01 January 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa

 

Ya bijak... Pejabat Timbalan Perdana Menteri keluarkan... tapi tandatangan Najib... bijak2....

kerajaan sokong kutipan pintu ke pintu n kutipan dari org ramai... pehhh... best nye....

mcm tu gak le org mintak derma gi rumah ke rumah ngan tunjuk surat kebenaran or sokongan dari Pejabat Agama la... dari Kedutaan laaa...

yg ramai gi cayer bulat tanpa usul periksa naper nye? then biler jadi mcm nih kata lak UMNO guna duit rakyat tuk PRU lak....

den sendiri penyokong PAS... tapi den sendiri kutuk kalo ada pemikiran mcm nih... buat tuduhan melulu je tau... then kata ada bukti tu nih... bukti aper? bukti kata2 mulut org je... biler org tembak kita... kita mengelupur x sudah... kata tu dakyah UMNO n bla bla bla... kita tembak org lain x per lak...

Terus terang la den cakap... rakyat ari nih x kisah aper parti tu buat betul or parti nih buat salah... rakyat ambik kisah saper je yg layak jadi pemerintah n jaga hak dieorg... rakyat x nak ambik tau bab liwat ke aper... tu penyokong je kisah... rakyat x kisah pun...

cuba pikir betul2 naper BN kalah teruk masa PRU lepas... sebab PKR ada calon terbaik tuk jadi PM ke? x langsung... tapi sebab rakyat marah kat kerajaan sebab x dpt kawal n membantu rakyat dlm bab minyak, ekonomi dan sosial...


From: "Suara@yahoo.com" <Suara@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 21 December 2011, 16:06
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa

 
Harakahdaily - KUALA LUMPUR, 21 Dis 2011 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya.
                                                    
Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis.
 
Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
 
Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen.
 
Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini.
 
Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan.
 
Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.
 
Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.
 
Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.
 
Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia.
 
Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun.
 
"Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu
 
"Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
 
Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai.
 
Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J".
 
Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu.
 
Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.
 
"Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara.
 
"Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya.
 
  


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

Re: Help Palestine [hidayahnet] Indonesia buat Kapal Perang Halimunan Canggih

 

Biler org buat murah... n kita mahal... kita pertikai... kalo kita buat murah... org buat mahal... pun kita pertikai... mcm ne tu?

maybe yg bersuara kat luar sana tu x tau sgt pasal dunia n sejarah ketenteraan... byk x semestinya kuat... dan sikit x semestinya lemah...

WW2 buktinya... German ada tank terbaik dunia... jumlah die? sikit je... Tiger tank just ada 1354 buah masa perang... King Tiger or Tiger II lak just ada 489... sikit tapi kualiti die... semua musuh takut biler dgr or nampak... cuma ngan taktikal yg betul n tepat je dpt musnahkan tank German... tu x masuk lg Panther tank yg byk sikit iaitu 5796 buah dan Panzer IV 8519 buah ...

Russia buat T-34 series lebih dari 50k... tu x masuk lg KV tank sebanyak 2769... dan hasil rekod perang... sebuah Tiger tank dpt bunuh sekurang2nya 20-30 buah T-34 series... Tank Russia lg murah n paling cepat dibuat... tapi hasil? musnah sama banyak ngan production... 

Tu masa WW2... sekarang nih semua dah belajar dari konsep German... kuantiti byk pun x bererti hebat... sikit x bererti kebal... tapi sesuai ngan kegunaan dan keperluan...

so tuk aper kita ada kapal perang yg murah tapi kene tembak 3 4 das dah karam.... mmg taktikal penting... tapi keselamatan crew penting gak... ketahanan penting gak...


From: "Suara@yahoo.com" <Suara@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 21 December 2011, 9:48
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Indonesia buat Kapal Perang Halimunan Canggih

 
Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh menembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah.
 
Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang halimunan Indonesia.
 
Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html
 
Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"
 
Tuesday, December 20, 2011
Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang
 
BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.
 
"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).
 
Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur TNI Angkatan Laut.
 
"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.
 
Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang diambil dari APBN 2011.
 
"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.
 
Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.
 
"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan alumunium atau baja.
 
Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan baja.
 
Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.
 
 
Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?
Dis 18, 2011 
 
DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.
 
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.
 
"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500 juta, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.
 
Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.
 
Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.
 
Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.
 
Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".
 
Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___