10 May 2013

Help Palestine [hidayahnet] Imej tidak baik terhadap Islam wajar diubah

 

Imej tidak baik terhadap Islam wajar diubah




Allah SWT telah menurunkan Islam kepada seluruh manusia dalam keadaan sempurna dan lengkap untuk diamalkan sepanjang zaman. Tidak ada kecacatan pada ajaran Islam yang membimbing manusia ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Aku reda Islam sebagai agama bagi kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3)

Ironinya, umat Islam sekarang dalam keadaan lemah dan ketinggalan. Rakyat di negara Islam hidup dalam kemiskinan, mundur, berperang sesama mereka. Senarai negara yang berada dalam keadaan bergolak dan perang saudara majoritinya terdiri daripada negara Islam.

Momokkan ajaran Islam

Kesempatan ini digunakan bukan Islam untuk memomokkan ajaran Islam dengan tuduhan bahawa agama Islam menolak kemajuan, mengamalkan diskriminasi jantina, menyekat kebebasan individu dan mengajar keganasan. Gambaran Islam di mata bukan Islam amat buruk.

Hakikatnya, apa yang berlaku itu bukan disebabkan oleh ajaran Islam. Sebagai penganut Islam kita perlu yakin bahawa ajaran Islam itu sempurna dan terbaik.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya 'Aina al-Khalal' (Di Mana Kepincangan), sebenarnya umat Islam bukan lemah, tetapi kurang kesedaran, lupa diri, tidak menggunakan seluruh kekuatan dan potensi serta tidak berdikari (banyak bergantung kepada Barat). 

Imej tidak baik umat Islam perlu diubah segera. Usaha untuk menampilkan imej baik Islam perlu dilakukan oleh setiap Muslim dan seterusnya mengubah keseluruhan ummah. Allah SWT tidak akan mengubah nasib umat Islam tanpa dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka." (Surah Ar-Rad, ayat 11)

Sebenarnya setiap usaha untuk kebaikan memberi manfaat kepada diri pelakunya sendiri, selain memberi kesan positif kepada keluarga, masyarakat dan agama. Amalan kebaikan bukan setakat memberi kebaikan kehidupan di dunia, bahkan turut menyediakan bekalan pahala di akhirat.

Iltizam satu bentuk hijrah

Sesungguhnya, iltizam dan komitmen ke arah kebaikan adalah satu bentuk hijrah yang dituntut agama. Hijrah ke arah kebaikan termasuk dalam kategori berjihad. Usaha melakukan kebaikan memberikan peluang pahala yang besar tidak wajar dilepaskan begitu saja.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya orang yang beriman dan mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Penggemblengan seluruh kekuatan yang dimiliki umat Islam di seluruh dunia adalah formula sebenar kebangkitan Islam. Jika seluruh umat Islam bersatu dalam satu matlamat yang sama, nasib umat Islam akan berubah menjadi lebih baik, seterusnya agama Islam menjadi agama contoh.

Umat Islam perlu bersatu dan mengetepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman. Allah SWT menegah dan benci kepada mereka berpecah belah.

Firman Allah SWT: "Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai." (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Melalui asas perpaduan terbina masyarakat yang kuat ekonomi, tinggi akhlak, bijak menguasai ilmu terkini, hidup penuh harmoni dan terhindar daripada budaya tidak baik.

Artikel BH Online

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment