01 September 2014

Re: Help Palestine [hidayahnet] Kem Cuti Sekolah Bulan mei- kem kecemerlangan pelajar

 



KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 6 TAHUN 2014
 
Keruntuhan akhlak dikalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim,penagihan dadah,pembuangan bayi,perhubungan seks bebas, bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS. Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan dari tahun ke tahun.
 
"Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat"
 
Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.
 
Maka , Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 6 - Tahun 2014) ini memfokuskan kearah "Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia" dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.
 
Modul program akan diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup  agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian,  penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.
 
Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti "Kembara Rohani" bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI " 
 
Program Kem Bina Insan Cemerlang" Sesi Ke 6
 
  • Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 20 tahun
 
·         Tempat di kursus ini dijalankan di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka
 
·         Tarikh mula kursus pada 23/11/2014 (Ahad)  hingga 21/12/2014 (Ahad ) sekitar 4 minggu
 
·         Pendaftaraan semua peserta jam 10.00 pagi pada 23/11/2014 di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka  (Lokasi Pondok terletak di sebelah kiri tepi Lebuh Raya AMJ dari Melaka Ke Mukim Sebatu/Sg Rambai,Melaka)
 
·         Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk tenaga pengajar, kitab,makanan dan tempat tinggal.
 
·         Hubungi Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674, Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501, Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683, Ustaz Zulkifli Tel : 012-7005469 dan Norsam Wahab Tel :012-6298546
 
·        Sebarang sumbangan bagi membantu pembangunan pondok amat dialukan , sebarang pertanyaan sila hubungi penama diatas.

       Keterangan sila rujuk ke www.pmkt.com.my atau di fb pmkt melaka

Terima kasih
--       Jazakumullah khairan katsiran      Norsam Wahab  Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath(PMKT)  Alamat: Madrasah Al-Hasanah  No:236-1,Kg Padang Temu,75050 Melaka  Tel:06-2841698  Tel:06-2841695  H/P:012-6298546  www.pmkt.com.my   facebook: pmkt melaka      


On Thursday, April 10, 2014 6:32 PM, Khaulah Azwar <khaulah0809@yahoo.com> wrote:


 
Salam seperti di janjikan dalam kem-kem motivasi aliran pelajar yang telah berlangsung sebelum ini, kini N SUHAILA ENTERPRISE dengan kerjasama Think Positif  akan membantu anak-anak anda yang bakal menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM  membuat persiapan awal.  

Kem Kecemerlangan pelajar akan membantu semua peserta mencari dan mengatasi masalah yang sering  dihadapi oleh pelajar . Antara  faktor pelajar gagal menjadi pelajar cemerlang adalah berpunca sikap mereka sendiri terutamanya sikap suka membuang masa,  malu bertanya, pengurusan masa yang tidak betul, tidak fokus dalam pelajaran, merasa diri lemah dan tanam sikap negatif dengan menganggap diri mereka tidak mampu berjaya seperti orang lain, kurang displin, gagal meletakkan ikon pelajar terbaik dan salah pilih kawan. 

Sebab itulah fokus aliran motivasi kem kecemerlangan pelajar akan menekankan kepada semua bakal peserta kem kecemerlangan pelajar dari aspek membetulkan sikap pelajar terlebih dahulu.

1)  Membetulkan sikap pelajar terlebih dahulu -jika sikap tidak betul percayalah semua di lakukan tidak akan menjadi betul

2) Tiada teknik belajar yang betul -Ada pelajar rajin belajar tetapi keputusan mereka tidak cemerlang. Ini berpunca kesilapan teknik belajar, jadual yang tidak sistematik, gagal membuat catatan nota ringkas yang tidak betul dan sebagainya. Insya-allah dalam kem yang akan berlangsung pelajar akan di dedahkan berbagai cara teknik belajar yang berkesan. 

3) Kurang penghayatan agama -  Analisa pakar motivasi sering membuat rumusan antara kegagalan pelajar adalah kurang penghayatan agama, tidak menunaikan solat 5 waktu, Al-Quran tidak dibaca, gagal meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon terbaik. Jika salah pilih ikon bagaimana ingin betulkan sahsiahnya. Memang bagus jika mempunyai agama dalam hidup tetapi jika dapat mempraktikkan ilmu agama lagi bagus dan terus menjadi mukmin yang baik. 


4) Pengaruh - Ramai pelajar mudah terpengaruh dengan alam sekitar, pembacaannya dan rakan sebaya. Anak yang hebat mereka tahu apa yang dikehendakinya dan tahu bagaimana untuk  mendapatkan sesuatu yang diimpikannya. Tidak terlalu bergantung kepada ibubapa dan mereka tahu belajar hidup berdikari dibawah kaki sendiri. 

 Justeru ibubapa perlulah membantu anak-anak agar sentiasa motivasikan diri mereka dengan mengikuti kem-kem pelajar yang telah di susunkan sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang semakin hampir. 

Insya-Allah dengan aliran Kem kecemerlangan pelajar  2 hari 1 malam ini N SUHAILA ENTTERPRISE dan Think Positif akan mendedahkan semua rahsia bagaimana menjadi pelajar cemerlang,  dan menjadi pelajar yang berjaya dunia akhirat satu hari nanti. 

Ibubapa boleh daftar segera anak-anak dalam kem motivasi capai impian kecemerlangan pelajar seperti berikut. Di sertakan flyers kem dan borang pendaftaran untuk perhatian dan tindakan. Tempat adalah terhad. Aktiviti indoor dan outdoor disediakan agar pelajar rasa percutian mereka  selama 3 minggu bukan sekadar seronok tetapi mendapat ilmu juga. 

Insya-Allah selepas pelajar mengikut kem kecemerlangan pelajar 2 hari 1 malam pelajar-pelajar akan terdorong menjadi muslim yang hebat bukan pada mata ibubapa tetapi kepada masyarakat. Sama-samalah mendoakan kebaikan anak-anak kita semua. 


__._,_.___

Posted by: norsam wahab <norsamwahab@yahoo.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
IMG-20140402-WA0003.jpg

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment