29 September 2012

Help Palestine [hidayahnet] CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM

 



Firman Allah yang bermaksud:


"Mereka berjihad pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang 
yang mencela." (Surah al-Maidah: 54)


Ini sifat-sifat jamaah Islam. Saksikan sendiri jamaah manakah yang mempunyai 
sifat ini. Jika perjuangan jamaah itu hanya untuk menegakkan syiar Islam 
sahaja, tidak mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, sebagaimana termaktub di 
dalam al-Quran dan hadith, itu bukan jamaah Islam.


Jika jamaah itu berani berdepan dengan orang Islam sahaja tetapi takut 
berdepan dengan orang bukan Islam, itu juga bukan jamaah Islam.

Begitu juga jika sekiranya jamaah itu hanya melaksanakan kerja-kerja mudah 
seperti menyuruh orang melakukan kebaikan, tidak mencegah kemungkaran. 
Itupun bukan jamaah Islam.


Perkara ini dinyatakan di dalam al-Quran dan bukan di dalam kitab yang di 
karang ulama'.Di dalam surah al-Mujadilah, Allah SWT berfirman yang 
bermaksud:
"Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari 
akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang 
(perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orng-orang yang menentang itu 
ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-mara mereka 
ataupun keluarga mereka." (Surah al-Mujadilah:22)


Huzaifah bertanya "Wahai Rasulullah! Jika jamaah dan pemimpin Islam tidak 
ada, bagaimana seharusnya kami lakukan?"

Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Kamu hendaklah memisahkan diri 
dengan kumpulan-kumpulan itu walaupun engkau terpaksa memakan akar-akar kayu 
ataupun engkau mati dalam keadaan demikian."

Periwayat hadith ini (Huzaifah) merupakan seorang sahabat nabi s.a.w yang 
sangat disayangi dan banyak meriwayatkan hadith berhubung dengan fitnah atau 
ujian.


Sahabat nabi s.a.w ini mempunyai senarai nama orang-orang munafiq yang 
diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dan tidak diberitahu kepada 
sahabat-sahabatnya yang lain.

Hadith yang berkaitan dengan penyertaan dalam jamaah Islam ini bertepatan 
dengan ayat ini dimana Allah melarang umat Islam berada dalam jamaah yang 
tidak menegakkan agama Allah.

Bagaimanapun tidak dilarang umat Islam menjadi pengintip, pencari maklumat, 
penegur atau penentang tindak-tanduk anggota kumpulan berkenaan yang 
bertentangan dengan Islam dalam jamaah itu.

Namun ulama' mengharamkan kehadiran seseorang kedalam sesuatu kumpulan atau 
jamaah mungkar jika tujuan lainseperti untuk hanya melihat apa yang dibuat 
oleh jamaah itu dan dengan kehadirannya meramaikan jumlah orang yang berada 
di dalamnya, di bimbangi mereka yang berkenaan terpengaruh dengan dakyah 
atau kemungkaran yang disebarkan oleh kumoulan tersebut.

Hadith yang diriwayatkan leh Ibnu Abi Hatim, dari Ikrimah dari Ibnu Abbas 
r.a menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada satu golongan dari kalangan 
umat Islam di Makkah yang menyembunyikan keislaman. Apabila Rasulullah s.a.w 
berhijrah, mereka tidak turut berhijrah, sedangkan mereka mampu berbuat 
demikian.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment