Sebenarnya ramai disekiling kita yang amat susah dan tertekan sekarang ini. Mereka yang susah dan tertekan ini tak ada masa nak fikir isu Israel ke, isu JATI ke, isu Hudud ke, isu Pilihanraya ke. Mereka fikir macamana nak cari duit nak beri makan anak isteri, gaji tak cukup, bil api dan elektrik nak bayar, rumah pula 3 bulan tak bayar dapat surat notis lelong dari bank, duit bantuan RM500 BR1M yang heboh dalam media belum dapat, ada pula yang tak layak dapat walaupun gaji bawah RM3,000.
Baru-baru ni kenalan saya yang tinggal di kawasan taman perumahan kos rendah di Senawang mendapat notis dari bank rumahnya akan dilelong kerana tunggakan 6 bulan berjumlah hampir RM2,000. Kalau RM10, RM20 bolehlah kita tolong, RM2,000 payah juga. Bulan lepas pula rumah dia, TNB potong bekalan elektrik, juga kes tunggakan bil elektrik. Bulan ni kes rumah nak kena lelong pula.
Kesian tengok dia, kena ambil cuti satu hari, tolak gaji, nak uruskan hal rumah nak kena lelong. Ke hulu ke hilir dia di bandar Seremban seharian pergi bank, pergi KWSP dan sebagainya. Akhirnya dari RM2,000 sewa dia yang tertangguh 6 bulan, dia kena bayar pula hampir RM4,000 sebab nak bayar caj pengurusan, duit peguam dan macam-macam lagi. (Dalam fikiran saya, lebih kurang macam ALONG pula). Sekarang dia tengah tunggu proses pengeluaran KWSP untuk masalah rumahnya nak kena lelong.
Kenalan saya tadi kata banyak kes rumah kena lelong dikalangan jiran dan kenalannya di Seremban ketika ini. Ada bank tu katanya 3 bulan pun dah dapat notis lelong. Saya tengok dia kesian, dia pula tengok jiran dia lagi kesian. Sebab ramai jiran dia ni dulu kerja di sebuah kilang yang agar besar dan terkenal di Seremban. Tapi kilang tersebut dah berhentikan ramai pekerja. Walaupun dapat pampasan namun ianya masih tidak cukup untuk bayar macam-macam bil, ansuran, yuran sekolah dan macam-macam lagi.
Saya tanya kenalan saya tadi yang gajinya sekitar RM1000 sebulan, dah dapat RM500 BR1M ke belum. Katanya belum lagi, dengan nada menaruh harapan tinggi untuk segera dapat RM500 tersebut.
Rumah kenalan saya ni dia beli 3 tahun sudah harga RM50,000 saja, pun susah nak bayar bulan-bulan. Macamana sekarang ni dengan Skim Rumah Pertamaku yang harga hampir RM200,000.00? Nak balik kampung, tak ada tanah, nak duduk bandar rumah mahal. Ada yang dah beli , tapi terbengkalai pula projek perumahannya.
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com
Bank lelong rumah peminjam tanpa notis
2012/01/06
KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ketika mendedahkan perkara itu berkata, mereka menerima aduan berhubung kes seumpama itu hampir setiap minggu, terutama membabitkan pembelian rumah kos rendah.
Penasihat PPIM, Tengku Azwil Tengku Abdul Razak, berkata bank berkenaan juga didakwa mendapatkan perintah mahkamah untuk membuat pengisytiharan muflis ke atas pelanggan terbabit sekiranya gagal menjelaskan keseluruhan jumlah pinjaman yang dibuat. "Apa yang berlaku ialah pelanggan ini membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank. Ada di antara mereka berdepan dengan kesulitan dan gagal menjelaskan beberapa bayaran bulanan.
"Apabila ini terjadi, mereka diberitahu rumah telah dilelong dan perlu menjelaskan jumlah pinjaman atau menghadapi tindakan muflis," katanya pada di sini semalam.
Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, sebaliknya terus melelong rumah mereka.
Sementara itu, seorang mangsa, Chandramathy Subramaniam, 39, berkata, rumahnya di Taman Alam Nyata dekat Kapar, Klang dilelong selepas beliau gagal menjelaskan ansuran selama lima bulan berikutan menghadapi sedikit masalah kewangan.
"Saya membeli rumah teres setingkat pada 2002 dengan harga RM100,000 dan perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM550 sebulan selama 30 tahun.
"Bagaimanapun kerana masalah kewangan pada tahun 2005, saya gagal menjelaskan ansuran bulanan selama lima bulan dan bermula saat itu, masalah dengan pihak bank mula melanda," katanya.
http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment