13 January 2015

Help Palestine [hidayahnet] Seminar Fungus (Kulat dalam Bangunan), kesan Buruk kepada manusia dan persekitaran, langkah2 atasi fungus. Prof Dr Baharuddin Salleh University of England [9 Attachments]

 

Adakah Tuan / Puan  ingin mengetahui Fungus ( Serangan Kulat dalam Bangunan) serta kesan buruk kepada manusia dan alam persekitaran ?? selamatkan anak dan ahli keluarga anda daripada penyakit fungus.   Ikuti seminar Fungus seperti berikut. 

1)      Seminar Serangan Kulat Dalam Bangunan Dan Penyebab Sindrom Bangunan  Sakit (Sick Building    Syndromes), Serta Langkah-langkah Mengatasi Fungus
 
Tarikh : 12 hb Februari, 2015 (Khamis)  (Pendaftaran kini di buka)
Masa   : 9 :  00 pagi (Pendaftaran), Tamat 6 : 30 petang
Tempat : Majlis Kebajikan  dan Pembangunan Masyarakat Malaysia, Bandar Baru Sentul, 51000, Kuala Lumpur
Penceramah : Prof Dr  Baharuddin Salleh, Mantan  Pakar Kaji Hayat USM.
Pendidikan : PHD Universiti of England (1981)
Yuran penyertaan seorang : RM 300 –Makan, bahan sisipan modul disediakan
 (Sila download file untuk pendaftaran peserta dan tentatif program)
Tarikh akhir pendaftaran : 9 Februari, 2015 (Isnin). Terhad 100 Peserta. Pendaftaran kini di buka. Sila hubungi 013-6893185 / 017-2436875.  
Borang tersebut boleh di email : khaulah330877@gmail.com
 
YBhg Datuk/Datin/Tan Sri, Tuan /Puan  boleh daftar segera. Pendaftaran kini di buka bagi yang berminat.  Terhad 100 peserta.
Cara Pendaftaran
Pendaftaran boleh bank in ke  Bank Islam  Akaun : N Suhaila Enterprise – 12225010008475 atau Maybank Suhaila Jamain - 162759019845. Slip bayaran perlu disertakan  borang penyertaan  pelajar  dan email kepada khaulah330877@gmail.com .
 
Tujuan diadakan seminar ini adalah seperti berikut :-
 
a)      Memberi pendedahan kepada Juruteknik, Supervisor, Eksekutif Operasi dan Pengarah Urusan, dan peserta mengenai serangan kulat dalam bangunan seperti Pejabat, Sekolah, Rumah, Dewan;
b)     Seminar ini akan memberi pendedahan kepada peserta cara atasi masalah serangan kulat dalam bangunan;
c)      Peserta perlu tahu mengenali simtom  awal bangunan diserang kulat;  
d)      Memberi keyakinan kepada  Peserta  apabila pelanggan menghadapi masalah serangan kulat dalam bangunan  mereka mampu atasi masalah ini dengan baik dan memberi kepuasan kepada pelanggan dan lain-lain lagi;
e)      Permintaan ramai daripada  syarikat-syarikat kawalan serangga perosak agar kursus ini diadakan kerana ramai yang  kurang pengetahuan dan  tidak pakar mengenai  serangan kulat dalam bangunan; dan
f)       Setiap kakitangan syarikat kawalan serangga perosak dan peserta  perlu tahu jenis-jenis kulat yang menyerang bangunan, jenis racun dan peralatan yang  sesuai di gunakan  bagi mengatasi masalah serangan kulat dalam bangunan, kesan buruk terhadap kesihatan dan alam persekitaran sekiranya dibiarkan serangan kulat dan tidak mengambil langkah keselamatan.
 Virus Sporo atau Sporotrichosis
Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.
 
 
Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.
Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.
Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.
Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.
Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.
 
Tanda-tanda Sporo pada kucing:
 
- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.
- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.
- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti
- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.
Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan, atau muka.
 
Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :
- melihat sampel kudis di bawah microskop
- ujian darah menyeluruh di makmal
 
Rawatan Sporo :
- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia
- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu
- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole
- pengambilan anti-fungal yang lain
- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut
Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.
- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.
 
Cara menghalang jangkitan Sporo :
- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar
- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran
*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Khaulah Azwar <khaulah0809@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 8 photo(s) from this topic.
mikro fungus.jpg kaki di serang fungus.jpg fungus pada kucing.jpg fungus mkn cat bangunan.jpg bangunan serang fungus.jpg

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment