Bekerjasama kukuhkan perpaduan
Post under Agama
JIKA ditinjau semangat kerjasama dalam masyarakat kini yang semakin longgar. Banyak faktor yang menyebabkan semangat kerjasama ini semakin longgar. Antaranya, masyarakat sibuk dengan hal sendiri dan mementingkan kehidupan sendiri. Selain itu, sikap tidak mahu mengambil tahu hal orang lain juga menyebabkan sikap ini semakin melebar.
Kehidupan orang Melayu sejak dahulu lagi sebenarnya sangat mementingkan sikap kerjasama dan tolong-menolong. Hal ini juga dipengaruhi dengan kawasan perumahan yang tidak berpagar menyebabkan hubungan semakin dekat dan rapat. Kini, di bandar-bandar rumah semuanya berpagar dan menyebabkan semangat dan sikap kerjasama ini semakin renggang.
Dalam usaha membina keluarga cemerlang sikap kerjasama ini sangat penting diterapkan dalam keluarga dan masyarakat. Hidup bermasyarakat dengan mengamalkan sikap kerjasama dan gotong-royong dapat mengeratkan lagi perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.
Faktor lain yang menyebabkan perpecahan dalam masyarakat adalah sifat dengki, benci-membenci dan berpaling muka. Kesannya terhadap individu, seseorang itu akan dibenci oleh orang lain. Sukar bergaul dengan orang ramai. Jiwa dan perasaannya sentiasa dalam keadaan tidak tenang dan tenteram. Seseorang itu akan disisihkan oleh masyarakat. Seterusnya, sifat kasih sayang akan hilang pada diri seseorang.
Manakala kesan kepada masyarakat pula, berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat seterusnya menjadi lemah. Jika ini berlaku dalam masyarakat Islam, kita tidak akan dihormati oleh masyarakat lain. Sekali gus wujud suasana yang tidak aman dan tidak tenteram dalam masyarakat.
Melalui semangat kerjasama yang erat, kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat sangat penting diterapkan. Hal ini dapat mengelakkan pelbagai masalah sosial dan gejala negatif seperti penyalahgunaan najis dadah, vandalisme, gengsterisme, pergaulan bebas, penderaan dan penyalahgunaan teknologi.
Semangat kerjasama amat penting diamalkan dalam kalangan umat Islam. Melalui semangat kerjasama akan terjalin semangat ukhuwah, bertanggungjawab, tolong-menolong, kasih sayang, hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika ditinjau semangat ini sedikit sebanyak masih diamalkan di kampung-kampung dan kawasan pedalaman.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Seseorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan, saling mengukuhkan satu dengan yang lain, (Kemudian Rasulullah SAW merapatkan jari-jari tangan baginda)." (riwayat Mutafaq alaih)
Melalui hubungan kerjasama akan menghindar sifat marah, dendam, hasad dengki, cemburu, riak, takbur, ujub, fitnah memfitnah, yang boleh merenggangkan ummah. Umat Islam seharusnya menjalin semangat kerjasama dalam pelbagai kehidupan seperti sosial, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Jika semangat kerjasama dapat dijalinkan akan dapat membangunkan ummah.
Ulama besar, Al Hassan Al Basri menyatakan, "Berjabat tangan itu memperkuat rasa kasih sayang". Sementara cerdik pandai berkata, yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji anda tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan anda."
Semangat kerjasama juga akan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam bagi menghadapi kehidupan yang penuh mencabar. Islam menegah kita daripada bermusuh-musuhan.
Ali bin Abi Thalib berkata, "Lidah kawan yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang."
Jelaslah kesetiaan dan kejujuran sangat penting dalam kehidupan. Sifat baik melalui kerjasama ini hendaklah dididik dalam keluarga, jiran tetangga dan ahli masyarakat. Jika sifat dan nilai ini diamalkan sentiasa, masyarakat akan membangun serta bersatu padu menghadapi segala rintangan dalam kehidupan secara bersama.
Oleh itu, kerjasama dan musyawarah adalah penting dalam proses pengembangan pendidikan dan idea untuk memberi kefahaman dan kesepakatan dan seterusnya ke arah tercapainya kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Islam sendiri sangat menekankan kerjasama dan musyawarah ini dalam menyelesaikan persoalan dalam kehidupan bermasyarakat.
Melaluinya akan terjalin persaudaraan dan berdasarkan prinsip persaudaraan inilah akan terbentuk akhlak dan sahsiah yang baik dan terpuji dalam membina wawasan hidup. Jelaslah, orang-orang Mukmin itu bersaudara dan damaikan jika kedua-dua saudara kamu itu berkelahi atau berselisih faham dengan berpegang kepada tali Allah.
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA | HARGA | KETERANGAN |
UPAH HAJI | RM 1400 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI PLUS | RM 2000 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI EXTRA | RM 2450 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
UPAH HAJI UZUR | RM 1900 | 1. Perlaksanaan Haji, Umrah 2. Sijil Bukti Perlaksanaan 3. Hadiah Iringan Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP : +6013-212 7799
Faks : +606-762 0817
Website : http://raudhah2u.my/
Weblog : http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment