26 December 2012

Help Palestine [hidayahnet] AWAS KAMU SAHAJA YANG SUKA DAN PERCAYA KEPADA MEREKA

 

[Di petik dari : Fitrah Islami Online]


"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).

"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan".

[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]

Umat Islam terpinga pinga apabila terdapat di seluruh dunia Islam (termasok negara kita Malaysia) beberapa negara,pergerakan,harakah atau parti perjuangan Islam bergabung dengan pergerakan musyrikin.Apakah matlamat dan tujuan pergerakan Islamiah itu? Tak lain tak bukan kerana ingin mendapat KEKUATAN UNTUK MENGEJAR KUASA.Sedangkan pergerakan musyrikin mempunyai perjuangan dan idelogi yang amat berbeza dengan mana mana pergerakan Islamiah.Apatah lagi jika pergerakan musyrikin itu jelas pernah atau sedang menunjukkan penentangan nya kepada perkembangan Islam. Adakah pergerakan Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dan bergantung dengan pihak musyrikin yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi pergerakan Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan (dari bantuan kawan dan inspirasi ideologi kuffar agaknya) dengan siapakah yang hendak dia hendak bersaing atau lawan? Bersaing atau berlawan dengan pergerakan musyrikin atau pergerakan pergerakan Islam yang lain?

Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolihi kekuatan? Mengapa tidak bergabung dengan pergerakan Islamiah yang lain yang sama sama lemah untuk menjadi lebih kuat? Bukan kah ini akan menambah kekuatan pergerakan atau jemaah jemaah Islamiah? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan pergerakan Islamiah itu kukuh saperti batang batang lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu yang tidak mudah di patah patah kan?

Kalau di Malaysia alasan yang di beri oleh pemimpin pemimpin pergerakan atau harakah Islam yang bergabung dengan puak musyrikin sangat lah lemah.Mereka memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli pergerakan musyrikin yang mereka gabung.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu untuk tujuan berdakwah juga?

Dalam perkembangan isu semasa dunia kita sudah melihat bagaimana pergerakan dan negara negara umat Islam bergabung dan jadi sekutu dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan "protection" saperti yang dilakukan oleh negara umat Islam saperti Arab Saudi,Mesir dan Kuwait dan lain lain.Akibatnya, lihat apa sudah jadi dengan Husni Mubarak yang pernah jadi sekutu kuat musyrikin Amerika? Adakah musyrikin Amerika yang dianggap sekutu itu membantunya ketika menghadapi krisis tempoh hari? Lihat sekutu "pilihanraya" Parti Ihkwan Muslim yang kuffar dan berideologikan nasionalisme dan sekularisme, setelah sama sama berjaya menjatuhkan Husni Mubarak dan mendapat kuasa, kini sudah bikin onar.Kini kumpulan kafir ini dengan kekuatan nasionalis-sekuler mula berkerjasama pula dengan Zionis-Israel, dan sejumlah tokoh di masa pemerintahan Hosni Mubarak, berusaha menjatuhkan pemerintahan Mohammad Mursi dan bawah parti Islam Ikhwanul Muslimin………Fikiran lah.........

Renung dan fikirkan amaran Allah dalam Surah al Quran yang saya bentangkan di atas dan peritiwa yang menimpa Husni Mubarak dan Mesir (Tahun 2011) sebagai teladan buat keseluruhan pergerakan dan negara umat Islam. ELAK BERKAWAN DENGAN MUSUH. 


Wallahu'alam

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment