24 May 2014

Help Palestine [hidayahnet] Nenek di Rembau ini perlukan katil beroda

 


Saya percaya ramai di luar sana yang ingin membantu nenek ini untuk mendapatkan katil beroda, atau mungkin ada di rumah mereka katil beroda yang masih dalam keadaan baik yang boleh diberikan kepada nenek ini. Saya tidak kenal nenek ini, insyaAllah saya cuba salurkan bantuan katil beroda tersebut kalau ada yang sudi membantu. Kalau boleh tidak perlu salurkan bantuan kewangan cuma saya perlukan katil beroda dan pengangkutan untuk mengangkut katil beroda tersebut terus ke rumah nenek ini. Sila hubungi saya tel 012-2267406 atau rozmal@yahoo.com atau PM Facebook : Rozmal . Untuk makluman telefon saya tidak boleh menerima Whatsapp atau MMS.

Bantuan lain yang boleh disalurkan ialah lampin untuk orang dewasa. Sebelum ini juga banyak kisah warga emas yang kurang berkemampuan di Rembau yang perlukan lampin untuk dewasa.

Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - "Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih."

Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Hamidah berkata, buat masa ini, dia dalam proses memohon bantuan katil beroda dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung keperluan susu serta lampin pakai buang emaknya.

"Buat masa ini, hanya suami saya, Zulkifli Kedah, 58, sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan emak mendapat pencen arwah ayah sekitar RM400 sebulan.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

"Saya juga amat berharap bantuan JKM dapat diluluskan kerana dengan bantuan itu dapat membeli keperluan harian emak," katanya.


__._,_.___

Posted by: Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment