27 June 2012

Help Palestine [hidayahnet] PUSAT DAKWAH SERANTAU

Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam pengetahuan agama.

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau menaja seperti berikut:

- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain)
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
- Buku dan alat tulis

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia Berhad)
13010002499715

Alamat :

Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)

Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

Help Palestine [hidayahnet] Ganjaran RM 15 Juta Jika Ada Bukti Selangor Amal Rasuah

 IMG_632 : Orang ramai mendengar ucapan Ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
Shah Alam : Kerajaan negeri menyediakan ganjaran RM15 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berjaya membuktikan wujudnya perlakuan rasuah di negeri ini hingga kes dibawa ke mahkamah.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, "ganjaran itu hanya diberikan selepas menetapkan beberapa syarat khusus bagi mengelak ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebar fitnah, sekali gus menganiaya pihak yang tidak bersalah".

Dr Halimah berkata, "antara syarat utama berkenaan ialah mesti berdasarkan kes benar berlaku, mempunyai bukti kukuh, membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan paling utama berjaya disabitkan kesalahannya di mahkamah.

"Kami menetapkan syarat itu bagi mengelak ada pihak mengambil kesempatan memfitnah atau memburukkan pihak lain semata-mata mendapatkan wang dijanjikan," katanya.

Ujarnya lagi, "setakat ini kerajaan negeri belum mengenal pasti mana-mana pihak layak menerimanya dan mengalu-alukan mereka yang mempunyai maklumat tampil segera.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, memanjangkan surat kepada sebuah syarikat kerajaan negeri bagi mendapatkan pertimbangan peluang perniagaan untuk saudaranya boleh disifatkan mempunyai elemen rasuah, Halimah berkata, isu itu dibangkitkan dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi.

Beliau kata demikian selepas Ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah dalam sidang  media, di Dewan Jubli Perak Shah Alam, disini semalam.
 
Editor : Khaulah Azwar