06 August 2011

Help Palestine [hidayahnet] INFO : Biji kas kas enak dalam masakan, baik untuk kesihatan

 

Biji kas kas enak dalam masakan, baik untuk kesihatan



biji kas kas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Biji popi dari sepesies papaver somniferum berasal dari Timur Tengah dan kini banyak tumbuh di China, Indo-China, India dan Afghanistan. Somniferum bermakna 'pencetus tidur' dan kesan narkotik ini menggalakkan penanamannya. Lebih dikenali sebagai biji kas kas oleh masayarkat Malaysia, ia banyak digunakan untuk tujuan masakan.

Papaver somniferum

Pokok kas kas (poppy) dengan bunganya

Bunga popi merah yang dijadikan bunga hiasan


Biji popi dari timur menghasilkan lebih candu. Manakala dari barat menghasilkan kurang candu dan getah yang menghasilkan dadah ini hilang apabila bunganya berkembang. Biji popi biru dianggap sebagai biji popi Eropah kerana jenis ini sering dilihat pada roti, bagel dan konfleksi di Barat.

Polish makowiec, roll kacang yang berisi dengan pes biji kas kas


Biji popi putih pula dirujuk kepada India, Timur Tengah atau Asia disebabkan ia banyak digunakan dalam masakan di negara-negara tersebut. Namun begitu, sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi antara kedua jenis ini, jadi penggunaannya lebih kepada estetika atau bila ia boleh diperolehi.

Untuk mengenali biji popi memang tidak sukar. Bijinya amat kecil dan keras, sama seperti bijian. Tidak kiralah ia dari jenis barat atau timur, keduanya mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama. Bijinya akan matang dalam kapsulnya selepas bunganya beransur hilang. Bijinya boleh diperolehi dengan mudah dalam bentuk kering.

Biji popi amat keras untuk dihancurkan. Jika anda tidak mempunyai pengisar khas untuk biji popi, apa yang boleh anda lakukan adalah memanggang bijinya terlebih dahulu dan kemudian gunakan lesung batu untuk menghancurkannya.

Biji popi boleh digunakan sama ada salam bentuk asal atau hancur dalam masakan dan bakeri. Apabila digunakan dalam masakan yang tidak dimasak seperti salad, bakarlah bijinya terlebih dahulu kerana cara ini mampu menaikkan rasa dan aromanya. Apabila biji popi digunakan untuk pastri, rendamlah ia dalam air mendidih dan biarkan ia selama satu hingga tiga jam sebelum dikisar.

Transformasi bunga kepada biji kas kas







Kapsul papaver somniferum menunjukkan lateks (candu) memancarkan dari insisi

Pelega dan penggalak

Ði Timur, biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan. Makanan India seperti kari dan rempah campuran mengandungi sejumlah kecil biji popi. Ia berfungsi untuk memekat dan menambah rasa dalam kari.

Manakala di barat pula, minyak daripada biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai oillette, digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Jenis biji popi Eropah, papaver rhoeas, digunakan pula untuk dibuat cecair pekat atau sirap dan digunakan dalam sup dan kordial. Jenis ini juga turut dikenali sebagai 'sakit kepala' kerana apabila menghidunya boleh menyebabkan rasa pening sementara.

Sirap biji popi barat memiliki ciri-ciri anodin (mereda dan melegakan sakit) dan ekspektoran (menggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan). Manakala sirap biji popi timur memiliki ciri-ciri anodin dan narkotik (melegakan kesakitan). Ramuan ubat batuk dan sirap juga banyak dibuat daripada jenis biji popi timur. Ramuan daripada air rendaman biji popi dikatakan mampu digunakan untuk melegakan kesakitan telinga dan gigi.

Satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karboohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti mangan, kalsium, magnesium, fosforus, besi, zink, kalium dan selemium. Ia juga kaya serat dan mengandungi asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6.

Redakan asma dan batuk kokol

Tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga amat diketahui mampu memberi kesan pada ujian dadah. Pengambilan biji popi boleh membawa kepada ujian dadah yang positif, jika ujian tersebut adalah bagi mengesan candu. Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama. 'Penjahat' utama bukanlah biji popi, tetapi kapsul biji tidak matang tanaman ini.

Semasa pengumpulan popi, candu daripada kapsul itu telah dipindahkan kepada biji popi. Biji popi turut mengandungi sejumlah codeine dan morfin. Malah jika anda memakan bagel mengandungi biji popi dan kemudiannya melakukan ujian dadah, ia boleh membawa kepada keputusan positif.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat biji popi, namun begitu penggunaannya perlulah berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : MW#1439 dan En.Wikipedia ~ Opium poppy

Capaian entry berkaitan :
Terung pipit
Kopi
Buah pelaga
Nangka
Bunga kacang telang
Halba
Khasiat serai

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment