24 December 2012

Help Palestine [hidayahnet] Re : Nasihat dari Dr MAZA - Amanat Hj Hadi vs Amanat Dr Maza

 


Salam

Amanat Haji Hadi :

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi



Khutbah Amanat Pilihanraya SS Dr MAZA 1/3

http://www.youtube.com/watch?v=gX1wfV4Ce3I&feature=relmfu

Khutbah Amanat Pilihanraya SS Dr MAZA 2/3

http://www.youtube.com/watch?v=gX1wfV4Ce3I&feature=relmfu

Khutbah Amanat Pilihanraya SS Dr MAZA 3/3

http://www.youtube.com/watch?v=jF-UwHYef0M

Dr Asri : Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud

Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.

Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".

http://drmaza.com/home/?p=1617

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

NONE"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=43235

Ibnu Kathir menyatakan:

--- Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun.

Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].

Qusairy menyatakan:

--- Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami'li Akhamil Quran].

Sa'id bin Jubair menjelaskan:

--- Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur'an].

http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1135:apakah-hudud-hanya-untuk-orang-islam


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

From: Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Nasihat dari Dr MAZA

 
Nik Aziz Tak perlu berselindung disebalik serban untuk menghalalkan segala-galanya
Posted by Sungai Rapat at  4:50 PM


Walaupun Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama" tetapi penyokongnya masih menggunapakai sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat itu.


Nik Aziz tidak sewajarnya berselindung disebalik serban dengan mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan kehendak Islam sehingga menyebabkab perpecahan umat Islam.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. Waktu itu UMNO dikatakan bersama MCA dan MIC bagaimana sekararang bila Pas bersama DAP dan PKR.

"Walaupun ini merupakan perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini," katanya lagi.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu sehingga berlaku sembahyang dua Imam, halal darah orang Umno, haram memakan daging yang disembelih oleh orang Umno.

"Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka ternyata berbeza. Pas juga mempunyai Dewan penyokong bukan Islam sedangkan Umno tidak ada. Pas lebih mendengar arahan daripada pemimpin DAP sedangkan Umno mampu memberi arahan sendiri.  Hadi juga sudah beberapa kali bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno untuk membincangkan kerajaan perpaduan.

"Amanat ini seharusnya ia dihentikan dengan segera. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama," katanya lagi.






Siapa kata Amanat Haji Hadi tiada kesan kepada orang Islam terutamanya penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS). Seorang bekas anggota Pemuda Tahan Lasak Pas yang ditubuhkan untuk menjadi samseng ketika ceramah mereka mendedahkan terpaksa membuang daging Qurban disebabkan perbuatan sembelih itu dilakukan oleh Imam orang Umno.

Che Ngah Nat Hassan berumur 80 tahun yang kini telah bertaubat dan tidak mahu lagi menyertai parti Pas mendakwa "kerana amanat Haji Hadilah kami bukan sahaja membuang daging Qurban malah tidak bermasyarakat dengan orang lain," katanya

Beliau kini yang telah insaf kerana perbuatannya juga telah memecah-belahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

"Saya menyeru kepada anak-anak muda agar kembalilah ke jalan yang benar dengan mengikut perintah Allah bukan mengikut kehendak pemimpin tertentu demi untuk kepentingan politik", katanya lagi.

"Kini Pas bukan lagi dilihat parti Islam kerana hampir semua pemimpinnya telah dikawal oleh pemimpin bukan Islam seperti DAP dan PKR," tambahnya lagi












__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment