berjanji dalam Al-Quran bahawa Allah yang menurunkan Al-Quran dan Allah pasti akan menjaganya maka apa masalah untuk Allah menjaga Islam?
Apa yang Islam minta hanya ruang untuk ia dibenarkan menyeru manusia kepada Allah dengan secara hikmah, dengan nasihat yang baik (mau'izah al hasanah) dan dengan perdebatan (mujadalah) melalui kaedah terbaik. Jika ruang itu diberi nescaya Islam tidak perlu kepada undang-undang khas ciptaan manusia untuk lindungi Islam. Umno perlu tahu bahawa manusia perlukan Islam bukannya Islam perlukan manusia.
Malangnya Umno gagal membenarkan ruang selesa dan secukupnya untuk Islam berkembang secara baik. Sekatan berbentuk drakonian terlalu banyak diwujudkan di negara ini sekali gus ruang untuk Islam berhujah dan berdialog serta mempamerkan kebenaran dan kecantikannya semakin kecil.
Keistimewaan Islam adalah ia tidak takut untuk dicerca, dikritik dan dihina oleh mana-mana pihak selagi ia pada masa sama dibenarkan untuk menjawab segala isu yang dibangkitkan untuk mempertikai Islam.
Saya pernah membaca bahawa Saidina Ali pernah berkata:"Janganlah khuatir orang menghina atau mengkritik Islam kerana dengan kritikan itulah Islam mendapat peluang untuk mempamerkan kebenarannya."
Sebab itulah seorang Atheist yang tidak percaya kepada Tuhan boleh menerima Islam apabila ia berani mendekati Islam dan berdialog dengan Islam. Sarjana Amerika,Dr Jeffery Lang adalah seorang Ahteist sebelum masuk Islam. Beliau tidak percaya kepada Allah kerana dia merasa pelik bagaimanakah jika Allah benar-benar wujud dan mencipta alam dan manusia, Dia juga dalam masa yang sama mewujudkan kebinasaan dan kerosakan di dunia ini.
Apabila beliau membaca terjemahan Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Dr Jeffery menemui jawapan kepada persoalan tersebut. Dalam syarahannya yang saya ikuti, beliau menyatakan persoalan terbenak dalam pemikiran beliau adalah persoalan sama yang Malaikat tanya kepada Allah. Malaikat, seperti Dr Jeffery, musykil mengapakah Allah ingin jadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi sedangkan manusia suka membuat kerosakan dan menumpahka darah sedangkan malaikat sentiasa bertasbih memuja dan memuji Allah.
Itulah kelebihan Islam. Ia tidak perlu undang-undang ciptaan manusia untuk menjaga kesuciannya. Satu perkara aneh adalah Umno/BN telah lama meninggalkan perintah Allah supaya ditegakkan undang undang Allah di bumi Malaysia ini. Kini Umno/BN pula hendak buat undang-undang untuk menjaga kesucian Islam. Jika Umno/BN rasa Islam itu suci, mengapakah undang-undang Islam kamu tinggalkan sekian lama?
Peliknya Umno, apa yang Allah perintahkan ia tidak mahu laksanakan sebaliknya apa yang Allah tidak perintahkan, itu yang ingin dilaksanakan. – 24 Disember, 2013.
* Penulis adalah Ahli Parlimen Sepang yang juga AJK PAS Pusat.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment