6. DOA SEBAGAI SENJATA DAKWAH.
Sepanjang perjalanan hidup kita, tentu kita mempunyai ramai kenalan
yang belum Islam samaada Cina, India, Kadazan dll. Apakah pernahkah kita
berdoa agar kenalan kita di berikan hidayah oleh Allah untuk mempempelajari
dan kembali kepada Islam?
Sekiranya belum mari kita sama sama mulakan, sebagaimana di lakukan
oleh Rasulullah SAW .
HEBATNYA penyebaran dakwah Rasulullah SAW.
Umar antara individu yang kuat menentang Islam dan begitu tegar Umar
al-Khattab mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy.
Umar atau nama penuhnya, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
berketurunan Bani Adi, Quraisy. Nabi SAW berdoa kepada ALLAH SWT yang
bermaksud: "Ya ALLAH, berikanlah kemuliaan kepada Islam dengan
perantaraan salah seorang dua Umar ini." (Riwayat Thabarani)
Selain Umar al-Khattab ada seorang lagi Umar iaitu Umar Amru Ibni
Hisyam atau dikenali Abu Jahal (bapa saudara Nabi). Kedua insan ini
langsung tidak gentar dengan seruan ALLAH.
Pada suatu hari, Umar mendapat berita bahawa adik perempuannya, Habsah
memeluk Islam dan sedang belajar mengenai agama ALLAH di rumah
al-Arqam bin Abi al-arqam. Marahnya Umar, sambil membawa pedang dia
memacu kudanya ke rumah al-Arqam untuk membunuh Rasulullah SAW.
Ketika sampai di depan rumah al-Arqam, Umar terdengar sayup-sayup
suara adiknya, Habsah mengalunkan Surah Thaahaa ayat satu hingga lima.
Maksud ayat berkenaan adalah memuji dan mengagungkan ALLAH.
Ertinya
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang
melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam (berkuasa) diatas 'Arasy.
Umar terduduk dan hampir rebah, dengan tiba-tibanya mengalir air
matanya. Sepanjang hidupnya dia merasakan bahawa dia kuat dan tidak
ada sesiapa yang mampu menandinginya, tetapi ada lagi Yang Maha Besar,
ALLAH.
Umar masuk perlahan-lahan, mendekati Habsah dan menyuruh Habsah
membacakan lagi ayat al-Quran. Akhirnya, bersaksikan kepekatan malam,
Umar melafazkan syahadah di hadapan Baginda SAW.
Selepas peristiwa itu, Umar berjanji melindungi Islam sehingga ke
titisan darah terakhir. Selepas pengislamannya, dia melahirkan rasa
kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara
hidup-hidup dahulu.
Rasulullah SAW menggelar sebagai al-Faruq kerana dapat membezakan
antara perkara yang benar dan batil.
http://www.sinarharian.com.my/rencana/umar-al-faruq-pemisah-benar-dan-batil-1.210812
Bersambung
5. Pekerti yang baik antara kejayaan Dakwah.
Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti
Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan
meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang
selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW
tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar.
Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW
menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang
terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita
tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika
Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri
ceramah beliau.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di
kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York.
Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan
kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu
mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka.
Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya,
kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga
Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat
kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di
hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan
itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap
memarahinya.
Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun
warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya
walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi
dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang
menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan
keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut
menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada
warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah
pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam.
Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi
menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah
menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Mari kita mengambil contoh diatas dengan memperbaiki
pekerti kita dan mulakanlah dakwah.
www.suhaibwebb.com
bersambung....
FULL TIME, PART TIME ATAU NO TIME FOR
DAKWAH PT 1.
Pengertian dakwah menurut bahasa; dakwah berasal dari
bahasa
Arab yakni دعا– يدعوا – دعوة (da'a -
yad'u - da'watan). Kata dakwah tersebut merupakan
ism
masdar dari kata da'a yang dalam Ensiklopedia Islam
diartikan sebagai "ajakan kepada Islam.
Kata da'a pertama kali dipakai dalam al-Quran dengan
arti
mengadu (meminta pertolongan kepada Allah) yang pelakunya
adalah Nabi Nuh as. Lalu kata ini berarti memohon
pertolongann kepada Tuhan yang pelakunya adalah manusia
(dalam arti umum). Setelah itu, kata da'a berarti
menyeru
kepada Allah yang pelakunya adalah kaum Muslimin.
1. Dakwah Tugasan Utama Para Rasul alaihimussalam
Para rasul alaihimussalam adalah orang yang diutus oleh
Allah swt untuk melakukan tugas utama mereka, yakni
berdakwah kepada Allah. Keutamaan dakwah terletak pada
disandarkannya kerja dakwah ini kepada manusia yang paling
utama dan mulia yakni Rasulullah saw dan saudara-saudara
beliau para nabi & rasul alaihimussalam.
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو
إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ
أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا
أَنَا
مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (Hai Muhammad): "Inilah jalanku: aku dan
orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu)
kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah,
dan
aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf
(12):
108).
Ayat di atas menjelaskan jalan Rasulullah saw dan para
pengikut beliau yakni jalan dakwah. Maka barangsiapa
mengaku
menjadi pengikut beliau saw, ia harus terlibat dalam
dakwah
sesuai kemampuannya.
Tentang Nabi Nuh as, Allah mengisahkan kesibukan beliau
yang
tak kenal henti dalam menjalankan tugas berdakwah siang
dan
malam:
قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ
قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًا
Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah
mendakwahi
(menyeru) kaumku malam dan siang. (Nuh (71): 5).
Tentang Nabi Ibrahim as, Allah mengisahkan dakwah yang
beliau lakukan kepada ayah dan ummatnya:وَاتْلُ
عَلَيْهِمْ نَبَأَ
إِبْرَاهِيمَ . إِذْ قَالَ
لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا
تَعْبُدُونَ. قَالُوا
نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ
لَهَا عَاكِفِينَ. قَالَ هَلْ
يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ
تَدْعُونَ. أَوْ
يَنفَعُونَكُمْ أَوْ
يَضُرُّون. قَالُوا بَلْ
وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَلِكَ
يَفْعَلُونَ. قَالَ
أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ
تَعْبُدُونَ. أَنتُمْ
وَآبَاؤُكُمُ الأَقْدَمُونَ.
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي
إِلاَّ
رَبَّ الْعَالَمِينَ. الَّذِي
خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ.
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي
وَيَسْقِينِ. وَإِذَا
مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِين.
وَالَّذِي
يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ.
وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن
يَغْفِرَ
لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ.
"Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim. Ketika ia
berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Apakah yang
kamu
sembah?". Mereka menjawab: "Kami menyembah
berhala-berhala
dan kami senantiasa tekun menyembahnya". Berkata
Ibrahim:
"Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu
kamu
berdoa (kepadanya)? Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat
kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab:
"(Bukan
karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami
berbuat demikian". Ibrahim berkata: "Maka apakah
kamu telah
memperhatikan apa yang selalu kamu sembah. Kamu dan nenek
moyang kamu yang dahulu? Karena sesungguhnya apa yang kamu
sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam.
(Yaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang
menunjuki aku. Dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan
minum
kepadaku. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan
aku. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan
menghidupkan
aku (kembali). Dan yang amat
kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari
kiamat".
(Asy-Syuara (26): 69-82).
Tentang Nabi Musa as, Allah swt mengisahkan dakwah beliau
dalam banyak ayat-ayat Al-Quran, diantaranya:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى
بِآيَاتِنَا إِلَى فِرْعَوْنَ
وَمَلَئِهِ فَقَالَ إِنِّي
رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
فَلَمَّا جَاءَهُم بِآيَاتِنَا
إِذَا هُم مِّنْهَا يَضْحَكُونَ
Dan sesunguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa
mukjizat- mukjizat Kami kepada Fir'aun dan
pemuka-pemuka
kaumnya. Maka Musa berkata: "Sesungguhnya aku adalah
utusan
dari Tuhan seru sekalian alam". Maka tatkala dia
datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat
Kami
dengan serta merta mereka mentertawakannya. (Az-Zukhruf
(43): 46-47).
Tentang Nabi Isa as, Allah swt mengisahkan dakwah beliau
dalam firman-Nya:
وَلَمَّا جَاءَ عِيسَى
بِالْبَيِّنَاتِ قَالَ قَدْ
جِئْتُكُم بِالْحِكْمَةِ
وَلِأُبَيِّنَ لَكُم بَعْضَ
الَّذِي تَخْتَلِفُونَ فِيهِ
فَاتَّقُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُونِ. إِنَّ اللَّهَ
هُوَ
رَبِّي وَرَبُّكُمْ
فَاعْبُدُوهُ
هَذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ.
Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata:
"Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa
hikmah dan
untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa yang kamu
berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan
taatlah (kepada) ku". Sesungguhnya Allah Dialah
Tuhanku dan
Tuhan kamu maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang
lurus.
(Az-Zukhruf (43): 63-64).
Pintu kenabian dan kerasulan memang sudah tertutup
selama-lamanya, namun pekerjaan dan tugas mulia mereka
masih
bisa diwariskan, sehingga terbuka peluang bahwa Allah SWT
memuliakan para da'i yang mewariskan tugas tersebut.
2. Dakwah adalah Amal yang Terbaik
Dakwah adalah amal yang terbaik, karena da'wah
memelihara
amal Islami di dalam pribadi dan masyarakat. Membangun
potensi dan memelihara amal sholeh adalah amal da'wah,
sehingga da'wah merupakan aktiviti dan amal yang
mempunyai peranan penting di dalam menegakkan Islam. Tanpa
da'wah ini maka amal sholeh tidak akan berlangsung.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً
مِّمَّن
دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ
صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ
الْمُسْلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
berdakwah (menyeru) kepada Allah, mengerjakan amal yang
saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang
yang menyerah diri?" (Fushilat (41): 33).
Sayyid Quthb rahimahullah berkata dalam Fi Zhilal
Al-Quran:
"Sesungguhnya kalimat dakwah adalah kalimat terbaik yang
diucapkan di bumi ini, ia naik ke langit di depan
kalimat-kalimat baik lainnya. Akan tetapi ia harus
disertai
dengan amal shalih yang membenarkannya, dan disertai
penyerahan diri kepada Allah sehingga tidak ada penonjolan
diri di dalamnya. Dengan demikian jadilah dakwah ini murni
untuk Allah, tidak ada kepentingan bagi seorang da'i
kecuali menyampaikan. Setelah itu tidak pantas kalimat
seorang da'i disikapi dengan berpaling, adab yang buruk,
atau pengingkaran. Karena seorang da'i datang dan maju
membawa kebaikan, sehingga ia berada dalam kedudukan yang
amat tinggi…" (Fi Zhilal Al-Quran 6/295).
3. Dakwah di zaman kini.
Pada zaman ini ada pelbagai medium atau cara dakwah yang
boleh dilakukan, antaranya melalui lisan, tulisan, sebaran
dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang ustaz datang
menyampaikan kuliyah agama, salah seorang yang hadir
merakam
ceramah itu dan kemudian disebarkan kepada rakan2 dan
kenalannya dan seterusnya disebarkan di internet, ada
ramai
orang muat turun dan mendengar ceramah itu, kemudian ada
yang mengambil inisiatif berkongsi isi penting dan
kandungan
ceramah itu dalam penulisan seperti blog, laman web dan
sebagainya. Semua golongan diatas adalah dikira sebagai
pendakwah kerana bersama2 menyebarkan ajaran islam
meskipun
yang keluar dan berceramah hanyalah seorang ustaz tadi,
namun usaha2 yang dilakukan oleh orang yang mendengar
ceramahnya dan menyebarkan pada org lain turut dikira
sebagai berdakwah.
4. Ganjaran lumayan kepada Pendakwah (Dai')
قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله
عليه وسلم لِعَلِيٍ: فَوَاللَّهِ
لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ
رَجُلاً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ
يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ.
رواه البخاري ومسلم وأحمد
Sabda Rasulullah saw kepada Ali bin Abi Thalib: "Demi
Allah, sesungguhnya Allah swt memberikan hidayah kepada
seseorang dengan (da'wah)mu, maka itu lebih baik bagimu
dari unta merah." (HR. Bukhari, Muslim & Ahmad).
Ibnu Hajar Al-'Asqalani ketika menjelaskan hadits ini
mengatakan bahwa: "Unta merah adalah kendaraan yang
sangat
dibanggakan oleh orang Arab saat itu."
Hadits ini menunjukkan bahwa usaha seorang da'i
menyampaikan hidayah kepada seseorang adalah sesuatu yang
amat besar nilainya di sisi Allah swt, lebih besar dan
lebih
baik dari kebanggaan seseorang terhadap kendaraan mewah
miliknya.
Dalam riwayat Al-Hakim disebutkan:
يَا عَلِيُّ، لَأَنْ يَهْدِيَ
اللهُ عَلَى يَدَيْكَ رَجُلاً
خَيْرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ
عَلَيْهِ الشَّمْسُ . (رواه
الحاكم
في المستدرك)
"Wahai Ali, sesungguhnya Allah swt memberikan hidayah
seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih
bagimu
dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya (lebih
baik dari dunia dan isinya). (HR. Al-Hakim dalam
Al-Mustadrak).
قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ
وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ
وَالْأَرَضِينَ حَتَّى
النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا
وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ
عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ
الْخَيْرَ رواه الترمذي عن أبي
أمامة الباهلي
Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt memberi
banyak kebaikan, para malaikat-Nya, penghuni langit dan
bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan selalu
mendoakan orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada
orang
lain." (HR. Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili).
Berapakah jumlah malaikat, semut dan ikan yang ada di
dunia
ini? Bayangkan betapa besar kebaikan yang diperoleh oleh
seorang da'i dengan doa mereka semua!
Imam Tirmidzi setelah menyebutkan hadits tersebut juga
mengutip ucapan Fudhail bin 'Iyadh yang mengatakan:
عَالِمٌ عَامِلٌ مُعَلِّمٌ
يُدْعَى كَبِيرًا فِي مَلَكُوتِ
السَّمَوَاتِ
"Seorang yang berilmu, beramal dan mengajarkan (ilmunya)
akan dipanggil sebagai orang besar (mulia) di kerajaan
langit."
Keagungan balasan bagi orang yang berdakwah tidak hanya
pada
besarnya balasan untuknya tetapi juga karena terus
menerusnya ganjaran itu mengalir kepadanya meskipun ia
telah
wafat. Rasulullah saw bersabda:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ
سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ
بِهَا
بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ
أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا
يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ
شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي
الْإِسْلَامِ سُنَّةً
سَيِّـئَةً
فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ
عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ
عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ
مِنْ
أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ (رواه مسلم
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ
رضي الله عنه)
"Siapa yang mencontohkan perbuatan baik dalam Islam,
lalu
perbuatan itu setelahnya dicontoh (orang lain), maka akan
dicatat untuknya pahala seperti pahala orang yang
mencontohnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka yang
mencontohnya. Dan barangsiapa mencontohkan perbuatan
buruk,
lalu perbuatan itu dilakukan oleh orang lain, maka akan
ditulis baginya dosa seperti dosa orang yang menirunya
tanpa
mengurangi mereka yang menirunya. (HR. Muslim dari Jarir
bin
Abdillah ra).
Bersambung…..
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (20) |
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment