Pada 19 Feb 2012 yang lalu Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang telah berucap dalam satu ceramah di Kg Batu, Rembau. Tertarik dengan ceramah Dato Seri kali ini kerana agak berlainan dari yang sebelumnya. Dato Seri menceritakan mengenai sejarah Rembau dan kaitannya dengan kerajaan Islam Melaka pada ketika itu.
Agak terperinci ulasan serta kupasan yang diberikan oleh Dato Seri pada malam tersebut. Secara ringkasnya kedatangan orang Islam Minangkabau dari Sumatera ke Rembau adalah untuk membantu kerajaan Islam Melaka menghadapi serangan tentera penceroboh, iaitu tentera Portugis pada ketika itu. Dengan nada bersahaja atau berseloroh Dato Seri berkata orang Minangkabau datang dari jauh bukan untuk tanam kelapa.
Memang sebelum ini saya ada membaca artikel mengenai tentera serta pahlawan dari Rembau yang banyak membantu kerajaan Melaka dari serangan tentera Portugis dan selepas itu serangan dari Belanda. Tapi tidak terdapat tulisan yang memperkukuhkan pendapat ini. Buku teks sekolah rendah dan menengah, tak perlu cakaplah, memang tak ada disebut peranan orang Rembau membantu mempertahankan kerajaan Islam Melaka.
Akan tetapi akhbar The Straits Times Singapore bertarikh 18 November 1933 (betul 1933) ada menyebut mengenai kekuatan kerajaan Rembau ketika itu.
Akhbar tersebut menyebut : "By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the "rebellious Menangkabowes" The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day".
Maksud petikan akhbar di atas : "Portugis dan Belanda menyatakan bahawa negeri Rembau (negeri , bukan daerah) adalah merupakan kuasa utama untuk bahagian pedalaman Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali bertempur dengan "pemberontak Minangkabau ini". Kubur seorang askar Portugis yang terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda sempadan antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.
Bangsa yang kuat, ialah bangsa yang belajar dari sejarah.
Boleh lihat petikan akhbar The Straits Times Singapore tersebut di http://waghih.blogspot.com/2012/02/presiden-pas-kata-mereka-datang-bukan.html
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment