11 September 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] Kuota Haji dan sindiket penipuan jemaah haji

 

Apakah kerana terlalu banyak syarikat yang berdaftar dengan Tabung Haji yang menguruskan jemaah ke Tanah Suci diberi kouta yang tinggi.  Pakej-pakej ini telah mengambil terlalu banyak kouta, maka rakyat yang tidak mampu ke sana melalui pakej akan mengambil masa terlalu lama.

From: "Suara@yahoo.com" <Suara@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, September 5, 2012 9:39 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kuota Haji dan sindiket penipuan jemaah haji

 
Apakah sindiket penipuan jemaah haji mengambil peluang dari kuota haji yang amat terhad. Sesiapa yang baru mendaftar untuk mengerjakan haji akan menunggu 34 tahun akan datang jika panjang umur untuk menunaikan haji. Sudah pasti sindiket penipuan haji mengambil kesempatan dari keadaan sebegini.
 
Rujuk dulu TH
5 Sep 2012
 
KUALA LUMPUR : Ketika musim haji ini, mereka yang mahu mengerjakan rukun Islam kelima diminta supaya terlebih dahulu merujuk Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai syarikat atau individu yang dilantiknya bagi menawarkan pakej haji.
 
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, ini berikutan sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kes penipuan dilakukan pihak yang tidak dilantik TH.
 
"Sindiket penipuan ini sangat licik dengan antara lain menawarkan pakej haji lebih murah berbanding yang ditetapkan TH serta peluang mendapat giliran menunaikan haji lebih cepat," katanya pada pemberita pada majlis meraikan Sahabat Korporat TH dan sambutan Aidilfitri di sini, semalam.
 
 
Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji.
 
Dari 28,000 kuota haji ini, berapakah yang diberikan kepada Tabung Haji dengan kos RM9,980, dan berapa pula yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta dengan kos yang berlipat kali ganda?
 
Kuota kekal 28,000
3 Sep 2012
 
Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.
 
"Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.
 
Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.
 
 
Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji
28 Ogos 2012
 
Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.
 
Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment