Sunday September 25, 2011
Najib: No hudud in Malaysia
KAMPAR: The Government will not enforce hudud law in Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak said.
The Prime Minister said that although it was accepted in Islam, its implementation must be based on reality.
"Hudud laws cannot be implemented as we have to take into consideration the environment and the reality.
"The aim of an administration according to Islam is based on the maqasid syariah principle, which, among others, entails protecting religion, life, morals and property," he said after the launch of the Tanjung Tualang 1Malaysia carnival here yesterday.
The Prime Minister said under current laws, the principle and objective of maqasid syariah could be championed.
Najib said there were already elements of hudud in the system "minus the extreme part".
"This does not mean there are no Islamic laws being practised in Malaysia," he said.
Najib added that PAS leaders had raised the issue to divert the rakyat's attention.
PAS is trying to emerge as a party championing hudud law to win the hearts of the Malays, he said, referring to recent events following PAS deputy president Mohamad Sabu's comments calling the men who had attacked the police base in the Bukit Kepong incident as heroes.
Najib also said the failure among Pakatan Rakyat allies to agree on the issue was expected.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/25/nation/9571868&sec=nation
Kalau ikut kenyataan PM, mana2 undang2 dalam hudud yg tidak dilaksanakan adalah kerana ianya dikira EKSTRIM…
Hmmm…. So, hokum potong tangan, rejam tu ekstrim la (dlm ertikata lain hokum Allah tu melampau la)….
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayahnet@yahoogroups.com] On Behalf Of Hassan, Haslim
Sent: Tuesday, 23 April, 2013 2:59 PM
To: hidayahnet@yahoogroups.com; suaraulama@yahoogroups.com; mymasjid@yahoogroups.com; remaja_masjid@yahoogroups.com
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL
MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
· Nigel Aw · 6:20PM Ogos 18 2012 |
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini
Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.
Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.
http://www.malaysiakini.com/news/206668
Wednesday September 19, 2012
'Hudud no mere threat'
By ISABELLE LAI, DERRICK VINESH and P. ARUNA
newsdesk@thestar.com.my
KUALA LUMPUR: Non-Muslims must face the political reality that hudud may very well be successfully implemented should the Opposition come to power, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
He said DAP had convinced the Chinese community that PAS would never have two-thirds majority in Parliament to be able to push hudud through.
"Whether they can implement hudud if they come into power, (PAS deputy president) Mohamad Sabu has disclosed that those who don't like hudud can object through their MPs.
"So, PAS will amend the (Federal) Constitution and say the amendment is according to the Quran," he said, adding that Barisan Nasional Muslim MPs would have to support it then.
Dr Chua said this was obvious when PAS took over Terengganu in 1999 and amended the state constitution, which was supported by Umno state assemblymen.
"So, this is something that is possible, especially since (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) has openly said PKR and PAS support hudud, PAS-version," he told reporters at Wisma MCA yesterday.
This version, added Dr Chua, emphasised "punishment and prohibition" when Islam was also about education, enlightenment and forgiveness.
He said judging from the 222 MPs, of whom most were Muslims, PAS could easily obtain the two-thirds majority to implement its version of hudud.
"So, this is a political reality that all non-Muslims must face. This is not a threat. It is something that all of us must think about carefully," he stressed.
Dr Chua warned that PAS' hudud would have a negative impact on Malaysia's social, political, educational and cultural landscape, pointing out that Pahang PAS had vowed to close down Genting, which attracted 20 million tourists and provided 18,000 jobs.
"Some Opposition leaders have been telling the Chinese that hudud is good because it will reduce crime and fight corruption. This is another lie because of the 11 nations with hudud, eight are recognised in the world as the most corrupt and unsafe," he said, adding that they included Iran, Iraq, Sudan and Somalia.
In BUTTERWORTH, MCA vice-president Datuk Seri Dr Ng Yen Yen said the people were still waiting for DAP secretary-general Lim Guan Eng to clarify his party's stand on hudud.
"MCA has made its stand very clear. If Umno were to implement hudud, MCA will leave Barisan Nasional. So, tell me who is brave enough to make such a stand? Certainly, the MCA," she said before presenting RM110,000 in grants to 14 non-governmental bodies and three schools yesterday.
MCA vice-president Datuk Donald Lim Siang Chai said senior leaders in DAP should state their stand once and for all, adding that voters should rethink their support for the party in view of the continued silence.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/9/19/nation/12049160&sec=nation
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayahnet@yahoogroups.com] On Behalf Of zasmans salleh
Sent: Sunday, 21 April, 2013 12:56 PM
To: hidayahnet@yahoogroups.com; suaraulama@yahoogroups.com; mymasjid@yahoogroups.com; remaja_masjid@yahoogroups.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL
undilah BN. DAP penentang tegar Islam tetapi Hadi sanggup peluk pemimpin rasis dan menolak Islam. Ya Allah selamatkan Malaysia daripada ulama ingkar yg bersubahat dengan parti yg akan menghuruharakan Islam dan Negara. ammiiinnn
From: Persatuan Ulama Msia <pumpusat@yahoo.com>
To: "hidayahnet@yahoogroups.com" <hidayahnet@yahoogroups.com>; "suaraulama@yahoogroups.com" <suaraulama@yahoogroups.com>; "mymasjid@yahoogroups.com" <mymasjid@yahoogroups.com>; "remaja_masjid@yahoogroups.com" <remaja_masjid@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, April 17, 2013 8:55 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL
WACANA KEPIMPINAN ISLAM & ISU SEMASA (PRU 13)
RESOLUSI (QARAR)
(14 April 2013)
RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL
1. Tanggungjawab mengundi dan amalan demokrasi.
Kami berpendirian bahawa tanggungjawab mengundi adalah proses umat mengguna ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentingan umat khususnya dan rakyat amnya. Amalan pilihanraya perlu dimanfaatkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab.
Kami menyanggah pendapat bahawa penglibatan umat Islam dalam proses demokrasi pilihanraya adalah bertentangan dengan Islam. Para Ulama kontemporari dari Majma' Fuqaha' al-Dawli (مجمع فقهاء الدولي) yang dipimpin oleh Al-Allaamah Sheikh Yusuf al-Qaradhawi memutuskan bahawa umat Islam hendaklah memanfaatkan amalan demokrasi yang sebahagian besar ciri-cirinya adalah sesuai dengan Islam. Asas-asas demokrasi seperti memelihara hak-hak perbedaan pendapat dan bersuara, menjaga hak-hak asasi rakyat dan hak menubuhkan parti-parti politik sehingga terlaksananya proses pilihanraya umum. Ciri-ciri ini di lihat sebagai hampir dengan konsep Syura yang mengutamakan al-Haq dan penerimaan oleh Jumhur sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Hubungan antara al-Haq dan penerimaan Jumhur adalah sangat sinonim di dalam Islam. Rasulullah (s.a.w.) bersabda di dalam Hadithnya yang masyhor;
"Tidak mungkin umatku akan bersatu di atas kebatilan"
Sedikit sebanyak kecacatan sistem demokrasi yang wujud hendaklah diperbaikki dan disesuaikan dengan tuntutan Islam terutamanya mengutamakan al-Haq agar semua operasi pilihanraya bebas dari penipuan dan penyelewengan yang kesemuanya itu melambangan kebatilan.
2. Memerangi politik kotor
Kini kempen PRU 13 menunjukkan pihak yang bernafsu untuk mempertahankan kuasa pentadbiran pusat dengan apa cara sekalipun telah mededahkan politik negara berhadapan dengan bahaya kacau-bilau yang sangat besar.
Gejala budaya politik yang sangat jijik seperti politik fitnah, politik lucah, politik wang dan politik samseng sedang ditaja untuk berhadapan dengan kesedaran rakyat untuk merubah kerajaan yang sedia ada.
Gejala menyerang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan mengaib dan menjatuhkan maruah individu yang disasar semakin menjadi-jadi. Ini menunjukkan bahawa saranan Presiden pimpinan parti pemerintah dalam satu perhimpunan tahunan bahawa "kita akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir" sedang giat direncana dan dilaksanakan.
Rakyat harus mengistiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara dimata dunia.
Kami mengesa semua pihak yang melaksanakan kempen ketika PRU 13 ini tidak terjebak dengan politik kotor sekaligus tidak membenarkan sebarang pihak menjadikan pilihanraya ini sebagai pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.
Usaha maksima untuk menjernihkan politik negara ini perlu dilancarkan oleh semua pihak.
3. Tanggungjawab media yang beretika.
Media massa yang turut memainkan peranan menyebar dan mengembangkan fitnah dan berkonspirasi menyerang peribadi musuh politik suatu dosa besar dan adalah sangat terkutuk serta perlu dihentikan sertamerta.
Media samada bersifat media cetak, elektronik atau internet yang bertindak jahat melaga-laga, megadu-domba dan memburuk-burukan peribadi individu yang menjadi lawan politik dengan fitnah seks adalah media yang haram disisi Islam dan perlu diambil tindakan tegas. Berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam ayat 6, Surah al-Hujurat yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Sementara kebebasan media dan hak media adalah suatu keperluan dalam amalan demokrasi yang sihat, akan tetapi media perlu mengamalkan etika kewartawanan dan jurnalisme yang beradab, beretika dan professional. Kewartawanan dan jurnalisme media murahan yang mengotorkan pilihanraya dengan bahan fitnah, putar belit, provokasi, manipulasi berita adalah terkutuk dan hendaklah dibentaras sehingga ke akar umbinya.
Tindakan secara undang-undang dan boikot awam hendaklah dilancarkan terhadap media berkenaan. Peribadi pemilik dan mereka yang bersekongkol dengan media tersebut perlu didedahkan sehingga rakyat tahu siapa mereka.
Kami mengingatkan kepada pihak yang menjadi dalang dan penaja kepada fitnah melalui media akan pasti berhadapan dengan pertanggungjawaban mutlaq dari Allah S.W.T akhirnya. Firman Allah S.W.T. dalam ayat 11, Surah al-Hujurat bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
4. Hak rakyat mengubah kerajaan
Kami menyarankan rakyat perlu melakukan perubahan politik yang berani demi memastikan arah tuju negara mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab dan negara yang bermaruah dapat direalisasikan.
Rakyat tidak boleh diugut dengan kacau-bilau jika mereka memilih Pakatan Rakyat sebagai alternative, jika jelas gabungan itu mampu menampilkan calon yang benar-benar berwibawa, beriltizam dan jujur memperjuangkan nasib rakyat serta memelihara maruah negara.
Politik sebagai suatu amanah untuk memelihara agama dan menguruskan hal ehwal dunia berdasarkan agama hendaklah menjadi panduan ketika pengundi dan melaksanakan tanggungjawab memilih calon yang layak.
PRU 13 ini adalah genting untuk membawa perubahan besar-besaran kepada masa depan negara kerana kepincangan selama lebih 55 tahun merdeka semakin mengakar dan kekal dalam gaya pemerintahan yang sedia ada.
Kepimpinan yang mengkhianati amanah rakyat sehingga ini perlu ditukar melalui peti undi dalam PRU 13 ini adalah saatnya yang paling baik.
5. SPR dan semua agensi bertanggungjawab menjamin pilihanraya yang bersih dan adil.
Kami berpendirian SPR memikul amanah besar untuk menjamin PRU 13 berjalan dengan bersih dan adil. Respon SPR tidak mengakui ada kepincangan dalam daftar mengundi, wujudnya Akta Pilihanraya yang tidak demokratik dan menyekat pihak parti politik untuk mencabar kesahihan daftar pengundi akan menghakiskan intergriti pilhanraya itu sendiri.
Agensi awam yang lain seperti agensi keselamatan dan memastikan ia tidak diperalatkan untuk kempen politik hendaklah dipelihara secara professional.
Tindakan terhadap amalan politik kotor berdasarkan undang-undang hendaklah dikuatkasakan dengan adil dan telus.
Etika pilihanraya yang umumnya sesuai dan secocok dengan Islam untuk menutup pintu penipuan dan manipulasi dalam pilihanraya.
Firman dalam ayat 8, Surah al-Maidah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
6. Memilih calon yang layak
Wacana pada hari ini menyarankan semua pengundi dalam PRU 13 ini menunaikan kewajipan memilih calon dari parti yang akan menubuhkan kerajaan yang adil dan mengamalkan urustadbir yang baik, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Tanggungjawab mengundi hendaklah dilaksanakan dengan penuh keinsafan bahawa setiap undi yang diberi akan dipersoalkan oleh Allah SW.T.
Memilih calon yang akan meneruskan kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara akan membawa negara kepada kehancuran. Bersikap berkecuali untuk tidak mengundi atau dengan sengaja merosakkan undi juga akan mencelakakan negara. Perbuatan ini akhirnya akan memenangkan calon yang tidak layak memimpin dan akan mengakibatkan kuasa berada ditangan mereka yang akan mengkhianati amanah rakyat.
Kami menyarankan kriteria Islam diguna sebagai asas dalam memilih calon yang layak menduduki dewan perwakilan rakyat di negeri mahupun parlimen. Antara Kriterianya adalah seperti berikut;
- Beramanah dan Jujur yang dibuktikan dengan amalan dan sikap berterusan.
- Kompentensi (Kemahiran serta keilmuwan yang tinggi)
- Mempunyai sifat sabar yang tinggi.
- Mengamalkan akhlak dan peribadi yang baik
- Mengamalkan Semangat Syura
Dalam kontek Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen pemilihan pemimpin ia lebih merujuk kepada kepimpinan secara kolektif. Ia bermaksud memilih kumpulan atau gabungan parti-parti politik yang lebih beriltizam dengan prinsip-prinsip al-Haq (kebenaran), keadilan dan ketelusan terhadap Tuhan dan rakyat.
KENYATAAN BERSAMA NGO ISLAM
- PUM (WP), SHURA, TERAS, MAPIM.
Persatuan Ulama' Malaysia14B, Jalan Plumbum P7/P,Pusat Komersial Seksyen 7,40000 Shah Alam,Selangor Darul EhsanTel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301Faks : 03-5511 4302http://www.pum.org.my
_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp
CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any attachments) contains information which is confidential and proprietary in nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and singularly as Zuellig Pharma) or a third party.
This communication is intended solely for the individual to whom it is addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have received this communication in error, please delete and destroy all copies and kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.
Zuellig Pharma makes no representations or warranties in respect of the integrity of this communication, including but not limited to any warranty that this communication is free of errors, viruses or other malicious code, interception or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information, visit http:\\www.messagelabs.com\stats.asp
_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp
CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any attachments) contains information which is confidential and proprietary in nature and the copyright in which belongs to Zuellig Pharma Asia Pacific or a subsidiary of Zuellig Pharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and singularly as Zuellig Pharma) or a third party.
This communication is intended solely for the individual to whom it is addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of this communication without the written authority of Zuellig Pharma. If you have received this communication in error, please delete and destroy all copies and kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.
Zuellig Pharma makes no representations or warranties in respect of the integrity of this communication, including but not limited to any warranty that this communication is free of errors, viruses or other malicious code, interception or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information, visit http:\\www.messagelabs.com\stats.asp
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment